CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

Daytona 350

28-5-2014 09:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10626| Komen: 0

Description: Posisi Dan Ukuran Hendal Rendah Dan Tidak Terlalu Panjang. Sudut Fork Yang Tidak Terlalu Ke Hadapan Menjadikan Anggapan Awal Kepada Model Ini Mungkin Lebih Baik Berbanding Spyder Untuk Kegunaan Di Dal ...



BARU-baru ini, saya sudah pun mengeluarkan sebuah artikel tunggang uji salah satu model MOMOS Regal Raptor – Spyder 350 yang diperkenalkan pada hujung tahun lalu. Pada segmen tunggang uji kali ini, saya akan berkongsi pengalaman menguji kembar kepada Spyder 350 iaitu Daytona 350.

Melihat kepada struktur rekaan Daytona 350, dengan padanan warna putih berserta grafik ringkas berwarna biru menonjolkan gaya yang lebih elegan. Jika Spyder lebih mirip kepada konsep yang dibawa oleh Titan, Daytona pula memiliki karakter sportster.

Posisi dan ukuran hendal rendah dan tidak terlalu panjang. Sudut fork yang tidak terlalu ke hadapan menjadikan anggapan awal kepada model ini mungkin lebih baik berbanding Spyder untuk kegunaan di dalam bandar.  

Berbeza pada kali ini, pengedar dan penjual rangkaian jenama Regal Raptor, Chear Motor Sdn Bhd (Chear Motor) memberikan kunci kerana model ini memerlukan kunci untuk membuka penutup tangki minyak. Tidak seperti Spyder yang hanya perlu memulas penutup tangkinya sahaja.

Sama seperti Spyder, jentera ini menggunakan khidmat enjin 320cc dua silinder selari dengan sistem sejukan cecair. Selepas menghidupkan enjin motosikal dengan menggunakan sistem penghidup elektrik, saya terus membawa Daytona melalui kawasan bandar Klang.

Selepas mengujinya di kawasan sibuk, saya mula bergerak melalui laluan di kawasan luar bandar pula. Jangkaan awal saya tepat di mana pengendaliannya adalah lebih baik daripada Spyder 350. Kedudukan tunggangan lebih relaks dan gaya tunggangannya hampir sama seperti menunggang Harley Davidson Sportster.

Melalui laluan motosikal di Lebuh raya Persekutuan, tiba-tiba enjin mati selepas saya menarik tuil klac untuk menurunkan angka kedudukan gear.

Pelik juga kerana motosikal ini tidak menggunakan sistem elektronik yang kompleks, apatah lagi untuk menganggapkannya mempunyai masalah sensor sistem suntikan bahan api sedangkan motosikal ini hanya menggunakan karburxxor.

Berhenti seketika di bawah teduhan pokok, saya berusaha untuk menghidupkannya semula. Enjin hidup beberapa kali sebelum mati semula. Dalam fikiran saya, sudah tentu ia mempunyai masalah tetapan pemasaan kitaran enjin.

Sedikit ubahan kepada tetapan pemasaan enjin berhampiran dengan unit karburxxor, enjin dapat dihidupkan dengan sempurna.

Meneruskan perjalanan, saya dapati penyampaian kuasa lebih baik. Ketika mengambil selekoh sempit, dengan rasa ragu saya merendahkan sedikit sudut tunggangan mungkin kerana kerisauan yang tinggi bahagian perehat kaki akan tersangkut pada jalan berikutan jarak antara roda panjang motosikal.

Akan tetapi, perehat kaki motosikal masih tidak tersangkut pada permukaan jalan dan saya boleh mengambil selekoh ketat dengan baik.

Saya pasti ramai yang sedia maklum tentang keadaan kemudahan lorong motosikal. Struktur permukaan jalan yang tidak tentu, selekoh ketat, laluan terowong dengan keadaan jalan licin serta simpang masuk yang tidak strategik kadangkala membuatkan saya tidak ikhlas memilih laluan tersebut.

Walaupun demikian, pengendalian Daytona 350 mudah dan masih meyakinkan dengan penawaran sistem brek dwi-cakera pada roda hadapan dan cakera tunggal di bahagian belakang.

Secara keseluruhan, pengalaman menunggang Daytona sedikit sebanyak berjaya memberikan perwatakan sportster. Tidak dinafikan bunyi enjin menjadi kekurangan yang nyata, tetapi sekurang-kurangnya kedudukan tunggangan menyumbangkan sentimen gaya tersebut, memadai dengan harga RM 17,901.

Jika mahukan alternatif kepada Harley-Davidson atau jentera chopper berprofil tinggi,  mungkin Daytona sesuai untuk dijadikan pilihan, tetapi tanpa sensasi kuasa enjin V berkembar.  

Sebarang keterangan lanjut mengenai model ini, anda boleh meluangkan masa ke rangkaian pengedar Chear Motor atau layari laman sesawang rasmi chearmotor.com.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.039489 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top