CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Uqasha Senrose Sahkan Berkawan Dengan Syafiq Kyle

29-5-2014 04:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 42435| Komen: 120

Description: Berberapa Minggu Lalu Syafiq, 22, Yang Dikenali Menerusi Drama Berisiri Tanah Kubur,Anugerah Terindah Dan Terbaharu Oh My English Musim Ketiga Telah Memuat Naik Gambarnya Berpegangan Tangan Dengan Uqa ...
Uqasha Senrose Sahkan Berkawan Dengan Syafiq Kyle
 

Uqasha (kiri) akui selesa mengenali Syafiq Kyle.

PETALING JAYA: Ketika berlakunya krisis hubungan cinta antara Uqasha Senrose dengan Pekin Ibrahim, pelakon wanita itu dikatakan berkawan rapat dengan pelakon baharu, Syafiq Kyle.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 22, apabila dia memberitahu lebih selesa mendekati pelakon tersebut sejak beberapa bulan lalu.

"Ya, saya memang berkawan dengan Syafiq Kyle dan boleh dikatakan dia antara kawan lelaki yang rapat dengan saya ketika ini.

"Saya selesa keluar dengan dia kerana kami boleh berborak-borak dan berkongsi masalah. Kalau ada kelapangan kami juga selalu pergi ke mana-mana majlis bersama termasuklah dengan pelakon Syahrul Ridzwan," katanya kepada mStar Online.


Uqasha diminta mengulas hubungannya dengan pelakon baharu tersebut selepas dia membuat kenyataan mengejutkan iaitu hubungannya dengan Pekin Ibrahim sudah tidak punyai apa-apa lagi.

Uqasha akui mulai rimas dengan pelbagai kenyataan dibuat Pekin mengenai hubungan mereka.


Berberapa minggu lalu Syafiq, 22, yang dikenali menerusi drama berisiri Tanah Kubur,Anugerah Terindah dan terbaharu Oh My English musim ketiga telah memuat naik gambarnya berpegangan tangan dengan Uqasha di laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun gambar itu dipadamkan tidak lama kemudian.

Dalam pada itu ditanya kenapa Syafiq memadamkan gambar mereka Uqasha berkata dia tidak pasti kenapa pelakon tersebut berbuat demikian.

"Saya tahu dia muat naik gambar kami dan selepas itu dia buang pula. Entahlah tak tahu kenapa. Mungkin dia takut dengan tekanan yang mungkin diterima," katanya.

Dalam pada itu, Uqasha mengakui dia kini dalam dilema apabila Pekin masih menjaja kisah cinta mereka sedangkan dia tidak mahu bersama pelakon itu lagi.

Perbuatan Pekin itu katanya menyebabkan dia sukar untuk berkawan dengan mana-mana lelaki selain sering dipandang serong apabila ramai yang beranggapan dia adalah tunangan orang.


"Saya sudah cakap dahulu yang Pekin datang ke rumah saya hanya untuk merisik dan bukan datang untuk meminang. Saya kesal dia member kenyataan yang kami bertunang. Itu semua tak betul.

"Perkara itu juga menyusahkan saya bila orang masih anggap saya tunangan orang dan masyarakat akan pandang serong apabila saya keluar dengan kawan lelaki lain," ujarnya.

Sementara itu Uqasha berkata dia cuba menghubungi Pekin untuk menyelesaikan masalah mereka tetapi tidak berjaya.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aiskrimpelangi 28-5-2014 05:24 PM
Semacam betul pekin tu. Uqsha tu muka matang gilaaaaaa.
Quote whadda 28-5-2014 05:32 PM
uqasha lagi...



tp gemoknye die 1st pic tuh... bagai di pam pam...
Quote fuzzyfuzzy 28-5-2014 05:44 PM
dia ni famous dgn gossip cinta je ke???
mcm tak de citer lain psl dia ni...
syg sgt..rupa dah cantik dah..
Quote seri_mawr 28-5-2014 05:45 PM
Dgn si Syafiq tu nampak sesuai sikit dari dgn Pekin...

Pekin cam mamat psyco jek...
Quote mokcikKSKB 28-5-2014 05:52 PM
Ape2lah uqasha oi..berlakon kayu gossip manjang...ikut suka hanglah nk kawan ngan sape2 asal jgn laki org sudah
Quote -electrifying- 28-5-2014 05:54 PM
uqasha ni aku tgk lbih sesuai dgn aku. umor pon lbih kurang sbaya je hmm
Quote rayna_raynes 28-5-2014 05:55 PM
Okla, pekin deserve someone yg bijak sikit. Ukasha ni mcm bunga hiasan je
Quote maxim 28-5-2014 05:55 PM
mgkin prinsip beliau hidup dan matiku hanya untuk jantan
Quote mzzenma 28-5-2014 06:02 PM
Tapi uqasha ni cantik..comel ja muka dia

Maybe pekin gila talak kut
Quote ida88 28-5-2014 07:10 PM
Sah berkawan ja pun.bukan sah menikah
Uqasha dh tamo tapi pekin bg stetmen mcm maseh bsame
Pelik pekin ni
Quote tepisket.. 28-5-2014 07:17 PM
Sonoknya bagi stetment gini..
Saya kawan ngn si A,
Skrg kawan ngn si B

Beb, u nk kerja ke cari kawan
Fokusla sikit, kalo nak tahan lama dlm industri ni,
Xkan nak org kenang u dgn gosip berkawan je??
Quote kakikuDibibirmu 28-5-2014 07:19 PM
kenapa uqasha dengan aqasha berbeza jantina?
Quote kakikuDibibirmu 28-5-2014 07:19 PM
macam nidoran dengan nidorino sebegitu
Quote ZabedAmin 28-5-2014 07:40 PM
sorry xminat uqasha... tp ahkak tste dgn syafiq tuh..
Quote kakikuDibibirmu 28-5-2014 07:46 PM
lelaki tak ada misai memang tasty
Quote NBM 28-5-2014 07:53 PM
aku tak rasa Uqasha ni senonoh orgnya...tgk la gambar dia dgn Nabil dulu...pstu dari satu jantan ke satu jantan. Muka cantik pun tak guna babe kalau dah kena pasing2 mcm tu xde serinya lagi, takat make up tebal je
Quote ladyxez 28-5-2014 07:58 PM
I fikir nama Syafik Kyle, mestilah kokesen , gugel ... hasilnya budak tanah kubur tu ye , uqasha citarasa mmg cam nabil pekin syafik kyle ....
Quote miss_rose 28-5-2014 08:45 PM
Dia ni xabis2 cite psal laki. Bkn ke dia ni dah tunang dgn pekin dan xjadi putus. Xpham aku dgn pmpn ni.. pekin pun mcm jantan gila talak.kaki meroyan gak..
Quote alinone78 28-5-2014 08:49 PM
Padan la..sebaya...

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.067745 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top