CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Pulau Langkawi - Kisah Mistik & Pantang Larang

6-6-2014 12:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 69755| Komen: 106

Description: Malam Pertama Tinggal Di Sana Ada Ternampak Lintasan Di Toilet, Tapi Tidak Berani Nak Bagi Tahu Kepada Orang Tua, Sebab Dua-Dua Pun Penakut.Toilet Agak Luas Jadi Boleh Nampak Benda Itu Melintas. Kami ...

Gambar hiasan


Ada sesiapa pernah bercuti ke Pulau Langkawi?

Saya baru sahaja balik dari sana, Sebenarnya ini trip kali ke dua. Pertama kali pergi dulu dengan kawan-kawan, tinggal di motel Pantai tengah. Tidak banyak boleh cerita, Tidak seram mana pun, sebab sibuk dengan aktiviti sampai penat dan tidak perasan sebarang aktiviti paranormal. Kalau ada pun macam tidak ambil tahu pun, sebab kami terkejar-kejar ke tempat lain.

Percutian kali ini macam ada seram sikit, Kami pergi bercuti dua orang sahaja. Saya bawa orang tua dan menginap di Sun*** Beach Res***. Kalau sesiapa yang pernah menginap di sini mesti tahu mamcam mana keaadaan persekitarannya. Banyak pokok kelapa, sunyi dan bila malam kena guna lampu suluh untuk keluar ke pantai cenang dari resort itu. Agak seram! cuma lampu di 'porch' sahaja yang pihak resort pasang untuk pengunjung resort ini keluar malam-malam.


Ceritanya bermula disini,bilik yang kami tinggal berdekatan dengan pantai. Lepas itu depan bilik banyak pokok hiasan yang da serabut macam tidak terjaga. Tapi yang tidak menyenangkan, ada satu pokok ara yang besar gedabak tidak jauh dari bilik kami itu. Perasaan memang tidak seronok, ya la orang kata pokok ara itu tempat 'cik ponti'.

Malam pertama tinggal di sana ada ternampak lintasan di toilet, tapi tidak berani nak bagi tahu kepada orang tua, sebab dua-dua pun penakut.Toilet agak luas jadi boleh nampak benda itu melintas. Kami buat tidak tahu dan solat seperti biasa. Sebelum 'check in' tu pun kami beri salam berulang kali di pintu bilik dan saya rasa bilik itu tidak berkunci. Tapi fikir 'positif' mungkin pihak resort terlupa kinci sebab katanya blok yang kami duduk tu nak dirobohkan dan mereka kelam kabut susun balik jadual pegunjung.


Malam kedua, saya ternampak sesuatu meninjau kami tidur disebalik dinding hall. Kami memang tidur awal sebab da kepenantan dengan aktiviti di siang dan lagi, kami tidak berani hendak keluar merewang malam-malam sebabnya resort itu gelap dan sunyidi malam hari. Nampak rimbunan pokok sahaja di celah tingkap saya. Nampak macam entiti itu berselubung dan main nyorok-nyorok dengan kami. Saya tidak tanya orang tua samaada dia nampak atau tidak 'makcik selubung' itu. Tapi yang pasti setiap malam mak saya akan kucin pintu toilet itu ya. 'Bila saya tanya kenapa kunci'? 'jawabnya tak kan nak tidur pun dengan pintu toilet terbuka'? Saya rasa macam dia nak sorokkan sesuatu je, sebab i jeis yang penakut. Dekat rumah kami tidak pernah pun kunci pintu toilet.



Malam terakhir kami pindah bilik sebab bilik yang kami duduk sebelum ni mahu dirobohkan. Malam itu mak saya minta baca banyak-banyak ayat kursi sebelum tido. Dia terasa bilik itu bergegar, tapi i tak rasa apa-apa pun. Siang itu kami ke makan Mahsuri dan semasa perjalanan ke sana pemandu pelancong cuba mengelak seekor biawak melintas, tapi bila kami pusing balik untuk tengok, biawak tu sudah tiada ti atas jalan.

Kami sudah selamat pulang ke K.L tapi hati masih risau. Langkawi tempat bersejarah dan banyak benda mistik. Perlu ke kami buat sesuatu? Takut terbawa kawan balik pula dari sana.

25

Bagus
7

Marah
80

Terkejut
6

Sedih
10

Lawak
72

Bosan

Friends Rank (200 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makton 3-6-2014 02:24 PM
buat solat sunat minta jauhkan perkara2 tidak diingini.. harap2 takde benda yg mgganggu.
Quote lunalisa 3-6-2014 02:43 PM
mcm seram pulak ...
Quote iman_aly 3-6-2014 03:09 PM
baru pegi langkawi bulan lepas. duduk dekat motel pantai cenang.. nasib la tak de nampak pape..
tp cite TT ni agak seram jugak. main tinjau2 pulak dia.
Quote supernaturalee 3-6-2014 03:34 PM
hmmm...xpnh jejak lg ke langkawi


Quote AbukRokok 3-6-2014 03:47 PM
mat salleh siap berbikini lagi sana...xde lg yang mati terkejut dek hantu nusantara
Quote lipstickz 3-6-2014 04:27 PM
iman_aly posted on 3-6-2014 03:09 PM
baru pegi langkawi bulan lepas. duduk dekat motel pantai cenang.. nasib la tak de nampak pape..
tp ...

mmg seram nmpk dia tinjau dr sebalik dinding tu. Terus tarik selimut tido, x berani nak buka mata.

giler scary percutian kali ni



Quote lipstickz 3-6-2014 04:28 PM
makton posted on 3-6-2014 02:24 PM
buat solat sunat minta jauhkan perkara2 tidak diingini.. harap2 takde benda yg mgganggu.

Insya Allah, mmg nak buat.

Risau jadinye.
Quote lipstickz 3-6-2014 04:36 PM
supernaturalee posted on 3-6-2014 03:34 PM
hmmm...xpnh jejak lg ke langkawi

pompuan suka la dtg sini sbb bleh shopping, tp mcm iols ni buat jugak la aktiviti lain - island hoping, island tour tu sume..
actually byk je activity boleh buat cuma kws kg mcm langkawi ni & tmpt lagenda lagi, mcm2 la pantang larang


taubat x nak duduk sana lg. Lbh baik stay kat hotel/motel yg havoc kt pantai cenang tu
Quote supernaturalee 3-6-2014 04:37 PM
ade x pic kwsn uol stay tu?
Quote lipstickz 3-6-2014 04:45 PM
supernaturalee posted on 3-6-2014 04:37 PM
ade x pic kwsn uol stay tu?

ada dlm note tp Iols x reti nak tepek pic

nak buat menda? dlm pic gambar clean & clear - xde yg pelik. Sume pic amik di siang hari
Quote cloudy_83 3-6-2014 05:27 PM
kat langkawi ni antara pengalaman yang i rasa best adalah aktivit menelusuri sungai sampai keluar ke laut naik bot sewa..

memang cantik sangat air sungainya sebab bertemu dengan laut kan, banyak juga yacht meksaleh ditambat sepanjang sungai tu.. best masa tengok eagle feeding tu

cuma masa lalu dalam satu gua kecik ni, pakcik bot tu ada cerita pasal buaya.  tak ingat kisahnya tapi masa tu cloudy perasan kat siling gua tu ada terselit bungkusan kuning
Quote lipstickz 3-6-2014 05:39 PM
cloudy_83 posted on 3-6-2014 05:27 PM
kat langkawi ni antara pengalaman yang i rasa best adalah aktivit menelusuri sungai sampai keluar ke ...

Rasanye yg cloudy maksudkan tu aktivity mangrove tour. Yg ni iols x sempat nak buat.

Berckp psl buaya ni kan, dulu masa 1st trip ke langkawi I pergi ke tasik dayang bunting & rendamkan badan skali kat sana. I sbenarnye x pandai berenang tp gigih jugak msuk dlm tasik tu dgn life jacket.

Mase tu tatau cite kononnye ada buaya putih kat dasar tasik tu. Tp yg I notice, bdn terasa berat bila da msuk kat dlm tu- seolah ditarik ke bwh tasik. Kwn I yg pandai berenang pun ckp perkara yg sama. Alhamdulillah x jadi apa2. I pun berendam sekejap je.

Thread ni ditulis bkn utk kondem langkawi ye kwn2, cuma mungkin kita boleh share pantang-larang bila ke sana.
Quote cloudy_83 3-6-2014 05:54 PM
lipstickz posted on 3-6-2014 07:39 PM
Rasanye yg cloudy maksudkan tu aktivity mangrove tour. Yg ni iols x sempat nak buat.

Berckp psl ...

rasa2 nya betul kot mangrove tour.. ish best sangat masa tu. memula pacit bot tu layan slow and steady je lat sungai tu sambil2 berkongsi cerita.
bila keluar ke laut amekaw terus fast and furious kekdahnya

kalau dapat repeat langkawi lagi i nak repeat lagi aktiviti ni
Quote harithzakuan 3-6-2014 08:24 PM
kalo yg rasa berat tu mmg betul sbb semua satu rombongan iolls yg berendam dlm tasik dyg bunting rasa mcm tu..siap pakai life jacket walaupun semua tahap terror berenang.
Quote donut_1752 3-6-2014 08:37 PM
penah dlu stay sana
area beringin beach resort..time PLKN
syok wo..bebudak sembang laci terbang sbb budak pompuan x cuci pad
Quote leenaz 3-6-2014 10:46 PM
13hb aritu baru pegi langkawi
lepak kat satu resort....
de best dalam resort tu kami berempat je
sampai kul 10 malam..xde org
hahahaha

tapi xde kejadian pelik berlaku
cuma bab biawak...kami perasan masa sampai
biawak tu mcm pakai mahkota
serius ni semua dalam keta nampak
Quote Genkidesuka 4-6-2014 09:55 AM
Bercerita pasal paranormal aktiviti Langkawi, teringat percutian keluarga my mum di sebuah hotel di Kuah beberapa tahun lepas.  Bawak bekal dari rumah, nasi impit dan rendang.  Bila dah habis mkn, plastik nasi impit dan rendang dibuang ke dlm bakul sampah.  Tgh mlm tu bila masing2 baru nak terlena, tiba2 dengar bunyi org tarik2 plastik.  Yelah dlm senyap-sunyi tiba2 dengar bunyi plastik, semua pun celik mata tgk.  Bunyi tu dtg dari arah bakul sampah td.  Kelihatan ada makhluk menyerupai org tgh mencangkung, menghadap tong sampah.  Tapi bukan org la sbb dari ujung kepala sampai ujung kaki hitam je.  Ada ala2 org minyak gitu.  Masa nmpk makhluk tu, biasalah, masing2 badan mcm kena glue tk dpt gerak.  Mungkin sbbkan tercium bau rendang tu, jd terliur makhluk tu ye.  Kelakar pulak ye.  Even my mum, my sisters, my brother and my sister in law ketawa bila ingatkan balik.

Benda mcm tu, mana2 ada.  Antara kena kacau dgn tak je la.  Tapi jgn takut.  Buat tak tau je.  Dorang pun mcm kita, makhluk Allah juga.  MakhlukNya yg baru dan tidak berkuasa.
Quote anilza10 4-6-2014 12:34 PM
br balik dr langkawi 25 mei hr tu.. seronok.. resort yg tt ckp ni mmg ala2 sunyi sket.. sy pn penah stay kt resort tu tp Alhamdulillah xde ape2... seronok ke langkawi rs mcm nk repeat lg... nk tgu harga flight murah nk g lg.. hihihi... jom kwn2...
Quote lipstickz 4-6-2014 01:30 PM
Genkidesuka posted on 4-6-2014 09:55 AM
Bercerita pasal paranormal aktiviti Langkawi, teringat percutian keluarga my mum di sebuah hotel di  ...

Kalau ramai dlm 1 bilik tu mungkin kurang sket takutnye, ni cuma kami berdua. Perempuan pulak tu

Tp btol la, x perlu tunjuk sgt ketakutan tu kat mrk, sama2 pun makhluk tuhan.
Sbb tu masa ternmpk dia melintas kat toilet, I buat bodo je. Pasang tv kuat2 especially bila tiba azan & bacaan surah al-fatihah. Tp x sangka plak dia main hide & seek. Konon2nye buat x nampak la sgt


Tp kan kelakar plak bab rendang tu. X sangka sungguh. Rendang pun dia selera

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.109493 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top