CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Pelakon Lydiawati Menderita Sakit Saraf

6-6-2014 05:26 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 42998| Komen: 145

Description: Tambah Lydiawati, Sepatutnya Dia Perlu Menjalani Beberapa Rawatan Lain Namun Selepas Melihat Bil Berjumlah Rm5,000 Sepanjang Tiga Hari Di Hospital Itu, Dia Memutuskan Untuk Keluar Wad Pada Isnin Lalu ...


PETALING JAYA: Pelakon senior, Lydiawati sudah dua bulan dia tidak berlakon selepas serangan penyakit saraf dan reumatik.

Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Saimon, 48, berkata dia mengalami penyakit itu selepas berasa kebas dan bisa pada bahagian kiri kaki dan tangan sehingga menyukarkan pergerakannya.

"Ia bermula pada awal Januari lalu apabila tangan dan kaki kiri saya rasa berbisa. Risaulah jugak, takut ada masalah jantung.

"Tetapi doktor cakap saya okey. Sehinggalah pada 23 Mei lalu, saya terus ke Hospital Pakar Ampang Puteri selepas rasa sakit makin teruk dan doktor mengesahkan saya ada pengakit saraf," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Tambah Lydiawati, sepatutnya dia perlu menjalani beberapa rawatan lain namun selepas melihat bil berjumlah RM5,000 sepanjang tiga hari di hospital itu, dia memutuskan untuk keluar wad pada Isnin lalu kerana merasakan tidak mampu menjelaskan bayaran rawatan yang lebih tinggi.



Lydiawati memberitahu dia berasa kebas dan bisa pada bahagian kiri kaki dan tangan sehingga menyukarkan pergerakannya.

Beritahu Lydiawati dia berkemungkinan besar akan menyambung rawatan penyakitnya itu di hospital kerajaan agar tidak dibebani dengan masalah pembayaran.

"Sebelum masuk ke Ampang Puteri, saya ada juga meminta bantuan wang daripada beberapa rakan artis, takut duit tak cukup.

"Tetapi melihatkan bil yang harganya tidak munasabah, lebih baik saya membuat rawatan di hospital kerajaan sahaja. Lagi pun di sana juga mempunyai doktor pakar yang bagus-bagus," ujarnya.

Sementara itu, dia turut bersyukur apabila ramai peminat serta rakan artis memberikan sokongan moral selain ubat-ubatan tradisional kepadanya.

Kata Lydiawati, dia akan cuba menggunakan beberapa ubat tersebut dalam tempoh masa tiga minggu sebelum  menyambung rawatan di hospital kerajaan.

Dalam pada itu, Lydiawati berkata, dia akan berehat daripada lakonan sementara waktu namun akan menerima tawaran berlakon sekiranya ada.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makton 30-5-2014 07:50 AM
semoga tabah menghadapi ujian kak.....
Quote Suchi 30-5-2014 07:56 AM
sian plak..

hurm pi sepital gomen je lah kak., sana lg ramai doktor pakar.
Quote nadieya 30-5-2014 07:59 AM
patut lama dia tak update ig dia...
tak sihat rupanya...
semoga cepat sembuh ya...
Quote xtahumenahu 30-5-2014 08:14 AM
semoga cepat sembuh...ex laki die xnak tolong ke?
Quote cikatilia 30-5-2014 08:36 AM
bertabahlah akak.. huhu
semoga sembut penyakitnya
Quote offwhite 30-5-2014 08:57 AM
xtahumenahu posted on 30-5-2014 08:14 AM
semoga cepat sembuh...ex laki die xnak tolong ke?

sapa x-laki dia...
Quote Vellfire 30-5-2014 09:04 AM
semoga cepat sembuh
Quote CrowneGlory 30-5-2014 09:11 AM
Pompuan cepat je nmpk tua & sakit2... Yg ex sedap je tmbh lg cawangan walau rupa cam beruang grizzly..
Quote mrsamz 30-5-2014 09:17 AM
Kalau xda insurans jgn la ngengada nak hadap sepital swasta..pegi je la sepital gomen..zmn skang sepital gomen kdg2 jauh lebih reliable drp sepital swasta
Quote lucky_peace 30-5-2014 09:27 AM
sian die... dedulu datin hah, skg dah jadi cam biase2 je...
Quote xtahumenahu 30-5-2014 09:30 AM
offwhite posted on 30-5-2014 08:57 AM
sapa x-laki dia...

bukan somebody gak ke....tp aku tau org kaya
Quote mala0n 30-5-2014 09:37 AM
jgn segan2 or rasa rendah diri nak gi hosp kerajaan. peralatan lagi complete kekdahnye. org2 yg nazak kat private pun kdg2 kena tolak gi hosp gomen.
Quote sindora1412 30-5-2014 09:38 AM
dedulu hot dia ni...jaga badan sampai sanggup mkn
beratus-ratus pil setiap hari..mungkin sb tu dia sakit kot..
Quote batman_2007 30-5-2014 09:41 AM
Time ni nk tgk keberkesanan produk2 tempatan. Pe lg cubalah
Quote SyaAnis 30-5-2014 09:43 AM
moga cepat sembuh..

Quote tomet05 30-5-2014 09:53 AM
napa kena tolak kredit eh ?
Quote hazlinshah 30-5-2014 09:58 AM
pergi je ke hospital kerajaan... saya pun pengidap reaumatoid artritis ni.. doktor pakar akan bg ubat utk kawal penyakit ni... jgn risau, boleh kerja macam biasa...
Quote ajurina 30-5-2014 10:07 AM
kak lydia mmg bagus....rasa2 x mampu g sepital swasta...terus g goverment....ada setengah2 artis tu x nak kalah...nak gak g private hospital walaupun x mampu...hurmm..
Quote reenz013 30-5-2014 10:07 AM
gws kak
elokla p spital kerajaan....bnyk pakar kt situ

Lihat semua komen(145)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.068229 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top