CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

Harley-Davidson Street 750

11-6-2014 05:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6669| Komen: 3

Description: Kuasa Enjin Harley-Davidson Street 750 Dipindahkan Melalui Kotak Gear Enam Kelajuan. Menurut Pengeluar, Kelebihan Sebenar Harley-Davidson Street 750 Ialah Tahap Pengendaliannya Yang Mudah Pada Kelajua ...
HARLEY-Davidson dikhabarkan akan membawa varian baharu ke dalam pasaran tempatan menerusi varian Harley-Davidson Street 750.

Siapa yang tidak mengenali pengeluar motosikal ikonik dari Amerika Syarikat ini?

Jika kita lihat pada hari ini, Harley-Davidson merupakan salah satu jenama motosikal yang mendapat sambutan yang sangat positif di Malaysia.

Jika dahulunya, pasaran motosikal berat ini seumpama tertumpu pada golongan yang lebih berumur. Berbeza pada hari ini, Harley-Davidson mula menarik minat golongan yang lebih muda.

Elemen karakter, kualiti binaan, ciri mewah dan prestasi enjin jelas menuntut hak pasaran jentera dua dengan lebih meluas.

Selepas pertama kali muncul pada pameran motor EICMA di Milan dengan model Street 500 dan Street 750, ramai yang tertanya-tanya adakah kedua-dua model berkenaan akan ditawarkan di dalam pasaran tempatan atau sebaliknya.

Berikutan pasaran jenama legenda Amerika semakin berkembang dan kuasa membeli semakin utuh, pengimport tunggal dan pengedar utama Harley-Davidson di Malaysia, Harley-Davidson Kuala Lumpur (HDKL) di bawah naungan Naza Prestige Bikes Sdn Bhd akan memperkenalkan Street 750 tidak lama lagi.

Merujuk kepada varian Street 500, HDKL menolak kemungkinan potensi untuk dibawa masuk. Harley-Davidson Street 750 menggunakan platform baharu selepas pengeluar itu tidak membangunkan platform lain sejak pengeluaran model V-Rod 13 tahun lalu.

Selain daripada penggunaan platform baharu, jentera ini turut menerima enjin baharu, Revolution X sejukan cecair.

Pasukan kejuruteraan Harley-Davidson membina enjin ini khas buat kegunaan di dalam bandar. Sama seperti varian enjin Harley-Davidson lain, Street 750 memperoleh enjin dua silinder dalam konfigurasi V-berkembar 60 darjah.

Enjin Revolution X yang mempunyai sesaran 749 sentimeter kubik ini dibekalkan dengan sistem sejukan cecair untuk memastikan enjin tidak mengalami kepanasan melampau.

Tindak balas pendikit dibuat untuk respons kuasa lebih lancar dan progresif untuk pengendalian yang lebih selesa dan memuaskan ketika berlibur di kawasan bandar.




Kuasa enjin Harley-Davidson Street 750 dipindahkan melalui kotak gear enam kelajuan. Menurut pengeluar, kelebihan sebenar Harley-Davidson Street 750 ialah tahap pengendaliannya yang mudah pada kelajuan rendah dan penyebaran tork yang lebih baik di sepanjang julat kitaran enjin.

Kekal dengan menggunakan belt sebagai pacuan akhir, gear keenam khas untuk menyediakan corak tunggangan yang lebih selesa, lancar dengan irama enjin yang lebih konsisten.

Selain itu, Harley-Davidson Street 750 mempunyai brek cakera tunggal dengan angkup dwi-omboh untuk melaksanakan tugas penghentian dengan lebih berkesan.

Berkenaan dengan harga, berkemungkinan besar Harley-Davidson Street 750 akan dijual di antara RM65,000 hingga RM80,000. Varian ini dijangka  tiba ke pasaran tanah air pada suku ke tiga tahun ini.







1

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote robertocarbos 19-6-2014 02:29 PM
cunnn..kene cekau satu ni
Quote otai_g 23-6-2014 03:20 PM
aku tgk design dia da x klasik lah... so-so jerk...
Quote Josh_Agroban 30-6-2014 01:34 PM
Nice. Gua berminat tapi lesen moto lak xde. hahahaha

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.057625 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top