CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Eksklusif! Rita Rudaini Dedah Sikap Sebenar Aidil

20-6-2014 02:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4320| Komen: 19

Description: "Apa Yang Saya Beritahu Sebelum Ini Semuanya Daripada Mulut Aidil Sendiri. Kalau Bukan Dia Yang Cakap Isterinya Itu Yang Sekat Aplikasi Whatssapp Dan Wechat, Mana Mungkin Saya Boleh Tahu Dan Berkat ...


EKSKLUSIF! Rita Rudaini Dedah Sikap Sebenar Aidil

Kurang 24 jam daripada kenyataan Rita Rudaini berkenaan sikap isteri baru bekas suaminya, Aidil Zafuan iaitu Zarema yang dikatakan telah menyekat komunikasi Aidil dengan anak-anaknya, Aidil pun membuat kenyataan balas yang mahukan Rita berhenti daripada mencari salahnya.

Dek kenyataan yang dikeluarkan Rita, ada segelintir pihak yang menganggap dirinya sengaja mengada-adakan cerita.  Lantas, MH Online menghubungi aktres versatil itu bagi mendapatkan reaksi daripada kenyataan bekas suaminya yang disiarkan menerusi sebuah akhbar online pagi tadi.

"Apa yang saya beritahu sebelum ini semuanya daripada mulut Aidil sendiri.  Kalau bukan dia yang cakap isterinya itu yang sekat aplikasi Whatssapp dan Wechat, mana mungkin saya boleh tahu dan berkata sedemikian.  Aplikasi Whatsapp itu disekat sebelum mereka berkahwin dan Wechat itu pula selepas berkahwin.


"Aidil yang meminta saya muat naik aplikasi Wechat sebab senang nak berhubung dengan anak secara 'video call'.  Saya menolak sebab tidak suka menggunakan aplikasi yang jarang digunakan.  Akhirnya saya akur kerana dia menggunakan alasan anak-anak.

"Selepas muat naik, dia sempat buat panggilan video sekali sahaja dan disekat oleh isterinya tiga hari selepas itu kerana kantoi dia berhubung dengan saya dan anak-anak.  Kemudian, Aidil menghubungi saya menggunakan nombor lain.  Saya tanya, mana pergi telefon lagi satu dan Aidil menjawab isterinya ambil.

"Bila saya tanya kenapa, dia jawab lagi isterinya itu terjumpa 'history' panggilan video yang pernah dibuat sebelum ini.  Saya cakap dengannya, kenapa perlu takut sedangkan apa yang dia buat itu adalah untuk anak-anaknya sendiri.

"Aidil juga cakap, dek kantoi dengan aplikasi Wechat itu dia dan isterinya bergaduh sehingga habis barang-barang di rumah dipecahkan," jelas Rita.


Bersumpah

Tidak hanya selepas berkahwin, Rita juga memberitahu Aidil sudah mengadu dengannya sebulan sebelum berkahwin.

"Sebulan sebelum dia kahwin ada beberapa kali dia datang berjumpa anak-anak.  Saya ingat lagi, dia pernah bersumpah yang mana tidak ada sesiapa yang boleh menghalang dia berjumpa dengan anak-anaknya.

"Ketika itu saya rasakan dia sudah berubah sepenuhnya.  Saya yakinkan anak-anak untuk berjumpa dengannya.  Disebabkan anak bongsu, Arjuna tidak pernah kenal siapa dia, saya memberitahu yang Aidil itu adalah ayahnya.  Ketika itu Arjuna sempat cakap, kalau betul ayah kenapa dia tinggal Adik Mok (gelaran untuk Arjuna).

"Aidil cakap bagi peluang untuk dia jalankan tanggungjawab terhadap anak-anak.  Saya cakap balik, soal itu memang sudah lama menjadi tanggungjawabnya dan tidak perlu minta daripada saya.  Tapi, bila dia hilang lagi saya pun cakap untuk diri sendiri cukuplah apa yang dia buat.  Saya rasa sudah tidak terkira janji-janjinya.  Tidak perlu berikan 1001 alasan dongeng kerana saya dan anak-anak sudah malas dan tidak hadap lagi untuk menunggu sebarang panggilan atau mesej daripadanya," ujar Rita lagi.


Sebab Tak Balas Mesej 

Soal dikatakan tidak memberitahu dan membalas kiriman mesej tentang kesihatan anaknya, Rita ada jawapannya.

"Bila anak masuk hospital saya sengaja tak letak gambar di Instagram.  Selepas hari keempat barulah saya muat naik.  Lepas tu, baru dia mesej saya.  Memang saya tak membalas mesej tersebut sebab saya rasa dia sudah tidak layak untuk ambil tahu fasal anak-anak.

"Takkan anak masuk hospital baru nak mesej? Takkan semua perkara saya pula kena kemaskini dengannya? Nanti saya pula dikata mengganggu rumah tangga mereka meski ia berkaitan hal anak.  Dia yang perlu buat semua itu sebab dia bapa kepada anak-anak saya.

"Bila fikir balik janji-janji yang dia berikan sewaktu mula-mula berjumpa anak iaitu sebelum dia berkahwin, memang geram dibuatnya.  Mana janji yang nak berikan duit sekolah anak-anak? Mana janji nak berikan pembantu rumah Filipina? Semua itu dia pesan jangan beritahu sesiapa sebab nanti bakal isterinya marah.

"Saya pegang janji dan hal yang dia mengadu dengan saya.  Tapi bila semua ini dia salahkan saya balik dan cakap saya mulut jahat, saya tak boleh diam.  Saya perlu cakap semuanya yang itulah perangai sebenar Aidil.  Kalau depan saya dia boleh bercerita buruk fasal isterinya, tak mustahil depan isterinya dia burukkan saya," ujarnya lagi.


Sikap Zarema

Setiap kali datang berjumpa anak-anak, Aidil pasti meluahkan rasa dan mengadu tentang sikap isterinya baik sebelum atau selepas kahwin.

"Pernah satu hari Aidil datang dengan menaiki kereta lain.  Bila saya tanya mana kereta, dia jawab perempuan tu ambil sebab tak benarkan dia jumpa anak.  Aidil siap cakap, dia tebalkan muka untuk meminjam kereta kawannya semata-mata mahu pergi jumpa anak.

"Dua minggu sebelum mereka dinikahkan, Aidil juga mengadu yang dia tak mahu kahwin.  Dan ketika dia cakap hal itu, Aidil mengatakan bakal isterinya itu sedang berparti di luar.  Saya cakap dengannya, sepatutnya hal ini mengadu pada ibu bapanya, apa yang Aidil cakap adalah dia takut.

"Selain itu, Aidil juga pernah sewakan saya dan anak-anak sebuah bilik di hotel ternama di KL bagi memudahkannya pergi berjumpa anak.  Sedangkan pada hari itu saya kena balik kampung.  Mengenangkan dia teringin sangat nak jumpa anak-anak, saya batalkan penerbangan.  Dan hal itu juga diketahui oleh bakal isterinya.

"Tidak hanya itu, Aidil juga mengadu yang habis duitnya digunakan bagi menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan," ujar Rita lagi.

Satu hal lagi, Instagram milik Aidil juga dikawal oleh isterinya sebelum berkahwin lagi.

"Aidil ada cakap yang perempuan itu menggunakan akaun Instagramnnya untuk membalas semua komen-komen peminat yang mengkritiknya," kata Rita.

Menurut Rita, apa yang didedahkan ini bukanlah berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya ingin membela diri selepas apa yang Aidil perkatakan tentang dirinya seolah-olah dia mereka-reka cerita.

"Saya bukan perempuan yang senang nak diperkotak-katikkan.  Dia gunakan persengketaan kami untuk menutup salahnya.  Apa yang saya ceritakan ini bukan fitnah tapi semuanya daripada mulut Aidil sendiri.  Saya perlu bela diri kerana saya memang jenis yang lantang dan telus daripada bersikap 'silent killer' seperti dia," ungkap Rita lagi.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=809676&extra=&page=46



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote helmeita 24-6-2014 01:49 PM
aper ni/.... aduh hem .... zarema kena terima hakikat.. di tu bini yg kedua.. n tak der anak... so kena bagi ruang laki dia bersama adank.. tak boleh kongkong.... ker takut adil kembali pada rita.. tapi kalu ko yakin adil cinta benar kat ko tak perlu ko ragu kat adil....
Quote BlackRed 23-6-2014 10:59 AM
Betul la kot, lau tak mst ZZ ngan Aidil da buat saman malu kat Rita kan? Kan? Kan?
Quote robertocarbos 23-6-2014 10:56 AM
Dayus gile ko Aidil
bagi potong la itu belalai
bagi anjing makan
Quote helmeita 23-6-2014 09:26 AM
hem... aku rasa c rita berpegang pada istilah berani kerana benar takut kerana salah
Quote helmeita 23-6-2014 09:25 AM
hem.....berani kerana benar takut kerana salah... mungkin ini pegangan c rita.... hem.. ingat tak stress ke bela anak 2 org tanpa ada suami d cc..... sapa ada anak jer faham
Quote gnote_2 23-6-2014 07:06 AM
Takut bini ke aidil oii..
Quote rainbowrainz 22-6-2014 05:57 PM
ishkkkk seramnyer
Quote waewae 22-6-2014 05:12 PM
Ak rase rita nie mmg ckp btl...mmgla mulut die bole thn,tp xmgkn die menipu..ak mmg pecaye rita..go kak rita..zareema tuh mmg fake..
Quote waewae 22-6-2014 05:12 PM
Ak rase rita nie mmg ckp btl...mmgla mulut die bole thn,tp xmgkn die menipu..ak mmg pecaye rita..go kak rita..zareema tuh mmg fake..
Quote brainbiru 22-6-2014 03:31 AM
Klu tgk rita rudani punya mulut...mremamng jenis tak heran perasaan org kalau bercakap... org tua mcm bekas bapa mertua dia dulu pun dia sanggup biadap.. apatah lagi setakat aidil n zarema....

http://beautifulnara.com/saya-kasihan-pada-aidil-macam-orang-tiada-agama-rita-rudaini/
Quote brainbiru 22-6-2014 03:17 AM
Leh caya ka?
Quote kukuKakiKakaKu 22-6-2014 01:50 AM
Go go go rita...jemah gg besi busuk ati..sanggup halang bapa jmpe anak sendiri...ko mmg xbley jd mak tiri yg baik..
Quote SayaSayangMama 21-6-2014 11:49 PM
Euww teruknya..
Quote archer13 21-6-2014 06:34 PM
go rita.. jika anda di pihak yang benar tak usah takut untuk bersuara. :)
Quote LeckaLempicka 21-6-2014 04:03 PM
kesian Rita...... Kalau betul la si Zarema tu mcm tu, kenapa la si Aidil ni sanggup jugak nak kawen dengan dia? mesti tgh menyesal la tu..... huhuhuhu...Wicked betul si Zarema ni.
Quote cadarblogsot 21-6-2014 04:02 PM
Go rita go.... mungkin aidil akan brpatah balik.. who know.. takdir & waktu
Quote lashes 21-6-2014 01:34 PM
Kesian rita..
Quote Radzor 21-6-2014 12:09 PM
So sapa yg salah
Quote imransulaiman 21-6-2014 10:31 AM
Saya tak salahkan Rita... :)

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.039903 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top