CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Anak Dicabul Pekerja Restoran Di Depan Mata Ibu

30-6-2014 10:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22843| Komen: 140

Description: Seorang Wanita Terkejut Apabila Dua Pekerja Warga Asing Sebuah Restoran, Di Sini Dengan Berani Memeluk Dan Mengusap Anak Perempuannya Berusia 10 Tahun Secara Tiba-Tiba



SEREMBAN – Seorang wanita terkejut apabila dua pekerja warga asing sebuah restoran, di sini dengan berani memeluk dan mengusap anak perempuannya berusia 10 tahun secara tiba-tiba ketika dia sedang membeli air, Khamis lalu.
       
Ibu mangsa berusia 30-an yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu anaknya turun membeli air seorang diri di restoran berkenaan.
       
Menurutnya, dia memberhentikan kenderaannya di hadapan kedai makan terbabit dan hanya menunggu di dalam kereta bersama seorang lagi anak perempuannya berusia enam tahun.
       
“Saya suruh anak sulung turun seorang diri kerana hanya mahu membeli air. Malah kereta saya diparkir betul-betul berhadapan kedai makan berkenaan.
       
“Dari dalam kereta saya lihat pergerakan anak. Tapi tiba-tiba saya pelik apabila salah seorang pekerja di situ memeluk anak saya dari belakang,” katanya.
       
Malah katanya, seorang lagi pekerja turut bertindak di luar batasan apabila dengan sengaja mengusap leher dan pipi anaknya.
       
Berang dengan keadaan itu, dia membunyikan hon kereta beberapa kali sebagai tanda amaran sebelum pekerja terbabit melarikan diri dan bersembunyi di bahagian belakang kedai.
       
“Saya turun berjumpa dengan penyelia restoran terbabit kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kurang sopan tersebut.
       
“Tapi dia memujuk saya agar tidak membesarkan hal itu dan meminta maaf mewakili pekerjanya. Saya memang bengang sangat sebab dia berani usik anak perempuan saya macam itu. Memang dia masih kanak-kanak tapi janganlah sesuka hati mahu memeluk dan mengusik anak orang,” katanya.
       
Sebaik sahaja pulang ke rumah, dia memaklumkan perkara itu kepada suaminya sebelum membuat laporan di Balai Polis Senawang.
       
Sementara itu, Sinar Harian mendapati, gambar dua lelaki warga asing dengan tangan bergari dipercayai suspek  mula disebarkan di laman Facebook, sejak Khamis lalu.
       
Malah ia turut mendapat pelbagai maklum balas orang ramai yang ternyata sangat terkejut dan tidak berpuas hati dengan kejadian yang berlaku.

10

Bagus
12

Marah
16

Terkejut
15

Sedih
12

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myvios 29-6-2014 06:24 PM
Quote secretservice 29-6-2014 06:25 PM
bagi fb die??
Quote Decaffeinated 29-6-2014 06:27 PM
kalau dia buat in the open in broad daylight mungkin ada kemusykilan di situ....

Quote penyo 29-6-2014 06:28 PM
        “Saya suruh anak sulung turun seorang diri kerana hanya mahu membeli air. Malah kereta saya diparkir betul-betul berhadapan kedai makan berkenaan.

Bagusss........
Quote nuryakmal 29-6-2014 06:28 PM
Why would you let the kid out alone in the first place...aiyee...
Quote azrain98 29-6-2014 06:32 PM
nuryakmal posted on 29-6-2014 06:28 PM
Why would you let the kid out alone in the first place...aiyee...

maybe mcm jarak kedai tu ngan keta 5m je kot
Quote nuryakmal 29-6-2014 06:33 PM
azrain98 posted on 29-6-2014 06:32 PM
maybe mcm jarak kedai tu ngan keta 5m je kot

Split second anak boleh kena cabul kena culik. Nak minum air-- kat rumah laaa.... Kedai mamak lagik..
Quote gnote_2 29-6-2014 06:43 PM
Kdg2 aku g kdai mamak pn mmg cmgitu.. depa suka layan budak2.. usik2 rambut. Tp xpenah plak smpai pelok2 ne..
Quote ice_sky92 29-6-2014 06:46 PM
Gila la open sangat...
Quote edee_91 29-6-2014 06:49 PM
bagaimana kalau ummah kokesen yang peluk?
Quote kucen_miang 29-6-2014 06:51 PM
Korang jgn terkejut n pelik sangat.perkara ni sebenarnya mmg selalu berlaku tanpa disedari ibubapa.ada sekali aku bwk anak2 sedara pi pekena teh tarik kedai mamak.dtg sorang worker usap2 bahu anak sedara aku umur 9 tahun sambil sebut byk cantek byk cantek.menyirap btul darah aku kat situ jugak nak aku tgnkan cilaka tu.kelam kabut bos dia dtg mintak mahap.
Quote kucen_miang 29-6-2014 06:55 PM
Sentiasa hati2 ngan pekerja mamak atau bangla esp kalo anak korang putih n montel.mmg geram dorang tgk siap peluk2 gosok2.makbpk boleh sengih bangga org kata anak comel padahal dah kena cabul.
Quote ~boolean 29-6-2014 06:55 PM
Kadang2 aku kasian dengan budak sekarang.

Umur 10 tahun masih kena ditemani ibu bapa. Hilang dari pandangan sekejap saja pun dah bahaya.

10 tahun lepas tak seteruk macam ni.

Dalam masa 10 tahun aja sudah menjadi2 kes macam ini.

:Q
Quote AdsMsia 29-6-2014 06:57 PM
memang selalu mamak dari india ni buat mcm tu
maybe budaya diaorang kut....
Quote chaintea 29-6-2014 06:59 PM
Restoran Mamak ek..
Quote ~boolean 29-6-2014 06:59 PM
edee_91 posted on 29-6-2014 06:49 PM
bagaimana kalau ummah kokesen yang peluk?

Bagus soalan ni..

Kalau kokesen yang peluk pasti sudah bangga ibu bapa kerana anaknya dipujai ummah berkulit putih, boleh jadi modal untuk tulis di facebook.
Quote kucen_miang 29-6-2014 07:03 PM
AdsMsia posted on 29-6-2014 06:57 PM
memang selalu mamak dari india ni buat mcm tu
maybe budaya diaorang kut....

Sanggup ke anak ko kena peluk ramas semata2 hormati budaya kelleng.ko tau sbbnya pempuan kat sana pantang lepa jer kena rogol?
Quote famri7 29-6-2014 07:24 PM
edee_91 posted on 29-6-2014 06:49 PM
bagaimana kalau ummah kokesen yang peluk?

Kalo kokeshen sis,naik satu darjat lah.

Tapi memang cash la suruh anak gadis pegi beli air kedai mamak gersang..orang nak buat jenayah xder bagi salam berpantun bagai.
Quote anonims 29-6-2014 07:34 PM
Kalau di restoran, siang2 buta anak sebesar 10 tahun tak boleh turun dari kereta beli air seorang diri, duduk di negara macamana tu?? Aku setuju jer kalau nak marah mak dia kalau suruh beli air, pergi jalan kaki dari rumah. Ini parking depan kedai & ibu perhati dari dalam kereta..

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.066527 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top