CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Oku Firdaus Keluar Hospital Jumaat Ini

8-7-2014 09:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13886| Komen: 78

Description: Remaja Orang Kurang Upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, Yang Dijumpai Dalam Keadaan Terabai Di Flat Taman Semarak, Nilai, 21 Jun Lepas Dibenarkan Keluar Hospital Tuanku Jaafar Seremban (Htjs) Jumaat I ...


Remaja orang kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai, 21 Jun lepas dibenarkan keluar Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) Jumaat ini.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata remaja itu akan ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan melalui perintah sementara daripada mahkamah.

“Alhamdulilah tahun ini adik Muhammad Firdaus boleh berhari raya dengan kami selain kami sedang mengesan warisnya yang lain supaya mereka boleh melawat beliau,” katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Sebelum itu, beliau mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan di pejabatnya di sini.

Rohani berkata berat Muhammad Firdaus juga kini telah bertambah kepada 17.3 kg berbanding 14 kg ketika ditemui dikurung di sebuah rumah pangsa oleh Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi bersepadu di rumah berkenaan.


Mengulas kejadian seorang remaja yang maut dibelasah bapanya di Melaka, Rohani berkata pihaknya telah memberikan perkhidmatan kaunseling kepada ibu mangsa untuk berhadapan dengan kejadian tersebut.

“Kita telah memberikan sedikit bantuan iaitu sebanyak RM300 kepada keluarga tersebut dan akan menimbangkan untuk memberi bantuan berterusan kepada mereka,” katanya.

Dalam kejadian 5 petang Sabtu lepas, mangsa Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17 dilaporkan bertengkar dengan bapanya yang berusia 52 tahun di rumah mereka di Kampung Jawa Alor Gajah selepas Muhamad Hafiz menyatakan hasrat untuk bekerja kepada ayahnya namun tidak dipersetujui.

Ayah mangsa bertindak ganas dengan mengambil sebatang kayu lalu memukul anak sulung daripada 10 beradik itu bertubi-tubi sehingga Muhamad Hafiz rebah sebelum ibu mangsa, Siti Habibah Ismail menyedari kematian anaknya kira-kira 4 pagi semalam.


Bagus

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 8-7-2014 09:52 AM
Alhamdullillah...da sihat pun..
kesian lak kat mangsa pukul tu..
ntah  apa2 jerk ayah nya tu..sakit hati betul...
nasib la pasni dpt hukuman..
Quote Cik_Andak 8-7-2014 09:54 AM
Alhamdulillah adik firdaus boleh keluar...
Quote sapp73 8-7-2014 09:54 AM
Dah nak discharge dah.. Alhamdulillah.....lola dah datang melawat ke belum
Quote atai 8-7-2014 09:56 AM
apa halatuju budak ni..bagi balik ke family dia ke?
elok hantar ke pusat jagaan je takut terabai sekali lagi..
Quote cektim 8-7-2014 09:59 AM
tgok adik firdaus masih perlukan byak perhatian tu
manja ja dia
slamat ari raya adik firdaus
Quote PEPPERMAN 8-7-2014 10:01 AM
bilik di Seri Perdana dah ready ke?
Quote mizz_fatyn 8-7-2014 10:07 AM
Alhamdulillahh..
Quote CrowneGlory 8-7-2014 10:12 AM
PEPPERMAN posted on 8-7-2014 10:01 AM
bilik di Seri Perdana dah ready ke?

Bwahaha... Duit letrik sebulan je dh cukup tampung adik firdausnya hidup bertahun2..
Quote rosevelvet 8-7-2014 10:16 AM
sapp73 posted on 8-7-2014 09:54 AM
Dah nak discharge dah.. Alhamdulillah.....lola dah datang melawat ke belum

lolanopita ckp takut nk pg visit sbb takut kena hencap kat sepital. mungkin tgu adik firdaus masuk JKM dulu baru dia pg visit.
Dlm keadaan mcm ni, lola masih mengutamakan airmukanya takut dihencap. air muka lg penting dr anak.
Quote xtahumenahu 8-7-2014 10:16 AM
Alhamdulillah...semoga adik ni terjaga lepas ni
Quote aku_best 8-7-2014 10:16 AM
Alhamdulillah adik firdaus dah sihat. Semoga adik firdaus ceria dan bahagia....
Quote missyqaldina 8-7-2014 10:18 AM
bole tak kita nak g melawat adik ni?
Quote cektim 8-7-2014 10:18 AM
PEPPERMAN posted on 8-7-2014 10:01 AM
bilik di Seri Perdana dah ready ke?

haha
malam2 mak rosmah tlg dodoikan yer

Quote Kejora927 8-7-2014 02:57 PM
dh berisi ke budak tu?.. kesian betul mula2 keluar dulu kurus kering..
Quote izabellemylia 8-7-2014 03:00 PM
Alhamdulillah...menitik air mata tgk adik ni...
Quote azrain98 8-7-2014 03:12 PM
dah sihat nnti jgn marah dgn mak ye...maafkan mak ye firdaus...jgn jadi anak derhaka...
Quote voiletiris 8-7-2014 03:28 PM
Kejora927 posted on 8-7-2014 02:57 PM
dh berisi ke budak tu?.. kesian betul mula2 keluar dulu kurus kering..

nasib baik org awal jumpa dia kalau tak entah apa nasib dia.
Quote TEDDYASESARA 8-7-2014 04:27 PM
Alhamdulilah....
Quote hasmania 8-7-2014 04:45 PM
azrain98 posted on 8-7-2014 03:12 PM
dah sihat nnti jgn marah dgn mak ye...maafkan mak ye firdaus...jgn jadi anak derhaka...

azrain, kalo awak kena macam ni apa awak rasa ????

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.113103 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top