CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makcik Di Ambang Senja Ditahan Seludup Rokok

9-7-2014 01:38 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5974| Komen: 14

Description: Azman Dalam Keputusannya Berkata, Selepas Meneliti Fakta Dan Alasan Penghakiman Lalu, Mahkamah Dengan Ini Memutuskan Membatalkan Perintah Tuan Majistret Di Bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah Dan ...
Padah simpan rokok seludup


KOTA BHARU - Padah menyimpan 288 karton rokok seludup bernilai RM4,536.40, empat tahun lalu, seorang suri rumah didenda RM50,000 oleh mahkamah tinggi, di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim, Datuk Azman Abdullah ke atas Zainun Hamid, 48, selepas membenarkan rayuan yang difailkan pihak pendakwaan Kastam Diraja Malaysia terhadap penghakiman di mahkamah majistret pada 27 Mei 2013.

Azman dalam keputusannya berkata, selepas meneliti fakta dan alasan penghakiman lalu, mahkamah dengan ini memutuskan membatalkan perintah Tuan Majistret di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah dan digantikan denda RM50,000 gagal bayar penjara selama lima bulan.


Tertuduh dibawa polis untuk dihantar menjalani hukuman penjara selepas gagal menjelaskan denda sehingga semalam.



“Alasan utama kerana kepentingan awam mengatasi kepentingan tertuduh, jika tertuduh menyedari mempunyai penyakit yang dikatakan serius sepatutnya mengelak daripada melakukan kesalahan sebegini.

“Perniagaan yang bersih tanpa menjual barangan larangan adalah satu perniagaan yang boleh dijalankan, jika tidak mementingkan keuntungan cepat dan tamak. Oleh itu, mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti haram perlu melalui keperitan apabila tertangkap,” katanya.

Azman juga memberitahu tertuduh bahawa pada kesalahan pertama, mahkamah bersedia untuk memberi denda yang minimum dan jika berulangan, hukuman penjara boleh dikenakan.

Zainun didakwa menyimpan barangan larangan import itu di sebuah premis di Jalan Tok Bali Semarak, Pasir Puteh, pada jam 3.15 petang, 7 Disember 2010.

Antara rokok itu termasuk 12 karton Gudang Garam Surya 12; 46 karton Tex; 44 karton Canyon; 57 karton Minna; 55 karton Astro; 63 karton D&J dan 11 karton Crazy Horse.

Dalam penghakiman lalu, Zainun dilepaskan dengan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM10,000 dengan seorang penjamin. Sekiranya bon gagal dilaksanakan, denda RM50,000 dan jika gagal membayar denda tersebut, 24 bulan penjara.

Kastam diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Aimie Yusreena Yunus.


16

Bagus
23

Marah
18

Terkejut
12

Sedih
14

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluehedgehog 9-7-2014 11:13 AM
sistem penghakiman di malaysia ni... seleweng 250juta x dipenjara...
Quote Cik_Andak 9-7-2014 11:24 AM
Kesian makcik.....
Quote HANIMUSLIMAH 9-7-2014 11:25 AM
bluehedgehog posted on 9-7-2014 11:13 AM
sistem penghakiman di malaysia ni... seleweng 250juta x dipenjara...

ye kan..alang alang buat jahat bio buat yang juta jutaan ringgit..barulah namanya MALAYSIA BOLEH..
tak lama dulu ada kes curi duit tabung masjid kena masuk penjara 3 tahun dan bayo denda lagikkk,
jumlah yang dicuri tak banyak mana pon..
Quote chinta89 9-7-2014 12:02 PM
tangkap bilis ape hal..

tangkap jerung la baii..
Quote Simunggu 9-7-2014 12:13 PM
di Sabah melambak pendatang makcik diambang senja jual rokok seludup...
Quote gaara_X 9-7-2014 12:14 PM
salah tetap salah...but yang terbukti salah kat malaysia nie banyak and masih lepak je......
Quote gula_tebu 9-7-2014 01:03 PM
aku kesian kalau makcik-makcik yg tersalah langkah yg mostly rasa benda tu tak salah sebab orang-orang lain pon maybe buat tapi dia je yg terkena, dan tiba-tiba tertangkap..seriously kesian..


tp makcik, memang salah, makcik redha ye
Quote Changa 9-7-2014 01:12 PM
kena hukum salah, tak kena hukum pun salah.

so apa sahaja yg betul bagi umamh melayu sunni caprut bangsat ini?
Quote Omong 9-7-2014 01:15 PM
aku yg perokok tegar ni aman je beli rokok seludup. . .
Quote Modngengade 9-7-2014 03:02 PM
adakah makcik di ambang sore ini memakai tudung peridah?
Quote BotakChinPeng 10-7-2014 04:26 PM
Padan muka.
Quote sekngucing 10-7-2014 04:30 PM
adik aku pun selalu beli rokok seludup ni
Quote LUNCH 10-7-2014 05:55 PM
Patulah orang kelantan  kaya raya semua boleh buat bungalow sorang sebiji rupanya banyak buat barang sludup.
Quote BotakChinPeng 10-7-2014 06:08 PM
Berani buat berani tanggung

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.058005 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top