CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Kematian Regina Soosalu Ada Kaitan Dengan Kerabat Raja?

10-7-2014 10:15 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 58363| Komen: 251

Description: Model Sambilan, Regina Soosalu Pada Awalnya Dikatakan Mati Lemas Apabila Mayatnya Ditemui Di Pantai Pulau Itu Pada 1 Julai Lalu, Pada Hari Dia Tiba Di Pulau Berkenaan.


JOHOR BAHRU: Seorang model warga Estonia yang dikatakan mempunyai kaitan dengan seorang kerabat diraja ditemui dibunuh di Pulau Rawa membangkitkan banyak persoalan.


Model sambilan, Regina Soosalu pada awalnya dikatakan mati lemas apabila mayatnya ditemui di pantai pulau itu pada 1 Julai lalu, pada hari dia tiba di pulau berkenaan.

Bagaimanapun, polis kini sedang menyiasat kematiannya sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas menemui kecederaan "mencurigakan" pada badannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan berkata, setakat ini seramai enam suspek telah ditahan bagi membantu siasatan.

"Kesemua mereka berada di pulau itu pada hari kejadian tetapi saya tidak dapat mendedahkan lebih banyak maklumat kerana kita masih dalam siasatan," katanya.


Menurut sumber yang rapat dengan Soosalu dan teman lelakinya berkata, model itu dilihat kali terakhir oleh kakitangan hotel ketika model itu keluar dari biliknya untuk berjalan dekat jeti. Dia memberitahu bahawa wanita berkenaan tidak pulang selepas itu.

Gambar Soosalu bersama Tengku Alang Reza yang ditemui di Facebook milik model warga Estonia itu.


Teman lelaki kepada model itu, Tengku Alang Reza Ibrahim, mendiamkan diri berhubung kematian itu di akaun Facebooknya sehingga Selasa. Sumber memberitahu bahawa dia amat terganggu untuk menceritakan mengenai perkara tersebut.

Tengku Alang Reza menyifatkan insiden itu sebagai "tragedi paling buruk di dalam hidupnya".

“Cinta saya, Regina meninggal dunia pada 1 Julai lalu, di bulan suci Ramadan. Dia adalah cinta hati saya, rakan baik saya, dan saya akan terus menjadi inspirasi buat saya," kata Tengku Alang Reza di Facebooknya.

"Hatinya dipenuhi dengan kehebatan, cinta dan belas kasihan untuk semua mahkluk dan kehidupannya sendiri."

Bagi mengungkapkan kata-kata selamat tinggal, Tengku Alang Reza berkata: "kata-kata tidak dapat meluahkan kekosongan dan kesengsaraan yang saya rasai. Hanya ucapan perpisahan buat masa ini, tidak akan selamat tinggal. Hingga kita berjumpa lagi, saya mencintaimu My Baby, akan sentiasa di hati saya."



Ditanya adakah teman lelaki Soosalu turut dipanggil untuk disiasat, Hasnan berkata, polis belum lagi memanggil lelaki itu bagi siasatan.

"Kita telah memaklumkan Interpol (polis antarabangsa) berhubung insiden ini dan kita menyerahkan kepada mereka untuk menghubungi keluarga wanita itu.

"Saya percaya butiran-butiran mengenainya akan dimaklumkan kepada kedutaan Estonia di Beijing dan mereka sedang berhubung dengan keluarga mangsa mengenai siasatan kita," katanya.

Ditanya mengenai waktu dan lokasi insiden, Hasnan enggan mengulas lanjut dan berkata, polis sedang berusaha untuk mengesan waktu kematian.

"Mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat dan kita sedang menunggu laporan akhir," katanya.

Soosalu di Facebooknya berkata, dia sedang menjalinkan hubungan bersama seorang lelaki bernama Alang Reza sejak 3 Julai 2012.



10

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dauswq 9-7-2014 12:57 PM
dulu kes pompuan aussie klu tak silap mati kt tioman..
kali ni kt rawa plak...
Quote NIXAR 9-7-2014 12:59 PM
dauswq posted on 9-7-2014 12:57 PM
dulu kes pompuan aussie klu tak silap mati kt tioman..
kali ni kt rawa plak...

perancis. tertuduh br je dihukum mati

Quote budakshinchan 9-7-2014 01:02 PM
erk.. nk gi Pulau Rawa bln 9 nnt.. takot la pulokkkk..
Quote monreyes 9-7-2014 01:03 PM
3 kes dah
dah kenapa la agaknya org2 kat Mersing ni...
Quote FanTasyCreaTioN 9-7-2014 01:08 PM
Model dies under mysterious circumstances in Johor




Model Regina Soosalu, from Estonia, is believed to have died on an island off Johor on July 1. — Pic credit Instagram Regina Soosalu



KUALA LUMPUR: A freelance model, Regina Soosalu, is believed to have died under mysterious circumstances at a resort on an island off Johor.

She was from Estonia, which is close to Russia.

Soosalu, who lives in Kuala Lumpur, as stated on her Facebook profile, was believed to have been on the island for a holiday.

Sources in the local modelling industry who knew Soosalu told The Rakyat Post that she died on July 1. However, they were only informed on July 6.

The cause of her death varies, based on different sources, ranging from drowning to illness.

This was further confirmed by Pitt Ab Rahaman on his Instagram account. He wrote about Soosalu’s death today.

Pitt, who described himself as a fashion image maker, uploaded a photo of Soosalu earlier today with a caption that read like an announcement, saying that the model had died on July 1.

In the comment section of the posting, Pitt stated that the cause of Soosalu’s death remained unknown.

Checks on Soosalu’s Facebook page saw that her last update, based on what is visible to the public, was on June 29.

Meanwhile, on her Instagram account, Soosalu last uploaded a photo on June 30.

An Instagram user, Wuzlei, commented on the photo today, saying simply: “Please come back.”

On an older photo, uploaded on June 23, saw several recent comments made, talking about Soosalu having passed away.

Razzi Musa wrote: “I baru tau dia baru meninggal. So Sad. RIP.” (I just found out she died. So sad. RIP).

To that, one Zarul Sukri asked, “sbb apa? dia sakit ke?” (What happened? Was she ill?)

Another Instagram user linaaa_lynx responded, saying: “she’s drowned.”

Credit To : http://mocsarawak.wordpress.com/2014/07/08/model-dies-under-mysterious-circumstances-in-johor/
Quote revolusi_30 9-7-2014 01:08 PM
Rawa ne kan bukan braiseball punya ka...  
Quote missyqaldina 9-7-2014 01:10 PM
x silap aku pulau ni tmj punya kan?
Quote Changa 9-7-2014 01:16 PM
kat pulau rawa ini jua ada kes pelacong kokesen buat wedding kat sana kena kacau dengan kerabat caprut owner resort sana
Quote leylapple 9-7-2014 01:17 PM
apsal malaysia nie... pulau kat sabah kes culik..

pulau kat sjung pulak sampai mati pelancong...

kene buat sesuatu nie..
Quote Changa 9-7-2014 01:17 PM
suka membunuh  umamh kokesen nya lah ummah johor java caprut ini.
dulu bunuh warga perancis.

lepas itu abg kokesen UK yg kat tioman itu pun belum kelua rlagi kan result mati sebab apa.
entah2 kena bunuh dengan warga caprut berkerak jua.
Quote chinta89 9-7-2014 01:46 PM
makin banyak berita2 pelik di malaysia..

dari sabah hingga ke semenanjung..
Quote Changa 9-7-2014 01:47 PM
chinta89 posted on 9-7-2014 01:46 PM
makin banyak berita2 pelik di malaysia..

dari sabah hingga ke semenanjung..

takde benda yg pelik pun taka tberita orang kena bunuh.
ke ini kejadian bunuh yg pertama berlaku di tanah air??

so??? tak perlu nak drama queen macam tak pernah baca pasal berita kes bunuh selama ini,
ewww choii!!
Quote Simunggu 9-7-2014 01:50 PM
Changa posted on 9-7-2014 01:17 PM
suka membunuh  umamh kokesen nya lah ummah johor java caprut ini.
dulu bunuh warga perancis.

di sabah suluk bunuh org china pula...
Quote chinta89 9-7-2014 02:13 PM
Changa posted on 9-7-2014 01:47 PM
takde benda yg pelik pun taka tberita orang kena bunuh.
ke ini kejadian bunuh yg pertama berlaku  ...

ak maksudkan pelik sb asik2 mat salleh n org luar mati kat mesia ni. kalau rakyat sendiri ape aku heran?

kalau org luar mati kat mesia ni kan byk spekulasi. org luar boleh cop malaysia x selamat utk pegi melancong.

bodo ko tu simpan sikit, ckp tak reti bahasa... padan ngn avatar ko yg tak semenggah mana tu.
Quote exclusive_vvip 9-7-2014 02:24 PM
budakshinchan posted on 9-7-2014 01:02 PM
erk.. nk gi Pulau Rawa bln 9 nnt.. takot la pulokkkk..

uols jgn risau kalu uols bukan muka kokesen....hihi..gurau jer tau...
Quote rienafaiz 9-7-2014 02:29 PM
ada kena mengena dengan tmj ke??
Quote Babai 9-7-2014 02:33 PM
NIXAR posted on 9-7-2014 12:59 PM
perancis. tertuduh br je dihukum mati

Baru dijatuhkan hukum, lambat lagi nak laksana. Sebab rayuan lagi.
Quote perembes 9-7-2014 02:36 PM
omputeh yg hlg d gunung suda jmpa ka
Quote afie_m 9-7-2014 02:36 PM
bahaya nya sekarang ni..nak gi pulau dlm malaysia pun x slamat....

Lihat semua komen(251)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.051545 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top