CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Konsert I Am Ziana Zain Batal Kerana Masalah Dalaman Penaja

11-7-2014 04:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14450| Komen: 67

Description: Pihak Gold Earth Pictures Selaku Penganjur Konsert Terpaksa Membatalkan Penganjuran I Am Ziana Zain Kerana Masalah Dalaman Serius Melibatkan Kos Perbelanjaan Yang Didapati Tidak Diuruskan Secara Terat ...



KL, 4 JULAI 2014: Berita mengejut mengenai pembatalan konsert diva Ziana Zain di MiTC, Melaka yang sampai ke editorial Murai sebentar tadi nyata memeranjatkan. Konsert I Am Ziana Zain yang sepatutnya berlangsung pada 27 September depan telah pun dibatalkan penganjurannya melalui makluman kenyataan rasmi dari pihak penaja Gold Earth Pictures.

Pihak Gold Earth Pictures selaku penganjur konsert terpaksa membatalkan penganjuran I Am Ziana Zain kerana masalah dalaman serius melibatkan kos perbelanjaan yang didapati tidak diuruskan secara teratur dan lengkap.


Kenyataan rasmi pihak penaja itu juga turut memaklumkan bahawa pihak mereka telah mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan beberapa individu berkaitan berikutan masalah ini. Dalam masa yang sama mereka juga telah berbincang dan bertemu dengan Ziana Zain sendiri bagi memaklumkan serta mengambil keputusan mem bubarkan projek konsert solo tersebut tahun ini.

Mereka juga akan bekerjasama dengan Ticketpro untuk memulangkan semula wang pembelian tiket yang telah dibuat oleh pembeli dengan syarat mereka harus tampil dengan resit sah pembelian bermula 3 Julai hingga 3 Ogos depan.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 4-7-2014 08:58 PM
batal puloppppppppppppppppppppppppppp
Quote mixed 4-7-2014 09:02 PM
Gigih ko poster konsert mek jena kt dsara dah dr bulan
March gitu dah pomot akhirnya nan hadoo
Quote kakikuDibibirmu 4-7-2014 09:22 PM
jaranglah pula konsert Anuar Zain terbatal, konsert kakaknya sebegitu batal sebegitu
Quote solstice 4-7-2014 09:25 PM
Masalah dalaman atau jualan tiket sendu?
Gigih kerr org kl nk turun tengok?
Harap mak cik2 melaka je lah beli
Tu yg sendu jualannya kut
Quote kakikuDibibirmu 4-7-2014 09:26 PM
lain kali buatlah dekat KL, buat dekat melaka darul cencalok tu siapa suruh
Quote enchikfitz 4-7-2014 09:53 PM
takde rezeki. Sabarlah mek Jenaaaaaaa
Quote gnote_2 4-7-2014 09:54 PM
apesal la dia pi pilih melaka.. choii
Quote kakakmanis 4-7-2014 10:19 PM
motif buat kat Melaka? oh, sewa murah kot. kalo nk sewa stadium or venue kat KL konpem mahallllll. takut tak berbaloi kang.
Quote September14 4-7-2014 10:29 PM
Batal sbb dia dh xleh nynyi live kut.. Hrtu kt kilauan emas pun dah pancit sgt dh sore dia, mungkn dia patut jd juri je lah.. Masyuk jgk tu...
Quote xpdckelate 4-7-2014 10:35 PM
batal la pulop,baru nak ushar2 mek ziana kito terrr
Quote AcikLijah 4-7-2014 11:43 PM
xpdckelate posted on 4-7-2014 10:35 PM
batal la pulop,baru nak ushar2 mek ziana kito terrr

pemenat agung mek jena ke??
Quote khaira01 5-7-2014 12:43 AM
slim melim mek ziana.
Quote kukukatablog 5-7-2014 01:10 AM
xde nafsu nak tengok konsert mek jena... early 2000s dulu leh la kot....
sbb dah jemu asyik muka dia as special appearance untuk anugerah2 kat malaysia.....
Quote senahsanasini 5-7-2014 01:20 AM
Bertabahlah..
Lenkali nk konsert monsert start dr kl.
Belajar dr kesilapan okeyy..
Quote kakikuDibibirmu 5-7-2014 01:25 AM
akak masih tak faham dengan Alor Gajah Sentral, nama dah cukup sentral dah, sekali sepatah harang hotel pun tak ada, nak mengeseks pun susah, dahlah ada ummah sampai pukul tengah malam tak ada hotel bajet langsung nak singgah malam tu, buang jerlah Sentral tu, KL Sentral lagi banyak bajet hotel, nak cikcur dengan anak ikan pun aman-aman adja konsepnya.
Quote aderaderker 5-7-2014 01:45 AM
Erkk...tadi baca benang sebelah yg dah pakai tudung tu amenda..
Halusinasilaparnasi kut...

Pakai tudung boleh nyanyi2 lagi kan.
Siti selfie can do it..siti jianajeng can do it betterrrr


Quote cha-cha 5-7-2014 04:49 AM
Harap bukan sebab dia dah bertudung..
Quote sepitsiput 5-7-2014 04:52 AM
syukur perhimpunan pondan terbesar negara ini dibatalkan

nek jenna pun dah berhijrah bertudung, tak sesuai nyanyi tertonggek2 lagu sangkar cinta
Quote Grengo 5-7-2014 05:25 AM
Pembelian tiket tak mencapai piawaian sebab tu dibatalkan ke

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.149350 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top