CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Pakcik Aku Hantar Perempuan Pergi Kubur Arwah Suami Dia

11-7-2014 05:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20386| Komen: 64

Description: Selama Dia Bekerja Sebagai Pemandu Lori Ini Belum Pernah Ada Benda Mistik Belaku. Tapi Ada Sekali Tu Mungkin Nasib Dia Tak Berapa Baik, Ada Seorang Perempuan Dan Seorang Kanak-Kanak Di Tepi Jalan, Mas ...
Pemandu lori sering digangu benda halus

Hi, cerita ini khas aku bawakan dari pakcik aku. Dia seorang pemandu lori disebelah malam, dia ada pengalaman yang agak seram pernah diceritakan kepada aku dulu. Kisahnya macam ini, pakcik aku seorang pemandu lori ayam, senang cerita semua benda mentah lah dia bawa. Di bawa lori sekitar K.L paling jauh pun sampai ke Klang Banting.

Selama dia bekerja sebagai pemandu lori ini belum pernah ada benda mistik belaku. Tapi ada sekali tu mungkin nasib dia tak berapa baik, ada seorang perempuan dan seorang kanak-kanak di tepi jalan, masa itu jam lebih kurang 1.20 pagi.

Keesokan malam itu macam biasa rutin pakcik aku dia kena angkut la bahan-bahan mentah ayam ikan daging semua. Jalan yang sama juga dia lalu cuma waktu je awal sikit, masa tu kira-kira jam 12.00 kali ini pakcik aku perasan perempuan tu dukung benda seakan-akan macam bayi.

Gambar dari filem momok

Dia pun teruskan pejalanan macam biasa, cuma hairan je la apa perempuan tu buat tepi jalan malam-malam buta. Pakcik aku pun sampai pasar yang dia hantar bahan mentah tu, dia ada la tanya orang dekat pasar sana " eh ada sesiapa pernah tersempak dengan perempuan? kadang-kadang dia bersama kanak-kanak, tapi baru-baru ini aku nampak dia macam dukung bayi.

Ada la seorang pakcik ni pun jawab, dia pun bawa lori juga " aku tak pernah nampak lagi tapi dengar-dengar dari mulut ke mulut adalah. Satu malam tu pakcik aku gerak ke pasar awal sikit, dan lepak dekat kedai makan area-area situ. Kedai tu betul-betul depan tempat pakcik aku nampak perempuan itu. Masa itu jam kira-kira jam 10.00, tapi pakcik aku tak nampak pula perempuan itu.

Lepas lepak itu dia pun pergi la dari situ. Cerita seram dia ni bermula lepas dia hantar semua bahan mentah itu ke pasar, ni kira dia patah balik K.L la nak balik. Dia lalu jalan yang sama juga sebab hati dia macam tak puas hati sebab, bila nak tengok tak ada pula. Bila tak nak tengok dia ada pula.

Mungkin perasaan je itu. Perjalanan nak balik itu lori pula buat hal, pakcik aku pun tersadai la kat tepi jalan. Tiba-tiba seorang budak datang ke arah pakcik aku! budak tu tak nampak la macam hantu ke setan ke kan.

Dia minta tolong pula dengan pakcik aku, dia cakap mak dia terjatuh dan tak boleh bangun. Pakcik aku pun cepat-cepat pergi ikut budak itu nak selamatkan mak dia, pakcik aku terkejut "eh ini perempuan yang aku nampak tepi jalan itu! tepi perempuan itu ada batu nissan lama! ada dalam 2 biji.

Sebelum nak tolong mak budak itu, pakcika aku tanya la " cik macam mana boleh jadi ni, saya rasa kaki awak patah ini." boleh saya tahu siapa nama cik? Dia jawab "nama saya Aisyah, maaf kerana susahkan awak" lagi pun siapa lagi yang boleh tolong saya malam-malam ini. Sebab awak pun dah selalu nampak saya kan" Serammmm kan! macam mana perempuan tu tahu yang pakcik aku biasa nampak dia?

Pakcik aku pun tolong dia bawak naik atas lori, bersama anak dia. Tiba-tiba dia cakap dekat pakcik aku " boleh tolong amik kan barang itu sekali?" Pakcik aku hairan "haiihh benda apa dia bawa, tak nampak pun" Pakcik aku hanya nampak batu nissan lama je berbungkus.


Gambar contoh

Pakcik aku pun turuti cakap dia. "yang ini ke barang itu"? Perempuan tu jawab ya barang itu". Pakcik aku terlupa yang lori dia rosak! tapi tiba-tiba enjin boleh hidup! so biasa lah tu kan, kira meragam kejap la tu. Pakcik aku tanya " cik ni dari mana? macam mana boleh terjatuh? Malam-malam ini nak pergi mana? Dia jawab macam ini " saya nak hanta lauk ini dekat kubur! arwah suami saya" Aikkk! malam-malam pergi kubur biar benar!

Memang seram lah kan! dia nak pergi hantar lauk dekat kubur arwah suami dia! Pakcik aku pun hairan....haii kalau hantar makanan dekat kubur ok lagi. Ni nak hantar untuk arwah suami dia!! Pakcik aku pun sampai la kubur, aku da lupa nama kubur itu, tapi dekat Klang! sebelah dengan kubur bukan islam kalau tak silap. Dia pun turun lah dari lori pakcik aku dengan anak dia bersama-sama barang dia itu.

Lepas perempuan itu turun, pakcik aku cabut la cepat-cepat! bila dia tengok cermin tepi perempuan tu da lesap.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mute 9-7-2014 03:51 PM
okey tt sambung ye...lepas asar pon boleh...
Quote Naurah_rik 9-7-2014 04:05 PM
erkkk, T.T baru bagi permukaan jaaaaa... ?? nanti sambung la ye
Quote xtw 9-7-2014 04:13 PM
laa..da excited nak baca nie...
Quote cef_gango 9-7-2014 04:43 PM
xtw posted on 9-7-2014 04:13 PM
laa..da excited nak baca nie...

Dah sambung maaf ya
Quote cef_gango 9-7-2014 04:43 PM
mute posted on 9-7-2014 03:51 PM
okey tt sambung ye...lepas asar pon boleh...

dah sambung nanti baca okey
Quote kivio 9-7-2014 04:47 PM
Macham cherita ter-gantong.
Macham.
Macham.

Mohon tt sambong-kan sa-mula.
Quote cef_gango 9-7-2014 04:48 PM
kivio posted on 9-7-2014 04:47 PM
Macham cherita ter-gantong.
Macham.
Macham.

ok
Saya sambung
Quote Sweetnye 10-7-2014 10:13 AM
Agaknye kalau pak cik ko tu tak tmpngkan ape jdi eh?
Kalau aku dgr dia ckp nk hantr lauk bagai dkt kubur mmg dh terkencing silap2 boleh pengsan
Quote zacrin 10-7-2014 10:31 AM
apa lauknya..batu nesan ke
Quote dita85 10-7-2014 10:50 AM
Macam tau je kubur tu kat ne..

Tapi jalan yg selalu jumpe pompuan tu katne??banting ke??
Quote cef_gango 10-7-2014 10:59 AM
zacrin posted on 10-7-2014 10:31 AM
apa lauknya..batu nesan ke

dia bawa mangkuk tingkat yang warna perak tu.

Quote cef_gango 10-7-2014 11:00 AM
dita85 posted on 10-7-2014 10:50 AM
Macam tau je kubur tu kat ne..

Tapi jalan yg selalu jumpe pompuan tu katne??banting ke??

orang sana ke?
Quote cef_gango 10-7-2014 11:01 AM
Sweetnye posted on 10-7-2014 10:13 AM
Agaknye kalau pak cik ko tu tak tmpngkan ape jdi eh?
Kalau aku dgr dia ckp nk hantr lauk bagai dkt  ...

xtahu la, tapi dia x smpai hati dia tompangkn je la. tapi yg seram nya dia nk hnta lauk kat kubur arwah suami dia



Quote lemonthyme 10-7-2014 11:16 AM
Dalam seram, rasa sedih pun ada...
Quote cef_gango 10-7-2014 11:52 AM
lemonthyme posted on 10-7-2014 11:16 AM
Dalam seram, rasa sedih pun ada...

kerja gila kan mcm mana tah pakcik aku le jmpe perempuan tu. jelmaan tu siap mntk tolong lagi. ishhh
Quote uori 10-7-2014 11:54 AM
"saya nak hanta lauk ini dekat kubur arwah suami saya" ?
Quote miskay 10-7-2014 11:57 AM
seram
Quote cef_gango 10-7-2014 11:58 AM
uori posted on 10-7-2014 11:54 AM
"saya nak hanta lauk ini dekat kubur arwah suami saya" ?

ayat tu da cukup seram.... kalu nk hnta lauk dekat suami xpe lagi. mana tw suami dia pnggali kubur ke kan. ni arwah!
Quote addicted 10-7-2014 12:01 PM
pakcik ko x de rasa cuak ke bila
pompuan si aisyah tu kata nk hantar lauk kat kubur suami dia?

pakcik ko x de rasa apa2 perasaan ke bila dia npk 2 bijik batu nisan yg didukung si aisyah ni?


Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.450639 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top