CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Umat Islam Digalak Bantu Palestin

14-7-2014 09:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5584| Komen: 21

Description: Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah Dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman Berkata, Hukum Membantu Sesama Muslim Adalah Harus Mengikut Islam.
SHAH ALAM – Segala bentuk bantuan perlu terus dihulurkan kepada rakyat di Palestin mengikut kemampuan setiap umat Islam yang ada di muka bumi ini.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, hukum membantu sesama Muslim adalah harus mengikut Islam.

“Bagi mana-mana umat Islam yang berkemampuan pergi berjuang di sana, sebenarnya diharuskan dari sudut Islam tapi kena lihat peruntukan undang-undang negara.

“Andai pergi juga dan (katalah) kerajaan anggap berpotensi sebagai pengganas dan mungkin ditangkap, itu dikira tidak berkemampuanlah.


Kecuali ada yang nak pergi tapi berazam tak balik-balik lagi ke Malaysia, bolehlah. Tapi dari sudut hukum Islam, mereka yang pergi membantu Palestin adalah salah satu tindakan yang dibenarkan,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Malah katanya, para ulama silam sepakat mengatakan sekiranya satu daerah Islam diceroboh, wajib untuk umat Islam seluruh negara dan benua untuk membantu.

Selain itu, umat Islam boleh membantu dari sudut kemanusiaan, kewangan, barangan dan doa serta bertindak memboikot barangan Yahudi.

“Boleh juga beri bantuan kemanusiaan seperti ubat-ubatan dan perkhidmatan doktor. Yang tak mampu pergi secara fizikal, boleh hantar bantuan kewangan dan barangan melalui NGO-NGO.

“Kalau tak mampu juga, boleh laksanakan boikot kepada barangan keluaran syarikat yang mempunyai kepentingan langsung dengan Yahudi selain mengirim doa dan mengadakan Qunut Nazilah pada waktu-waktu solat biasa termasuk pada solat Zuhur dan Asar,” katanya.

Ketika ditanya tentang kandungan Surah Al-Isra’ yang menyentuh soal kerosakan yang berlaku di Palestin itu, beliau berkata ada pelbagai pandangan ulama terdahulu terhadap perkara tersebut.

“Dalam Surah Al-Isra, disebutkan bahawa Allah SWT berkata Bani Israel akan melakukan kerosakan di muka bumi ini dua kali. Ada banyak pendapat ulama antaranya, pembunuhan Nabi Zakaria, menyalahi hukum Taurat dan mengubah Taurat, merancang untuk menghalang dakwah  dan membunuh Nabi Muhammad SAW, membunuh Nabi Yahya AS dan keazaman untuk membunuh Nabi Isa AS.

“Kerosakan kedua itu ada sesetengah ulama yang menyebut kerosakan pada zaman Nabi Muhammad lagi tapi kerana kita belum kiamat lagi, boleh jadi kerosakan kedua itu termasuk segala jenis kezaliman dan perancangan keji yang dilakukan ke atas umat manusia sekarang ini. Termasuk serangan ke atas Gaza dan bukan saja serangan fizikal serta tidak berperikemanusiaan itu tapi juga ekonomi dan pemikiran yang dilakukan Yahudi,” katanya.

Tambahnya, kezaliman Israel bukan sekadar isu Palestin tetapi pencabulan dari sudut kemanusiaan.

Mengulas mengenai kebimbangan di mana umat Islam akan bersifat lepas tangan terhadap rakyat di Palestin ekoran tertulis dalam al-Quran bahawa umat Islam akan menang, beliau mengingatkan bahawa keajaiban tidak akan berlaku tanpa usaha.

“Kita tak boleh membiarkan saja umat Islam di sana terus ditindas. Umat Islam perlu bersatu. Hukum Tuhan kena selarikan dengan hukum alam.

“Maknanya, tak adalah tiba-tiba semua keajaiban berlaku dan Malaikat turun buat semua kerja kan? Manusia itu kena kerja dulu sebelum malaikat diturunkan oleh ALLAH untuk membantu,” katanya.

3

Bagus
5

Marah
13

Terkejut
10

Sedih
9

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BumpIQ 11-7-2014 11:42 PM
xmampu berperang... sumbang2 derma pun dh cukup walaupun xseberapa..  
Quote TuntungReturn 11-7-2014 11:43 PM
lava dh pi plaestin kt tread sebelah..ang pa doakan die,lol
Quote taikor 11-7-2014 11:48 PM
kenapa negara2 Islam di sekitar Palestin tak terima pelarian Palestin?
Quote the_killer 11-7-2014 11:51 PM
taikor posted on 11-7-2014 11:48 PM
kenapa negara2 Islam di sekitar Palestin tak terima pelarian Palestin?

this about politik...tkt...akan kehilangan ekonomi...negara2 lain tak bantu dari diplomatik tetapi rakyat dari negara arab ada membantu...dan masyarakat antrabangsa ada dtg tp kebanyakkan NGO ja
Quote BumpIQ 11-7-2014 11:54 PM
TuntungReturn posted on 11-7-2014 03:43 PM
lava dh pi plaestin kt tread sebelah..ang pa doakan die,lol

cayalah abang lava die hard fans gua pegi palestin...
Quote BumpIQ 11-7-2014 11:57 PM
taikor posted on 11-7-2014 03:48 PM
kenapa negara2 Islam di sekitar Palestin tak terima pelarian Palestin?

dh ramai rakyat palestin lari dari Gaza... ke jordan... lebanon...
yg tinggal skrng sikit je .. dorng dh xde tempat beb... kalau jadi pelarian.. tgk la mcm mana pelarian yg kat malaysia ni di layan..

Quote taikor 12-7-2014 12:05 AM
BumpIQ posted on 11-7-2014 11:57 PM
dh ramai rakyat palestin lari dari Gaza... ke jordan... lebanon...
yg tinggal skrng sikit je ..: ...

yg kaya senang nak lari. yg tak mampu, malang nasibnya...
Quote a_gen2 12-7-2014 12:05 AM
Ada Syaitan dlm UMNO kata perang di Palestine bukan Jihad dan sepatutnya semua org Palestine wajar berambus duduk di padang pasir ke mana2..
Quote misslauren 12-7-2014 12:14 AM
Terkesan sungguh nya la tengok gambar2 kat fb. Boikot & derma jela yang mampu
Quote matchstick 12-7-2014 12:57 AM
TuntungReturn posted on 11-7-2014 11:43 PM
lava dh pi plaestin kt tread sebelah..ang pa doakan die,lol

Ang tgk la nt..kalu dh hilang dr porum cari ni betol la kot lava dh pi sana. Kalu muncul lg mmg jihad kt porum jer lah si lava tuh.
Quote slippergombak 12-7-2014 01:31 AM
a_gen2 posted on 12-7-2014 12:05 AM
Ada Syaitan dlm UMNO kata perang di Palestine bukan Jihad dan sepatutnya semua org Palestine wajar b ...

nih hah syaitan umno gunakan agama dan ulama mabrur mahathir untuk kata perang di palestin bukan jihad.... wajah2 yahudi zionis berkerak...

http://ustazfathulbari.wordpress ... faham-konsep-jihad/
Quote Juadah 12-7-2014 08:39 AM
taikor posted on 11-7-2014 11:48 PM
kenapa negara2 Islam di sekitar Palestin tak terima pelarian Palestin?

Ehh.. Ramai je org palestin dah menetap dan ada yg dah jadi warga Jordan.
Quote AHMADVW 12-7-2014 09:05 AM
[youtube]eC-BrCbxh9k[/youtube]

ahli umno dulu kini selamanya sila komen



Quote axl_bach 12-7-2014 09:13 AM
the_killer posted on 11-7-2014 11:51 PM
this about politik...tkt...akan kehilangan ekonomi...negara2 lain tak bantu dari diplomatik tetapi ...

ya, sukar untuk NEGARA2 SEKITAR memberikan bantuan ketenteraan disebabkan kekangan POLITIK DUNIA.....tp akan ada pihak2 yg tidak berkepentingan yg sentiasa menghulurkan bantuan kemanusiaan.....

Quote noor2 12-7-2014 09:37 AM
sampai sekarang i masih tak paham kenapa depa masih berterusan bertelagah...bangsa depa memang kasaq...

kita tgk ja malaysia...

dulu pun 13 mei kita berperang sesama sendiri sebab permusuhan kaum...kenapa kita boleh berhenti? sebab sama2 nak hidup aman..walau sifat perkauman masih menebal sampai sekarang...

agak2 kalau org arab ni ditempat kita dulu...apakah depa susah berhenti? rasanya tak ..sebab sifat depa memang kasar dan angkuh...
Quote azman1 12-7-2014 09:41 AM
Semasa Saddam Hussien jajh Kuwait 1990 , Palestine2 kat Kuwait lompat2 gembira , lepas Kuwait kembali kpd Emir , semua Palestine2 ni kena halau
Quote noor2 12-7-2014 09:56 AM
kita bulih ja hidup aman...kenapa org lain tak boleh hidup aman ...sampai sekarang nak berperang tak abis2...pastu dalam masa berperang depa masih galak berkawin ..beranak...menyusahkan anak2 ja...
Quote prettymanja 12-7-2014 10:07 AM
Dalam nak menderma tu Hati2 Uols jgn sampai tertipu dgn Org2 yg mengambil kesempatan menyamar  konon2 jd wakil Pengutip derma dari Badan2 Amal  ntah dari mane. Pastu duit derma tu msuk poket dorang or lesap trus xdpt di kesan ke mana arah tuju nye Last edited by prettymanja on 12-7-2014 10:25 AM

Quote nour2001 12-7-2014 10:19 AM
kita patut bantu org Palestine ni....depa dok situ dah berkurun2 pun dan salah satu sebab kenapa mereka patut tinggal disitu ialah sbb masjid al aqsa...kalau semua org Palestine dihalau keluar sapa lagi yg nak jaga masjid tu...nak harap Israel? memang pun derang mau runtuhkan masjid tu....

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.065656 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top