CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Mengandung Dan Keluarga Menyamun

14-7-2014 04:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6350| Komen: 24

Description: Difahamkan Mereka Menggunakan Taktik Mengalih Tumpuan Mangsa Dengan Wanita Mengandung Berpura-Pura Berbual Manakala Ahli Keluarga Lain Mengambil Beg Sandang Yang Diletakkan Di Bawah Meja.
Kuala Lumpur: Seorang pengurus kelas bahasa Inggeris kerugian hampir RM5,000 selepas disamun sebuah keluarga penjenayah yang berpura-pura datang ke premisnya di Puchong Jaya untuk bertanyakan mengenai kursus yang ditawarkan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.15 petang itu, penjenayah terbabit yang terdiri daripada seorang lelaki, seorang kanak-kanak perempuan dan dua wanita termasuk seorang sarat mengandung memasuki premis mangsa.



Difahamkan mereka menggunakan taktik mengalih tumpuan mangsa dengan wanita mengandung berpura-pura berbual manakala ahli keluarga lain mengambil beg sandang yang diletakkan di bawah meja.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Chong, 43, berkata, ketika kejadian dia sedang bersiap untuk menutup premis sementara menunggu kelas terakhir tamat sebelum sebuah keluarga masuk dan mula bertanyakan mengenai pelan pembelajaran ditawarkan di situ.

“Saya tidak berasa curiga kerana mereka seperti sebuah keluarga malah disertai seorang wanita mengandung selain seorang kanak-kanak kecil yang mungkin berusia enam atau tujuh tahun.
“Selain itu, wanita yang bukan berbangsa Cina itu juga sangat fasih berbahasa Mandarin dan ia menarik perhatian saya sehingga fokus menjawab segala pertanyaannya,” katanya yang ditemui semalam.


Menurutnya, selepas seketika, semua ahli keluarga terbabit keluar meninggalkan premis seperti biasa tanpa menimbulkan sebarang keraguan.

Chong berkata, dia hanya menyedari kehilangan begnya ketika mahu mengembalikan baki wang kepada seorang pelanggan kira-kira 10 minit selepas keluarga itu beredar.

“Beg itu berisi wang tunai kira-kira RM3,000, tablet jenis Samsung dan sebuah cakera keras yang mengandungi banyak dokumen penting.

“Mereka sangat licik kerana ibu bapa lain yang berada di premis ini menunggu anak mereka juga tidak menyedari sebarang kelakuan mencurigakan kumpulan terbabit,” katanya.

Dia berkata, kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku di sekitar Puchong kerana seorang rakannya turut memberitahu dirompak dengan cara sama.


Bagus
5

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Babai 14-7-2014 11:44 AM
Selalunya yang buat kerja celaka dengan menipu kecil2an ni ialah betina melayu.
Quote GhostWalking 14-7-2014 11:46 AM
Babai posted on 14-7-2014 03:44 AM
Selalunya yang buat kerja celaka dengan menipu kecil2an ni ialah betina melayu.

Amboiiiii confident je tawwww
Mana tau indon pandai cakap mandarin
Quote uori 14-7-2014 11:50 AM
manusia2
Quote Babai 14-7-2014 11:53 AM
GhostWalking posted on 14-7-2014 11:46 AM
Amboiiiii confident je tawwww
Mana tau indon pandai cakap mandarin

Aku kata selalunya, bukan semestinya.
Quote zacrin 14-7-2014 11:55 AM
sarat mengandung mencuri bagi anak makan duit haram sejak dalam kandungan
Quote chinta89 14-7-2014 11:59 AM
gila punya kerja!  
Quote Babai 14-7-2014 11:59 AM
zacrin posted on 14-7-2014 11:55 AM
sarat mengandung mencuri bagi anak makan duit haram sejak dalam kandungan

Mencuri time mengandung tu sebab dia rasa dia bijak. Dia ingat orang payah nak syak, kalau kantoi pun orang tak belasah. Patutnya belasah je, kasi patah kaki tangan. Baby still ok aper?
Quote GhostWalking 14-7-2014 12:00 PM
Babai posted on 14-7-2014 03:53 AM
Aku kata selalunya, bukan semestinya.

Babai hang sejak bulan posa ni garang sikit lah
Quote zacrin 14-7-2014 12:00 PM
Babai posted on 14-7-2014 11:59 AM
Mencuri time mengandung tu sebab dia rasa dia bijak. Dia ingat orang payah nak syak, kalau kantoi  ...

patah kaki patah tangan toreh muka..janji xbalun perut ok la
Quote mrsamz 14-7-2014 12:01 PM
Pentingnya buat kaunter yg tertutup hanya utk keluar masuk staf saja..camno org tu leh menyusup amek beg tuan kedai..handal betul
Quote cowey 14-7-2014 12:02 PM
tergamak ke nak beraya ngn duit haram???

kalau melayu lah....

pk jadi darah daging pun dah rase besalah kalo mencuri..

tp kalo bt beli sofa ke...

hehe
Quote Babai 14-7-2014 12:11 PM
GhostWalking posted on 14-7-2014 12:00 PM
Babai hang sejak bulan posa ni garang sikit lah

Mana ada garang.
Quote Babai 14-7-2014 12:11 PM
zacrin posted on 14-7-2014 12:00 PM
patah kaki patah tangan toreh muka..janji xbalun perut ok la

Setuju sesangat!
Quote mak_wa95 14-7-2014 10:19 PM
zacrin posted on 14-7-2014 12:00 PM
patah kaki patah tangan toreh muka..janji xbalun perut ok la

kalau dah geram..mana sempat nak fikir tempat nak balun dah..
Quote chickenwing 14-7-2014 10:27 PM
ntah2 xpreggy pun...pewot tu penuh barang curik....
Quote Suchi 14-7-2014 10:30 PM
zacrin posted on 14-7-2014 12:00 PM
patah kaki patah tangan toreh muka..janji xbalun perut ok la

erk kejam weh korang nk pukui ibu mengandung..
jgnlah sampai gitu tunggulah sheols beranak dulu
Quote mattzzx 14-7-2014 11:17 PM
1 keluarga 1 penyamun ......
Quote sigila 14-7-2014 11:47 PM
chickenwing posted on 14-7-2014 10:27 PM
ntah2 xpreggy pun...pewot tu penuh barang curik....

Atau pun baby dlm kandungan tu pun baby curik....
Quote mak_wa95 14-7-2014 11:51 PM
mendidik dari dalam kandunganlagi....

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.072564 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top