CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Tabur Bunga Di Atas Pusara Amalan Yahudi, Kristian

16-7-2014 10:03 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22493| Komen: 252

Description: Kangar - Umat Islam Yang Menziarahi Tanah Perkuburan Sempena Aidilfitri Diingatkan Supaya Tidak Menabur Bunga Di Kuburan Kerana Ia Amalan Yahudi Dan Kristian.


KANGAR - Umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan sempena Aidilfitri diingatkan supaya tidak menabur bunga di kuburan kerana ia amalan Yahudi dan Kristian.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Sheikh Ahmad Faisol Omar berkata perbuatan itu menyalahi ajaran Islam.

Beliau mengingatkan demikian dalam tazkirahnya pada Program Percambahan Ilmu anjuran bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bahagian Perlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis dan Hotel Putra Palace di sini, hari ini.

Beliau seterusnya mengingatkan umat Islam agar banyak mengisi masa bulan Ramadan dengan membaca al-Quran untuk memperolehi ketenangan dan benteng menahan nafsu dan godaan iblis.   

Dalam pada itu, beliau menasihatkan kaum wanita Islam supaya menjaga adab berpakaian terutama pada Ramadan yang penuh dengan cabaran dan godaan.  
   
"Mereka sepatutnya berpakaian sopan, bukan pakai yang menghairahkan," katanya.

Ahmad Faisol berkata ramai kaum wanita yang diberi nikmat kecantikan menyalahgunakan nikmat tersebut dengan mempamerkan kecantikan mereka kepada umum sehingga memberi kesan buruk  terhadap diri sendiri.
   
Program agama itu yang dihadiri lebih 300 kakitangan awam turut membuat kutipan berjumlah RM964 untuk disumbangkan kepada Tabung Penderitaan Rakyat Gaza.

Turut hadir pada majlis itu pengerusi Cuepacs Perlis, Md Jamel Khir Ismail. 


12

Bagus
10

Marah
16

Terkejut
3

Sedih
13

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taikor 15-7-2014 01:07 AM
Quran melarang ker menabur bunga kat kubur orang tersayang?

ini macam, menggunakan gajet ciptaan kapir haram tak? penggunaannya amalan kapir jugak
Quote pasemboq 15-7-2014 01:09 AM
Saya setuju.
Dari menabur bunga lebih baik kita menabur doa.
Quote FanTasyCreaTioN 15-7-2014 01:12 AM
adik kongsi gak kat sini yer bang ..
hasil carian google selepas membaca thread abang ni tadi

ARKIB : 26/08/2012 Hukum tabur bunga           Oleh Dr. Fadlan Mohd. Othman


ASSALAMUALAIKUM, yang berbahagia Ustaz Dr. Fadlan Mohd. Othman. Soalan saya adalah:
1. Adakah kita digalakkan menziarahi kubur pada 1 Syawal seperti yang telah dilakukan oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia dan seolah-olah menjadi budaya masyarakat Melayu?
2. Apakah hukumnya menabur bunga dan mencurah air tahlil di kubur yang kita ziarahi?

Ahmad Syukri Naim Mohd. Tahir
Kampar, Perak.




Jawapan 1
Berkenaan dengan menziarahi kubur pada 1 Syawal seperti yang dilakukan oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia dan juga serata dunia, maka jawapannya adalah seperti berikut. Asalnya hukum ziarah kubur adalah sunat. Rasulullah SAW telah bersabda, “Dahulu saya pernah melarang anda semua daripada menziarahi kubur. Sesungguhnya telah diizinkan kepada Muhammad untuk menziarahi kubur ibunya. Maka ziarahlah kubur kerana ia mengingatkan anda semua tentang akhirat" (Hadis Sahih riwayat al-Imam al-Tirmizi. No. 1054).


Sebenarnya menziarahi kubur tidak mempunyai waktu-waktu khusus. Ia boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. Sesetengah ulama mengatakan bahawa menziarahi kubur lebih afdal dilakukan pada hari Khamis atau Jumaat, akan tetapi tiada dalil sahih bagi pandangan ini.


Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa menziarahi kubur pada hari raya mempunyai dua keadaan. Keadaan pertama ialah jika tujuannya adalah untuk mengingatkan kepada hari Akhirat atau memperingati orang yang telah mati, maka hukumnya adalah dibenarkan. Dibenarkan secara umum untuk lelaki, manakala untuk wanita adalah tidak digalakkan mengikut Jumhur ulama.


Keadaan kedua ialah jika tujuannya adalah untuk menimbulkan dan memperbaharui kesedihan dan mengulangi ucapan takziah maka hukumnya adalah makruh dan tidak digalakkan. Ini adalah kerana hari raya merupakan hari kegembiraan dan keriangan, maka adalah tidak wajar ditimbulkan kesedihan pada hari itu.


Sewajarnya ziarah pada hari raya dilakukan kepada orang yang masih hidup manakala orang yang telah meninggal dunia, maka boleh sahaja di ziarahi pada hari-hari yang lain berdasarkan keumuman hadis yang menggalakkan umat Islam menziarahi kubur bagi tujuan mendapat peringatan tentang kematian dan hari Akhirat.


Pada masa yang sama, sebahagian ulama menekankan bahawa perbuatan menziarahi kubur pada hari raya tidak pernah dilakukan secara khusus dan berterusan oleh Rasulullah SAW mahupun para sahabatnya r.a. Oleh itu, adalah wajar untuk umat Islam mengikuti jejak langkah mereka dalam melakukan amalan ibadah kerana pastinya contoh amalan mereka adalah uswah hasanah yang diredai dan dirahmati oleh Allah Taala.




Jawapan 2
Berkenaan dengan menabur bunga, saya merujuk kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-65 yang bersidang pada 13 Oktober 2004. Mereka telah membincangkan Hukum Amalan Membawa Bunga Ketika Menziarahi Kubur. Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan membawa bunga ketika menziarahi kubur adalah tidak digalakkan dari perspektif agama.


Oleh itu, dapatlah saya rumuskan bahawa amalan membawa bunga dan menabur bunga di kubur tidak menepati ajaran Islam dan tidak mempunyai dalil yang sahih daripada hadis-hadis Nabi SAW.


Begitu juga dengan amalan mencurah air tahlil di kubur yang kita ziarahi, amalan ini juga tidak mempunyai sandaran yang kukuh mahupun dalil yang sahih.

Oleh itu adalah menjadi satu kewajaran bagi umat Islam untuk menghafal bacaan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabatnya semasa menziarahi kubur.


Bacaan itu ialah, “Assalamu alaikum ahlad diyar minal mukminin wal muslimin. Wa inna insyaAllahu lalahiqun. As’alullaha lana wa lakumul ‘afiah." (Hadis riwayat al-Imam Muslim. No. 975).


Maksud bacaan ini ialah, “Sejahtera ke atas anda semua penghuni tempat tinggal di kalangan orang-orang mukmin dan muslim. Sesungguhnya dengan izin Allah, kami akan menyusuli. Saya memohon daripada Allah agar mengurniakan kepada kami dan anda semua kesejahteraan".
Semoga Allah mengampuni semua orang yang beriman yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Amin.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120826/re_07/Hukum-tabur-bunga#ixzz37SnxuTas
©  Utusan Melayu (M) Bhd


Quote SissySembah 15-7-2014 01:13 AM
Kalau tabur garam dengan beras kunyit amalan jawa caprut lah kot?
Quote matpiah 15-7-2014 01:14 AM
SissySembah posted on 15-7-2014 01:13 AM
Kalau tabur garam dengan beras kunyit amalan jawa caprut lah kot?

cari tiket flight murah amalan jawa caprut lah kot ?

pprrfftt
Quote Kejora927 15-7-2014 01:16 AM
Tu r .. byk plak tu tabur..mcm hape dah
Quote Kejora927 15-7-2014 01:16 AM
Kalo tanam pokok bunga cane? kan ade org buat..
Quote rdzaccess 15-7-2014 01:50 AM
aku satu syawal sudah pasti dapat cuti .... jadi aku ziarahlah pusara arwah mak pak aku ... itu pun nak dipertikaikan ..
Quote ultra78 15-7-2014 01:54 AM
Adat org melayu di pagi raya aje mesti ziarah kubur
Quote kakikuDibibirmu 15-7-2014 02:22 AM
♫...taburlah milo di atas pusara
kamu mohon doa
malaysia berjaya
semboyan telah berbunyi
menuju medan bakti...♫
Quote AbukRokok 15-7-2014 02:25 AM
tabur bunga haram yeeeee... lpaas ni kita tabur garam pula
Quote Leonarzi 15-7-2014 02:41 AM
Pakai internet pun haram sebab amalan orang yahudi dan kristian!!!
Quote Leonarzi 15-7-2014 02:42 AM
Tiup lilin kek harijadi pun haram sebab amalan yahudi dan kristian!!
Quote Leonarzi 15-7-2014 02:43 AM
Nyanyi lagu national athems pun haram sebab amalan yahudi dan kristian!!
Quote Leonarzi 15-7-2014 02:43 AM
Kalau nak ikutkan amalan yahudi dan kristian, berlambak lambak la yang haram..... Kenapa tak di sebut satu persatu???
Quote Leonarzi 15-7-2014 02:50 AM
Senangnya ulamak sekarang nak jatuhkan hukum haram.... Kalau mcm tu pakai baju coat dan ber tie pun haram sebab itu pakaian amalan yahudi dan kristian....
Quote kakikuDibibirmu 15-7-2014 02:55 AM
jangan mumpursunda hadis nabi
Quote kakikuDibibirmu 15-7-2014 02:56 AM
Quote DTECCONAN 15-7-2014 03:07 AM
Org Melayu bnyk yg ikut benda2 khurafat

Lihat semua komen(252)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.104225 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top