CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

MH17: Pramugara Tukar Syif Dengan Rakan - Bapa

18-7-2014 09:26 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6909| Komen: 5

Description: Mas Mengesahkan Syarikat Itu Telah Menerima Pemberitahuan Daripada Atc Ukraine Bahawa Ia Telah Terputus Hubungan Dengan Penerbangan Mh17 Pada 1415 (Gmt) 30km Dari Tamak, Kira-Kira 50km Dari Sempadan R ...
MH17: Pramugara Tukar Syif Dengan Rakan - Bapa

Jijar tidak dapat menahan kesedihan selepas mengetahui anaknya berada dalam pesawat MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine.


BUKIT MERTAJAM: Pramugara MAS, Sanjid Singh Sandu, 41, tidak sepatutnya menaiki pesawat MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.


Menurut bapanya, Jijar Singh, 71, Sanjit telah bertukar syif dengan seorang rakan sekerjanya.

Ibunya yang berusia 73 tahun merancang untuk memasak makanan kegemaran Sanjid sebaik saja dia tiba di Pulau Pinang.

"Kali terakhir dia pulang adalah pada bulan lalu.

"Anak saya bercakap dengan saya menerusi telefon sebelum penerbangannya pada Rabu.

"Saya tidak tahu itu akan menjadi perbualan terakhir dengannya.

"Apa yang berlaku telah berlaku," kata Jijiar ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Selamat, Alma di sini.

Jijar dan isterinya menerima berita sedih itu daripada menantu perempuannya yang juga seorang pramugari MAS kira-kira pukul 4 pagi Jumaat.


Beliau berkata, Sanjid merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga itu.

MAS mengesahkan syarikat itu telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine. 

Pesawat MH17 itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi (waktu tempatan Malaysia) pagi Jumaat.

Data pengesanan pesawat menunjukkan MH17 berada pada ketinggian 33,000 kaki apabila ia hilang dari radar.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=817992&extra=&page=72
16

Bagus
13

Marah
31

Terkejut
18

Sedih
23

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (123 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote devilito2 21-7-2014 07:20 AM
takziah ....
Quote akificha 20-7-2014 10:49 AM
takziah kepada keluarga mangsa nahas MH17
Quote Eljie 18-7-2014 03:33 PM
sebenarnya aku masih tak percaya dgn kejadian ni..huhu
Quote garyura 18-7-2014 02:37 PM
kesian.....takziah kpd kelurga mangsa....salah satu pasport ditemui yg ditunjukkan kat youtube memang pramugara ni
Quote MrsInsp 18-7-2014 01:58 PM
pasport malaysia yg berlonggok2 bnyk atas tanah ngn pasport negara lain  tu pramugara ni punya rupanya...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.146433 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top