CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Sakit, Uzur & Tak Berdaya - Yazid Search

18-7-2014 04:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8096| Komen: 34

Description: "Mana-Mana Artis Yang Ingin Bersama-Sama Kami Untuk Projek Ini Boleh Berjumpa Dengan Pihak Kami Tetapi Dengan Syarat Mereka Tidak Terikat Dengan Mana-Mana Syarikat Rakaman," Katanya.
Yazid (Search) Semakin Uzur, Enggan Susahkan Teman


Yazid Ahmad enggan menyusahkan teman-temannya yang bimbang tentang penyakit kegagalan buah pinggang yang dialaminya sejak enam tahun lalu.


KUALA LUMPUR: Pemain drum kumpulan Search, Yazid Ahmad yang terkenal dengan aksi lincahnya ketika berada di pentas kelihatan semakin uzur dan tidak bermaya ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama Clixster Mobile yang diadakan di Sri Hartamas dekat sini, malam Selasa lalu.

Ditemani oleh dua anaknya, Yazid yang kelihatan susut tetap mengagahkan diri untuk memeriahkan majlis berkenaan biarpun hadir dengan menggunakan tongkat malah sempat mengadu mengalami kesakitan pada bahagian belakang badannya yang membuatkan dia berasa tidak selesa.

"Sekarang ini kalau saya bercakap sedikit mesti cepat penat dan akan batuk tanpa henti," luahnya ketika diiringi ke ruang pejabat Clixster Mobile untuk ditemuramah bersama media.




















Yazid kelihatan lesu ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama Clixster Mobile pada malam Selasa lalu.


Jelas kelihatan pada riak wajahnya yang menanggung kesakitan akibat penyakit kegagalan buah pinggang sejak enam tahun lalu, namun dia yang berusia 52 tahun itu tetap melayan setiap soalan wartawan dengan baik biarpun suaranya tersekat-sekat.

Sesekali Yazid kelihatan sebak dan menitiskan air mata apabila mengenangkan nasib yang menimpanya namun terharu dengan sokongan daripada pelbagai pihak terutama keluarga, teman baik dan peminat di seluruh negara.

"Alhamdulillah, syukur apabila masih ramai yang bermurah hati dan tampil membantu mengurangkan beban dan tidak kurang juga sentiasa memberikan kata-kata semangat dan sebagainya.

"Sampai satu peringkat saya tidak mahu menyusahkan mereka dan saya menjadi seorang yang suka mengasingkan diri daripada orang lain," katanya.

Jelas Yazid, dia lebih suka menyendiri kerana tidak mahu orang lain melihat penderitaan yang sedang ditanggungnya dan apabila bersendirian ia memberikannya ketenangan.






















Yazid memberitahu gemar mengasingkan diri sejak akhir-akhir ini.


Jelas Yazid lagi, setiap bulan dia memerlukan sekurang-kurangnya RM2,800 untuk menampung kos melakukan rawatan hemodialisis yang perlu dilakukan empat kali sehari selama empat jam pada setiap sesi di rumah.

"Setakat ini Alhamdulillah duit simpanan dan bantuan daripada keluarga dan rakan-rakan membolehkan saya membayar kos rawatan tersebut tetapi saya tidak boleh selamanya menyusahkan mereka.

"Jika kesihatan mengizinkan saya ingin meneruskan projek Drum Clinic Tour bagi mengajar pelajar sekolah bermain drum dengan betul dan hasil daripada program tersebut dapatlah saya buat belanja perubatan," katanya.

Sementara itu, Yazid menganggap penderitaan penyakit  buah pinggang yang dihidapinya itu sebagai satu bentuk penyucian dosa yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Yazid, berkata, biarpun terpaksa menanggung kesakitan setiap hari namun dia reda dan tetap bersemangat meneruskan kehidupannya bagi melawan penyakit yang dihidapinya itu.


Pengerusi Ekskutif Kumpulan Clixster Mobile Group, Datuk Megat Razman Megat Khairuddin dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin menyampaikan sumbangan kepada Yazid.


"Dulu saya tertanya-tanya juga kenapa saya perlu menanggung penderitaan ini tetapi saya sedar ini adalah ujian dan sentiasa minta dikuatkan iman untuk meneruskan kehidupan dan melawan penyakit ini.

"Ia bukan mudah tetapi setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya dan saya perlu tabah mengharungi penyakit ini," katanya.

Dalam pada itu, Yazid berkata, kesihatannya setakat ini memuaskan namun adakalanya keadaannya itu menjadi tidak konsisten kesan daripada kerosakan buah pinggang yang dialaminya.

"Kadang-kadang okey tetapi ada masanya saya kena sembelit, gatal seluruh badan, sesak nafas dan batuk berterusan hingga menyebabkan saya menjadi tidak selesa," katanya.























Gambar Yazid pada tahun 2012 yang kelihatan masih berisi.


Dalam perkembangan lain, Ketua Pegawai Ekskutif Kumpulan Clixster Mobile Group, Nor Azlan Khamis berkata, pihaknya akan mengadakan Projek Harapan bertujuan untuk memberi bantuan kepada golongan artis yang memerlukan.

Jelas Nor Azlan, pihaknya menerusi Clixster Music akan menerbitkan sebuah album kompilasi melibatkan barisan artis terkenal dan jualan album itu nanti akan disalurkan kepada Projek Harapan.

"Mana-mana artis yang ingin bersama-sama kami untuk projek ini boleh berjumpa dengan pihak kami tetapi dengan syarat mereka tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman," katanya.

Selain Yazid, pada acara tersebut, empat lagi artis menerima sumbangan daripada Clixster Mobile Group iaitu Aida Agil, Man Senoi, Zainal Rampa dan gitaris kumpulan Lefthanded, Samad Meon.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SiapaNamaAwak? 17-7-2014 07:20 AM
kesiannya... teringat kat Allahyarham M.Rajoli. manusia tak kekal
Quote nurul_akmar 17-7-2014 07:36 AM
kurus dia sekarang
Quote lazim 17-7-2014 07:51 AM
sakit buah pinggang kalau ikut nasihat doctor tiada masalah.. yg jadi masalah kalau keteganq hentam makan serba mak nenek..
Quote fifie_olin 17-7-2014 07:57 AM
umo br 50an....tp dh nmpk berumo sgt jauh beza dgn amy
Quote booty 17-7-2014 07:58 AM
mahalnya rawatan. tk boleh buat kat hospital gomen ke?. kesian beliau.
Quote booty 17-7-2014 08:00 AM
mahalnya rawatan. tk boleh buat kat hospital gomen ke?kesian beliau.
Quote cmf_blingblings 17-7-2014 08:13 AM
kat rumah sakit kerajaan boleh apa cuci darah, murah aja
Quote enchikfitz 17-7-2014 08:22 AM
So, dia dgn group dia still okay ke tak? Ada Kes terasa hati x dtg lawat dia ni?
Quote aseela 17-7-2014 09:07 AM
moga yazid tabah menghadapi dugaan sakit yang menimpa
Quote soraya 17-7-2014 09:17 AM
semua artis yg disebut ni dapat bantuan ke apa ekk nokkss?....termasuk aida agil....dia sakit apa??...
Quote goss79 17-7-2014 09:17 AM
kesiannya tgk dia nampak uzur
Quote -electrifying- 17-7-2014 09:23 AM
takziah. semoga tabah menhadapinya
Quote zhatul 17-7-2014 09:25 AM
semuga diberi kesihatan yg baik ....amin
Quote Yoongie 17-7-2014 09:28 AM
nampak ketara bezanya dulu ngan sekarang.
Quote mixed 17-7-2014 09:30 AM
nmpk lain sgt uzur sungguh

moga cpt sihat
Quote sunshinelady 17-7-2014 09:35 AM
dia peritoneal dialysis. memang buat kat rumah 4x sehari sekurang2nye. yg haemodialysis tu yg gi buat kat hospital dialysis centre coz 3x seminggu
Quote tomet05 17-7-2014 09:44 AM
Jelas Yazid lagi, setiap bulan dia memerlukan sekurang-kurangnya RM2,800 untuk menampung kos melakukan rawatan hemodialisis yang perlu dilakukan empat kali sehari selama empat jam pada setiap sesi di rumah.


4 kali sehari ke seminggu ?
jarang dengar 4 kali sehari buat dialysis ..
Quote ezanne 17-7-2014 10:07 AM
tomet05 posted on 17-7-2014 09:44 AM
4 kali sehari ke seminggu ?
jarang dengar 4 kali sehari buat dialysis ..

peritoneal dialysis memang buat 4 kali sehari dan harus dilakukan tiap-tiap hari.
[size=14.44444465637207px]hemodialysis yang selalunya dilakukan di hospital atau dialysis centre 2-3 kali seminggu.



Quote sue_liah 17-7-2014 10:16 AM
nampak uzur sangat
semoga uncle sabar & tabah

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.054302 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top