CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Jadi kegilaan di era 90-an

18-7-2014 05:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7481| Komen: 13

Description: SUATU ketika dahulu band wanita ini amat digilai peminat muzik Hollywood dan tempatan. Bagaimanapun, seiring dengan peredaran zaman, band yang terkenal pada era 90-an ini bagai dilupakan. Bagi pemi ...


SUATU ketika dahulu band wanita ini amat digilai peminat muzik Hollywood dan tempatan. Bagaimanapun, seiring dengan peredaran zaman, band yang terkenal pada era 90-an ini bagai dilupakan.

Bagi peminat seni kini, mungkin mereka tidak mengenali beberapa band yang pernah mencipta fenomena dengan lagu berhantu mereka. Tetapi, bagi yang membesar dengan band tersebut, pasti lagu-lagu mereka terus menjadi pujaan.


Spice Girl

Nama Spice Girl terus popular sehingga kini kerana salah seorang anggotanya, Victoria Beckham (Posh Spice) berkahwin dengan bintang bola sepak terkenal iaitu David Beckham.

Malah Victoria sendiri mempunyai pengaruh dalam bidang seni kerana fesyennya. Selain itu hanya Melanie Brown atau Scary Spice masih segar dalam bidang seni kerana mempunyai rancangan televisyen realiti sendiri.

Tiga lagi anggota lain iaitu Melanie Chisholm (Sporty Spice), Emma Bunton (Baby Spice) dan Geri Halliwell (Ginger Spice) lebih selesa mengurangkan diri dari terlibat dalam bidang seni.

Antara lagu-lagu popular kumpulan ini termasuklah Mama, Wannabe, Viva Forever dan Stop. Menariknya, album pertama mereka Spice pernah terjual lebih dari 30 juta.

Atomic Kitten

Kumpulan wanita yang mengangkat genre pop ini dianggotai tiga gadis jelita iaitu Liz McClarnon, Natasha Hamilton dan Kerry Katona.

Ditubuhkan sekitar tahun 1998, Atomic Kitten sangat dikenali menerusi lagu The Tide Is Hide, Whole Again dan Eternal Flame.

Menarik mengenai kumpulan ini, mereka adalah kumpulan wanita keempat yang dinobatkan sebagai penjualan album kumpulan wanita terbaik sepanjang masa.

All Saints
Bukan calang-calang All Saint merupakan kumpulan wanita yang mencatat jualan album tertinggi sehingga mencecah jutaan ringgit.

Dianggotai empat gadis muda Melanie Blatt, Shaznay Lewis bersama pasangan adik beradik Natalie dan Nicole Appleton. Ditubuhkan sekitar tahun 1995, All Saint merupakan kumpulan wanita paling popular sekitar era 90-an.

Mereka juga mencatat sembilan single terhebat menerusi lagu-lagu Never Ever, Black Coffee, I Know Where It, No More Lies dan Heaven.

Destiny's Child

Siapa yang tidak kenal dengan anggota kumpulan Destiny’s Child, Beyoncé Knowles. Meskipun kumpulan ini telah berkubur namun Knowles masih popular sehingga kini.

Ini kerana dia meneruskan misinya sebagai penyanyi solo selepas keluar dari Destiny's Child. Selain Knowles kumpulan ini turut dianggotai Kelly Rowland dan Michelle Williams. Ketika bersama, mereka amat terkenal menerusi lagu Bills, Bills, Bills dan Say My Name.

TLC

Merupakan kumpulan gadis yang memperjuangkan lagu-lagu berentak R&B dan Hip Hop. Sepanjang berada dalam industri muzik Hollywood, mereka sangat popular dengan lagu Waterfall dan Scrub.

Meskipun kumpulan dianggotai  Tionne Watkins, Lisa Lopes dan Rozonda Thomas mempunyai peminat yang besar, namun mereka terpaksa berpisah kerana mempunyai masalah dengan syarikat rakaman.

B*Witched

Dianggotai kembar berbangsa Irish, Edele dan Keavy Lynch, Lindsay Armaou dan Sinéad O’Carroll, kumpulan ini sangat aktif antara tahun 1997 hingga 2002.

Menariknya mereka satu-satu kumpulan yang berjaya mencatat lapan single di carta lagu UK Top 20. Empat single pertama C’est la Vie, Rollercoaster, To You I Belong dan Blame It on the Weatherman pernah dinobatkan tempat pertama menerusi carta tersebut.

Kumpulan ini juga berjaya menjual album mereka melebihi 3 juta. Bagaimanapun, pada tahun 2002, mereka terpaksa berpecah kerana alasan tersendiri.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 14-7-2014 12:00 PM
dulu2 masa sekolah suka spice girls and destiny's child..tapi mak tak kasi beli CD or kaset...dgr kat radio jek ...
Quote syasb 14-7-2014 12:28 PM
Dl zmn skolah mmg minat gile kt spice girls ni. Sume album ade. Dl mampu beli kaset je. Tp skrg ni kaset tu xtau nk pasang kt mane dh
Quote kikuri 14-7-2014 01:02 PM
masa tu aku memang minat spice girl...tapi skang ni dengar balik lagu2 TLC baru aku perasan sora depan ni hazab...
Quote Yoongie 14-7-2014 01:19 PM
suka spice girl je.. lebih layan boy group cam nsync, bsb, 911 dll
Quote dondangdendang 14-7-2014 06:04 PM
suka spice girl jugak dan sapa grup yg nyanyi lagu The Day you went away tu?
Quote princessjay 16-7-2014 01:49 PM
kump. M2M... Lagu the day you went away mmg best, lagu wajib karok.. kumpulan2 ni mmg femes time tu, menjadi kegilaan remaja..
Quote dondangdendang 18-7-2014 02:26 PM
princessjay posted on 16-7-2014 01:49 PM
kump. M2M... Lagu the day you went away mmg best, lagu wajib karok.. kumpulan2 ni mmg femes time tu, ...

YES....kumpulan M2M, cuba la kalau dorg buat comeback kan??? suara dorg sweet......comel jer
Quote amon_79 18-7-2014 05:45 PM
i minta lagu jer xminat org...
Quote capiloton 20-7-2014 02:33 AM
tahun 90an girls group yang top..
semestinya SPICE GIRLS..

tapi kat malaysia ada girls group..
yang muncul lagi awal dari spice girls.. kira lagi senior la..
namanya FEMININ..

[youtube]SS_ZmHjqSCI[/youtube]


[youtube]UkmV5ITNaqM[/youtube]
Quote faraRosales 20-7-2014 08:25 AM
ske gadis rempah jgk dlu .. kecik2 lg aku da bli cd cetak rompak dorg..  suke tgk vid clip dorg , msing2 cun dlu
Quote billionman78 20-7-2014 01:32 PM
dulu minat kumpulan 'shampoo'..

o'oo we in trouble..
Quote KimoraHakim 20-7-2014 07:18 PM
mmg 90 an ni kebanjiran artis2 berkumpulan ataupun boyband yang kebanyakkan daripada UK...ada yang sendu..ada yang sedap...ramai sgt..tak ingat...cam 911 - O'town - N'sync - LFO - HASON - S Club 7 - 5IVE - 98 Degrees - Another Level - All For 1 - BBMAK - BOYZONE - Caught In The Act - Code Red - COlor me Badd - No Authority - No Mercy - Point Break - Take That - Westlife - banyak lagi maaaaaaaaa..some are very successful..some are not...
Quote cokelatrawkz 27-9-2014 01:09 AM
KimoraHakim posted on 20-7-2014 07:18 PM
mmg 90 an ni kebanjiran artis2 berkumpulan ataupun boyband yang kebanyakkan daripada UK...ada yang s ...

HASON = HANSON ke??

gua dulu minat 911, the day we find love.. pastu Az-Yet yang hubby si Jaclyn Victor tuuu, pastu Boyz II Men, N'Sync, LFO (lyte funky ones)...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.255979 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top