CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Anzalna Mahu Henti Berlakon

21-7-2014 09:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13390| Komen: 64

Description: Sepanjang Pembabitannya Dalam Seni, Anzalna Juga Tidak Sepi Daripada Kontroversi. Pada 10 Jun 2012, Anzalna Mencetuskan Perang Dingin Dengan Neelofa Kerana Memberi Kenyataan Memburukkan Nama Neelofa.

Walaupun memiliki Diploma Bahasa Perancis dari Launceston College, Tasmania, Australia dan boleh menjadi guru Bahasa Inggeris, Anzalna Nasir, 26, memilih lakonan sebagai kerjayanya.

Bermula dengan siri Suria Di Cordoba, kemudian Ramadan Ter­akhir, Anzalna kini antara pelakon yang semakin mencipta nama.

Antara drama lakonannya ialah Gemersik Kalbu, Sirrun, Maskara, Love You Mr Arrogant, Adam Dan Hawa, Ajaibnya Cinta, Destinasi Cinta Sara dan Salahkah Aku.

Dilahirkan di Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 9 Januari 1988 dan membesar di Kuala Lumpur, Anzalna pernah menetap di Australia selama lima tahun sebelum pulang ke tanah air sekitar 2009.

Dia pernah ditawarkan menjadi pembaca berita dan pengacara, tetapi laluannya sebagai anak seni terarah kepada bidang lakonan.

Anzalna juga menyimpan hasrat menjadi penyanyi dan bekerjasama dengan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.

Sepanjang pembabitannya dalam seni, Anzalna juga tidak sepi daripada kontroversi. Pada 10 Jun 2012, Anzalna mencetuskan perang dingin dengan Neelofa kerana memberi kenyataan memburukkan nama Neelofa.

Enggan memanjangkan isu itu, Anzalna menyatakan permohonan maaf secara terbuka.

Anzalna juga berdepan krisis dengan Shah Iskandar kerana menyiarkan khidmat pesanan ringkas jejaka itu dengan kakak–nya, Diana Nasir.

Bagaimanapun, sikap profesional kedua-dua pelakon itu me­nyebabkan masalah itu cepat diselesaikan.

Ketika penggambaran siri Aku Isterinya, isteri Izzue Islam, Awin dikatakan cemburu dengan babak romantik suaminya dengan Anzalna, menyebabkan Izzue dikatakan bermasam muka dengan Anzalna demi menjaga hati Awin.

Anzalna yang kini bercinta dengan Mohamad Hanif Mohamad Zaki bercadang menamatkan zaman bujang penghujung tahun ini, sekali gus menamatkan kariernya sebagai pelakon.

Keputusan itu dibuat demi menghormati suaminya. Bagaimanapun, jika ada tawaran menarik minatnya, Anzalna akan terima jika diizin suami.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote faraRosales 20-7-2014 11:41 AM
bole ckp bhasa francis la nih ek ,.. hebat gak !
Quote kakasotong 20-7-2014 11:42 AM
"Izzue dikatakan bermasam muka demi menjaga hati awin."

Habis laa mu pokjue. Kena control dek bini jela lepas ni.

Xpela anzalna. Nak berenti blakon berenti la. Rezeki ade kat mana2. Jd cikgu tutor bahasa perancis pn boleyy. LOL Last edited by kakasotong on 20-7-2014 11:43 AM

Quote mrsGorgonite 20-7-2014 11:50 AM
rambut die shantekk..
Quote cmf_premierleag 20-7-2014 11:55 AM
Bapak anzalna ni hensem
Anak lak sume lawa2
Quote aldinaa 20-7-2014 12:07 PM
Minatnya. .
Quote SiapaNamaAwak? 20-7-2014 12:41 PM
ko nak benti, benti jelah. xde saper nak herann noks.. xde function pon ko dlm industri ni. senduu sgt Last edited by SiapaNamaAwak? on 20-7-2014 12:44 PM

Quote MsCinderella 20-7-2014 12:59 PM
Diploma Bahasa Perancis dari Launceston College, Tasmania, Australia dan boleh menjadi guru Bahasa Inggeris,

ada dip Bhs France awat nak jd cikgu BI lak
Quote VuJiE 20-7-2014 01:15 PM
diploma bahasa perancis = mengajar bahasa inggeris. ummm,, beza kot? baik. silakan apply jadi cikgu bi dan posting pedalaman hikhikhik
Quote Yoongie 20-7-2014 01:19 PM
Artikel ni 80% cita pasal profile ngan kontroversi anzalna. selebihnya baru cerita pasal berhenti berlakon.
Quote mattzzx 20-7-2014 01:26 PM
Mula mula kemunculan dia tak minat sangat....selepas dia banyak berlakun drama bersiri rasanya boleh tahan cun jugaa lah...
Quote amieab 20-7-2014 01:32 PM
hey pompuan...kalau ko nak berenti ke, nak migrate ke atau nak ke mana2 pun, buleh tak ko berenti teruih tanpa sibuk nak beritau kat wartawan? ko ingat orang akan buat solat hajat mintak ko jangan berenti??? sedor la diri sikit cik kak oi...datang mu tak dialu, pergi mu tak ditahan ok....lotih aku dengan retis2 malaysia yang perasan diri berharga sangat....tangok ajela cik ta tu...sibuk mengata nak berhenti, penyudahnya...tetap menyibukkan dunia seni yang tak penah nak seni pun di malaysia ni...
Quote hanuma 20-7-2014 01:33 PM
cun jugak dia nie... elok la pun nak berhenti berlakon...
Quote CrowneGlory 20-7-2014 01:33 PM
Diploma bhs Perancis tp boleh menjd guru Inggeris... Wartawan ngok
Quote noraidil_06 20-7-2014 01:37 PM
anzalna dh bising kt ig dia. wartawan ntah ape2.
Quote senahsanasini 20-7-2014 01:38 PM
Xtau plak bhs perancis dan english bhs yg sama..
Quote achik2009 20-7-2014 01:42 PM


anzalnanasir88   Irresponsible Reporting? Whats app untuk tanya pasal gambar sahaja apa salahnya interview sekali.. kan dah bagi info SALAH!haih..Perlu ke mengungkit kisah lama? Di bulan yang mulia ni ada juga org nak membuka aib orang lain kan? Astaghfirullahaladzim..  25min
Quote chinta89 20-7-2014 01:42 PM
Yoongie posted on 20-7-2014 01:19 PM
Artikel ni 80% cita pasal profile ngan kontroversi anzalna. selebihnya baru cerita pasal berhenti be ...

sama seperti yang aku fikirkan..
Quote Lion11 20-7-2014 01:45 PM
Anzalna cunn..Loike her..Tapi nk jadi penyanyi tu aku rasa was was hahaha..
Quote Yoongie 20-7-2014 01:47 PM
chinta89 posted on 20-7-2014 01:42 PM
sama seperti yang aku fikirkan..

kannn.. bukak thread ni nak cari la apa sebabnya, pung pang pung pang kat bawah sekali baru cerita pasal nak berenti.

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.307985 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top