KUALA LUMPUR 20 Julai - Polis telah mengenal pasti wanita Korea yang gambarnya tersebar di laman-laman sosial semalam kerana memakai baju bertulis ayat suci al-Quran ketika membeli barangan di sebuah pasar raya di Ampang dekat sini. Wanita itu kini sedang dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 398 Kanun Keseksaan iaitu menghina agama bagi menimbulkan ketidakpuasan hati. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) melalui laman Twitternya berkata, tindakan lanjut terhadap wanita itu akan diambil tidak lama lagi. "@PDRMsia dah mula siasat kes 'makcik' tu. Dia Korean, baru sampai sini, beli baju tu dari India. Biarlah kita siasat lebih lanjut, harap bersabar. "Ada yang @PDRMsia dapat ambil tindakan segera, ada memerlukan masa untuk kita bertindak secara rasional. Kami akan laksanakan tanggungjawab kami," katanya dalam laman berkenaan. Khalid juga menegaskan, polis akan menjalankan siasatan itu dengan telus dan menasihati orang ramai supaya bersabar.
"@PDRMsia tidak akan bias. Semua kesalahan akan disiasat tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kita semua perlu hormat kepada sistem undang-undang kita. "@PDRMsia peka dengan apa yang berlaku. Insya Allah kita akan ambil tindakan mengikut undang-undang yang ada. Percayalah," ujarnya. Semalam, pengguna laman sosial Facebook berang selepas menyaksikan gambar wanita itu secara selamba memakai baju kaftan bertulisan al-Quran ketika sedang membeli-belah di sebuah pasar raya di Ampang. Malah, satu lagi gambar menyaksikan seorang lelaki menegur wanita terbabit setelah dia dikatakan tidak senang hati melihat perlakuan biadab itu yang jelas menghina umat Islam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi memberitahu, satu laporan polis sudah dibuat oleh pihak berkuasa selepas mendapat maklumat berhubung kejadian itu di laman sosial berkenaan. "Bertindak atas perkara itu, polis kini sedang mengesan wanita berkenaan untuk mengetahui cerita sebenar. Dia dipercayai seorang pelancong yang baru datang memasuki negara ini. "Oleh demikian, saya meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kerana polis kini sedang menjalankan siasatan tentang perkara itu," katanya. |
Babai posted on 20-7-2014 05:50 AM
Benda melibatkan SAMSENG cine = Perkauman
Benda melibatkan SAMSENG melayu = Demi menegakkan keadi ...
protonpersona posted on 20-7-2014 05:58 AM
cahaya solehah la sangat
secretservice posted on 20-7-2014 05:53 AM
ikutkan ape yg diberitahu di link fb tu...pemakai tu pelancong dari korea...die beli baju tu di in ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.056649 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.