CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Wanita Makan Makanan Haiwan

21-7-2014 01:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8246| Komen: 30

Description: Seorang Pemilik Kedai Haiwan Peliharaan Dari Richland, Washington, Amerika Syarikat Yang Mahu Mempromosikan Pemakanan Sihat Untuk Haiwan Kesayangan Bertindak Memakan Makanan Haiwan Selama Sebulan.


SEORANG pemilik kedai haiwan peliharaan dari Richland, Washington, Amerika Syarikat yang mahu mempromosikan pemakanan sihat untuk haiwan kesayangan bertindak memakan makanan haiwan selama sebulan.

Pada suatu hari, pemilik Paws Natural Pet Emporium, Dorothy Hunter, tiada masa untuk mendapatkan snek ketika dia menyusun rak yang menempatkan makanan anjing di kedainya.

"Saya tidak sempat membeli snek. Jadi, saya makan makanan sihat yang dimakan haiwan peliharaan. Saya melakukannya selama 30 hari," katanya.



Hunter memakan makanan kucing iaitu kepingan ikan salmon dan ayam yang dibekukan selama seminggu. Dia mengikuti diet haiwan itu dengan berdisiplin.

Apabila membandingkan bahan-bahan yang digunakan dalam makanan manusia, dia mendapati corak pemakanan haiwan lebih sihat.

Katanya, manfaat kesihatan memakan makanan haiwan sangat ketara pada dirinya.

"Saya kehilangan berat badan tetapi bukan melakukannya untuk mempromosikan makanan haiwan atau menurunkan berat badan, saya cuma ingin menunjukkan yang saya percayakan produk saya," ujarnya.

Jelasnya, dia tidak kisah dengan rasa kepingan salmon dan ayam yang dibekukan malah dia turut mengeluarkan beberapa produk pilihan makanan haiwan.

Walaupun hanya memakan makanan haiwan, Hunter berkata, dia tetap menggemari kopi bagi memastikan dirinya sentiasa segar dan tidak tidur di tempat kerja.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misslauren 21-7-2014 06:11 AM
euuwwwwwww.........dengan hanyir dia... dog food yg tasteless takde garam
Quote pelukis.plan 21-7-2014 07:32 AM
misslauren posted on 21-7-2014 06:11 AM
euuwwwwwww.........dengan hanyir dia... dog food yg tasteless takde garam

mana kau tau dog food tasteless?
kau dah rasa?
Quote ashraf5587 21-7-2014 08:24 AM
wtf is wrong with this woman
Quote matahari7001 21-7-2014 09:23 AM
yucky!!.. selera ape ni!!
Quote shamsadis 21-7-2014 10:10 AM
perut anjing dengan perut manusia kan berbeza....
Quote boyagombak 21-7-2014 10:19 AM
pelukis.plan posted on 21-7-2014 07:32 AM
mana kau tau dog food tasteless?
kau dah rasa?

dia Chef tukang masak kut,kena la rasa dulu sedap ker tak sedap

Quote asher 21-7-2014 10:44 AM
lantak dia lah..yg sakit perut dia..
Quote pelukis.plan 21-7-2014 10:57 AM
boyagombak posted on 21-7-2014 10:19 AM
dia Chef tukang masak kut,kena la rasa dulu sedap ker tak sedap

tukang masak utk anjing?

Quote anees~nuhara 21-7-2014 11:10 AM
ape la rs sume mknn tu
Quote Yoongie 21-7-2014 11:26 AM
loya tekak aku
Quote mattzzx 21-7-2014 12:01 PM
Macam tak ada idea sangat nak promote produk diaa...
Quote AyamHutanJantan 21-7-2014 12:22 PM
weekkkkk...habis la product loss weight yang lain..huhuhu
Quote seri_mawr 21-7-2014 12:59 PM
misslauren posted on 21-7-2014 06:11 AM
euuwwwwwww.........dengan hanyir dia... dog food yg tasteless takde garam

ko dh penah mkn kerrr...???
Quote misslauren 21-7-2014 03:19 PM
pelukis.plan posted on 21-7-2014 07:32 AM
mana kau tau dog food tasteless?
kau dah rasa?

kejadahnya nak rasa

general knowledge la tu. anjing tak blh rasa masin so org tak letak garam kat dogfood
Quote misslauren 21-7-2014 03:20 PM
seri_mawr posted on 21-7-2014 12:59 PM
ko dh penah mkn kerrr...???



mana ada
saja je kan
Quote Artemesiaa 21-7-2014 03:39 PM
Suruh dia datang Malaysia je raya ni melambak biskut raya penuh semeja dia boleh makan
Quote roblucci 22-7-2014 12:38 AM
harulah dia makan dedak sekali
Quote znuyul 22-7-2014 12:10 PM
tapi aku oernah la dgr,,makanan kucing kita leh makan..cuma aku x la try test makan..
Quote cheezzy 22-7-2014 12:25 PM
dia ni kalau takde makanan sgt mai la pi umah aku.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.071356 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top