CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Minggu Ke-29 Catat Kes Denggi Tertinggi

21-7-2014 05:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3881| Komen: 4

Description: Bagi Tempoh Sama Sebanyak 94 Kematian Dilaporkan Berbanding Hanya 29 Kematian Tahun Lalu, Meningkat Sebanyak 65 Kematian Iaitu 224 Peratus," Katanya Pada Mesyuarat Denggi Bersama Pengamal Media Di P ...


Sebanyak 3,142 kes denggi dilaporkan dalam minggu lepas iaitu minggu ke-29, menjadikan ia jumlah tertinggi pernah dilaporkan untuk tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia merupakan peningkatan sebanyak 978 kes atau 45 peratus berbanding 2,164 kes minggu sebelumnya.

"Jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan pada tahun ini adalah 51,987 kes berbanding hanya 14,755 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Bagi tempoh sama sebanyak 94 kematian dilaporkan berbanding hanya 29 kematian tahun lalu, meningkat sebanyak 65 kematian iaitu 224 peratus," katanya pada mesyuarat denggi bersama pengamal media di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata bagi mengawal peningkatan kes tersebut orang ramai digesa agar menjaga kebersihan persekitaran dengan menguruskan pembuangan sampah dengan baik, bagi membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes yang menjadi punca penyakit itu.

Beliau berkata negeri-negeri yang aktif dalam aktiviti komuniti dan Projek Komunikasi Untuk Tingkah Laku (Combi) berkenaan kempen denggi seperti Negeri Sembilan, Johor dan Melaka dilihat berkesan dalam menurunkan kes-kes denggi.

"Pewasapan (fogging) hanya membunuh nyamuk dewasa, sebaliknya tempat pembiakan nyamuk kena dikawal untuk pastikan nyamuk tidak membiak di kawasan persekitaran rumah," katanya.

Dr Noor Hisham berkata kementerian telah mengeluarkan kompaun bernilai RM4.5 juta di seluruh negara untuk tahun ini setakat ini kerana menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Beliau berkata pemeriksaan dijalankan ke atas sejumlah 2.5 juta premis, di mana setiap kesalahan pertama dikenakan kompaun sebanyak RM500.

"Bagi kesalahan kedua kita boleh caj di mahkamah dan dikenakan denda RM10,000. Jika kesalahan berulang denda RM50,000 dengan/atau dua tahun penjara. Tapi setakat ini belum ada yang dibawa ke mahkamah untuk kali kedua," katanya.

Dr Noor Hisham berkata bagi tapak-tapak pembinaan, kira-kira 80-90 peratus daripada 800 tapak pembinaan di Selangor dan Wilayah Persekutuan didapati positif Aedes.

Antara tindakan yang diambil termasuklah kompaun, dibawa ke mahkamah dan penutupan operasi sehingga kawasan tersebut dibersihkan, katanya.

3

Bagus

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote faizalaka 21-7-2014 03:49 PM
Penyakit yang boleh membawa maut.. tetapi ramai yang tidak menjaga persekitaran dan kebersihan.
Quote MechanicalEng 22-7-2014 10:16 AM
takle lah nak harapkan Kementerian Kesihatan Malaysia nak buat semua keje kawal denggi. PBT kena la tgok2kan longkang tu, sampah lagi, Rakyat pun kena la peka, kebersihan perlu dijaga.
Quote mommymonster82 22-7-2014 10:18 AM
Tensen betul.. Walu rumah kita bersih klu berdekatan ada flat pprt nyamuk pon bermaharaja lela.. My Jiran ank dia kena denggi berdarah..sbb gi joging kt kawasan sekitar... Alhamdulillah cepat gi hospital..
Quote siputsedut 22-7-2014 10:35 AM
kat rumah sendiri apa sangat yang kita boleh buat selain bersihkan rumah...make sure takde tempat air bertakung..pelapik rak pinggan mangkuk sentiasa diberus dan dibuang air(mesti berus...jentik2 tak hilang kalau setakat buang air je)...
tp kalau org duk apartment...kita bukannya boleh tau sistem perparitan dia camne...longkang2 pun ditutup..camne nk bukak bersihkan...
kalau rumah landed boleh la berus longkang tu...
so aku stuju..PBT pun main peranan jugak utk pastikan sistem perparitan tak tersumbat dan tak jd tpt pembiakan nyamuk aedes

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.060587 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top