CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Harga Ayam Tidak Naik"

22-7-2014 11:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6351| Komen: 18

Description: Katanya, Alasan Peniaga Untuk Menaikkan Harga Kerana Tidak Mendapat Untung Adalah Tidak Munasabah Kerana Kerajaan Telah Menetapkan Harga Siling Kepada Pemborong Dan Mereka Perlu Mematuhi Harga Ditetap ...

Gambar hiasan



KUALA KANGSAR - Rakyat dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai khabar angin mengatakan harga daging segar akan melambung tinggi dalam masa terdekat.

Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Samsudin Abu Hasan berkata, sekiranya perkara itu terjadi sekalipun, kerajaan sentiasa mempunyai mekanisme terbaik dalam menangani masalah itu.

Katanya, alasan peniaga untuk menaikkan harga kerana tidak mendapat untung adalah tidak munasabah kerana kerajaan telah menetapkan harga siling kepada pemborong dan mereka perlu mematuhi harga ditetapkan.

“Kerajaan telah menetapkan harga RM 24 kepada pemborong dan harga runcit pula adalah RM 26. Jadi, mustahil jika peniaga kata mereka tidak mendapat untung.

“Sekiranya peniaga membeli dengan harga mahal daripada pemborong, kita minta mereka simpan resit dan kemukakan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pemborong.

“Jangan risau dengan khabar angin kenaikan harga daging segar kerana kerajaan sentiasa mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan perkara tersebut,” katanya.

Beliau mengulas isu tersebut dalam sidang media selepas merasmikan Pemantauan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Hari Raya Aidilfitri bagi negeri Perak di Pasar Besar Kuala Kangsar, semalam.

Dalam perkembangan lain, Adun Bukit Chandan, Maslin Sham Razman meminta kerajaan supaya menambah stok daging segar dalam negara bagi mengelakkan kenaikan harga.

“Untuk barangan lain memang tiada masalah, cuma daging segar sahaja yang menjadi rungutan orang ramai. Harap kerajaan dapat cari idea penyelesaian terbaik,” katanya.

3

Bagus
9

Marah
2

Terkejut
2

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Anden 22-7-2014 08:35 AM
Boleh caya ke?

Daging segar sekila dari sebelum puasa RM24/kg ...la ni dah naik RM27/kg??

Pak menteri ni turun padang ke idak..
Quote Aliaskotonggo 22-7-2014 08:36 AM
dulu najib beli ayam rm1 sekor
Quote mikasa 22-7-2014 08:38 AM
Nak raya ...barang pasti ada yg akan naik rege
Quote fifie_olin 22-7-2014 08:42 AM
kalo turun pon utk ank2 ayam yg br blajar bertatih...
Quote harkktuih 22-7-2014 08:48 AM
artikel pasal daging segar..tajuk pasal ayam..
Quote md.jie 22-7-2014 08:59 AM
smlm baru beli ayam RM18 sekoq
Quote zacrin 22-7-2014 09:01 AM
menteri dah meninggal
Quote chempaka_biru 22-7-2014 09:33 AM
tajuk lain, isi lain...

harga tempat aku xde lak naik.. malahan turun. cth ayam kat pasar taman u johor sebelum kawalan 7.90 bila d kawal jd 7.7... daging lak dulu 28 hrg kawln jd 25.. bwg pun cam tu jgk.. syukurlah ada harga kawlan
Quote Yoongie 22-7-2014 09:59 AM
tajuk ayam, cerita daging.. aku pun xtau nak komen yang mana satu.
Quote lululun 22-7-2014 10:11 AM
kat tesco alma bukit mertajam, 2 hari lepas rm 5.90 sekilo, semalam rm 6.20 sekilo
Quote damiqula 22-7-2014 10:17 AM
kedai runcit kat umah aku 7.7.mahalnye ayam skang ye.patutlah jual ayam golek pun 20rm sekor.ayam mentah pun dah nak 16rm beli semalam.
Quote Johnyblaze87 22-7-2014 03:17 PM
LOL ni menda standard la. Kalau ada je menteri cakap takkan naik, tu maknanya memang naik.
Xkn baru 1 hari duk Malaysia wehhhh
Quote muo1202 22-7-2014 03:22 PM
ayam KFC naik harga tak....
Quote AHMADVW 22-7-2014 03:25 PM
harga kangkung naik tak?
Quote fatehana 22-7-2014 03:27 PM
naik atau xnya org ramai ttp akan membeli brg2 keperluan ni
lg2 sempena syawal nak menjelang
Quote drivethru 22-7-2014 03:31 PM
buat rendang itik la tahun ni. habis la itik nenek aku jd mangsa.
Quote azrain98 22-7-2014 03:54 PM
tak percaya langsung
Quote namirulmukminin 22-7-2014 03:56 PM
Semalam aku beli ayam kat Mydin Mall RM5.89 sekilo.. Daging kerbau import RM13.99 sekilo... ok la tu...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.093788 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top