CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Lagu Raya Baru Azlina, Liza

22-7-2014 04:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6815| Komen: 2

Description: Hakikatnya, Lagu Nyanyian Mereka Kekal Segar Hingga Ke Hari Ini. Antara Lagu Raya Nyanyian Azlina Aziz Ialah Hanya Kad Ucapan, Indahnya Beraya Di Desa Dan Bersemi Cinta Di Hari Raya. Lagu Nyanyian Liz ...
Lagu raya baru Azlina, Liza


Generasi baru mungkin tidak mengenali Liza Aziz, 51, dan Azlina Aziz, 52, kerana kali terakhir mereka tampil dengan album penuh pada 1996.

Hakikatnya, lagu nyanyian mereka kekal segar hingga ke hari ini. Antara lagu raya nyanyian Azlina Aziz ialah Hanya Kad Ucapan, Indahnya Beraya Di Desa dan Bersemi Cinta Di Hari Raya. Lagu nyanyian Liza Aziz pula Seribu Janji, Simfoni Kasih dan Masa.
Liza mengakui ada artis baru yang tidak mengenali mereka apabila melalui pengalaman sendiri ketika menjayakan satu persembahan.

Pertemuan dengan dua penyanyi yang mempunyai vokal hebat ini di studio Balai Berita beberapa minggu lalu, mengimbau banyak cerita menarik buat tatapan pembaca SELEBRITI.

Antara dikongsi, pengalaman berkongsi pentas dengan penyanyi baru yang tidak mengenali mereka. Kata Liza, dia pernah menjayakan persembahan acara besar di ibu kota yang turut dijayakan beberapa penyanyi baru.


“Biasalah apabila di belakang pentas, tidak siapa pun yang endah dengan kehadiran saya. Namun selepas saya membuat persembahan menyanyikan lagu ‘power-house’ artis hebat Amerika Syarikat, Whitney Houston, beberapa penyanyi menghampiri saya dan bertanya sama ada boleh belajar vokal dengan saya,” katanya.

Tidak dapat dinafikan, vokal mereka berada dalam liga sendiri tanpa perlu bersusah payah bersaing dengan sesiapa. Kedengaran mungkin berlagak, tapi itulah hakikatnya tatkala bercakap mengenai vokal bertenaga anak Allahyarham Seniman Aziz Jaafar dan Seniwati Normadiah ini.

Liza tidak kecewa dengan layanan awal tapi sebagai orang lama dalam industri hiburan, ia sikit sebanyak mencerminkan keperibadian seseorang dan ia membuatkan hatinya tersentuh.

Baginya, artis perlu mempunyai sikap rendah diri dan ramah mesra supaya lebih dihormati semua golongan masyarakat.

Mungkin kerana sikap ramah dan rendah diri itulah, Liza dan Azlina tidak pernah sunyi dengan jemputan persembahan dalam dan luar negara.

Malah, mereka berdua mendapat jolokan Retro Queen (Ratu Retro) kerana sering menyanyikan lagu retro popular bersama seorang lagi penyanyi bersuara lantang, Salimah Mahmud.

Kata Azlina, di mana saja mereka membuat persembahan, peminat mesti minta nyanyikan lagu retro ‘power-house’.

“Dari situ kami mula dikenali sebagai Retro Queen oleh penganjur dan peminat. Selain kerap diundang membuat per-sembahan di sini, kami juga penuhi undangan persembahan di Sabah, Sarawak, Singapura serta Brunei,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Wajahmu Di Mana-mana, Mencari Mimpi dan Seikhlas Mana Hatimu itu turut mendapat undangan membuat persembahan tertutup di istana dalam dan luar negara.

Dalam asyik bercerita pengalaman manis memberi persembahan bertenaga, dua beradik itu mendedahkan, mereka baru saja mengeluarkan single duet raya, Sinar Di Hari Raya ciptaan bersama Fatimah Nawi dan Hawa Junaidi. Ia juga kali pertama menampilkan mereka sebagai adik beradik dalam satu lagu.

Kata Azlina, kebanyakan lagu raya yang masih diputarkan hingga ke hari ini adalah dari zaman 1980-an dan ia menjadi malar segar kerana ada sesuatu yang istimewa mengenai lagu itu dengan pendengar.

“Lagu baru yang dihasilkan ini pun berlaku tanpa dirancang selepas timbul rasa rindu merakam lagu dalam studio. Kami tidak terkejar-kejar nak buat ‘come-back’, kalau ada yang mahukan kami, tiada masalah,” katanya merendah diri.

Pada masa ini, mereka dalam rangka promosi lagu itu ke stesen radio dan berharap peminat dapat menerimanya.

Liza dan Azlina akui sambutan peminat baru dan lama tetap sama saat nama mereka popular sekitar 1980-an dan 1990-an.

“Respons peminat masih seperti dulu. Contohnya, baru-baru ini kami membuat persembahan sempena Planet Gempak Astro, ramai masih mengenali kami.

“Begitu juga untuk acara fesyen Islamik terbesar, Islamic Fashion Festival (IFF), sudah empat tahun kami diundang membuat persembahan,” kata mereka bangga.

Azlina akui walaupun sudah lama bergelar penyanyi, istilah puas tidak pernah ada dan berharap akan terus mendapat ruang serta peluang merakam lagu.

Untuk itu, mereka berdua tidak menolak kemungkinan merakam kembali lagu popular mereka dengan diberi nafas baru dalam album kompilasi khas.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berun 16-7-2014 04:00 PM
Last edited by berun on 16-7-2014 04:01 PM

Quote yinfenglee 4-8-2014 10:35 AM
suara dua beradik ni ,lina and liza aziz, mmg sedap didengar

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.052696 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top