CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MH17 2000 Sertai Himpunan Serah Memorandum

23-7-2014 08:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3893| Komen: 11

Description: Beliau Yang Juga Naib Ketua Pemuda Umno Turut Mengucapkan Tahniah Kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Rajak Yang Berjaya Menggunakan Kuasa Hubungan Diplomatik Untuk Menyelesaikan Isu Tersebut.





KUALA LUMPUR - [VIDEO] Hampir 2,000 orang menyertai himpunan bagi menyerahkan memorendum meminta keadilan untuk keadilan mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17.

Ketua Koordinasi Perhimpunan Justice4MH17, Khairul Azwan Harun berkata, perhimpunan yang disertai oleh Pemuda Barisan Nasional (BN) diadakan bertujuan untuk menuntut sokongan dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kedutaan Ukraine dan Rusia terhadap penyiasatan nahas MH17 yang sedang berjalan.

"Walaupun kotak hitam sudah diperoleh dan mayat mangsa sudah dijanjikan untuk dihantar pulang, ia masih tidak mencukupi buat kami.

"Kami mahu pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kerajaan Ukraine dan Rusia untuk mencari dan mengenal pasti siapa yang harus bertanggungjawab menembak pesawat terbabit. Pihak itu perlu dibawa ke muka pengadilan demi mangsa yang telah terkorban dalam nahas tersebut," katanya kerika ditemui media selepas menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Ukraine hari ini.

Antara kandungan memorandum yang telah diserahkan kepada Kedutaan Ukraine, pihak PBB dan Kedutaan Rusia termasuklah menggesa pihak terbabit menjalankan siasatan terperinci ke atas kemalangan itu dan menuntut keadilan ke atas kematian mangsa nahas MH17.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Umno turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Rajak yang berjaya menggunakan kuasa hubungan diplomatik untuk menyelesaikan isu tersebut.

"Melalui rundingan, pasukan penyiasat sudah boleh memasuki lokasi nahas dan mulakan siasatan, begitu juga dengan kotak hitam yang diperoleh dan jenazah yang akan dihantar.

"Kita tidak harus berhenti setakat ini. Kita harus terus berjuang dan twrus memberi tekanan kepada negara yang terlibat supaya semua kesulitan dapat diselesaikan dengan cepat," katanya lagi.

Sebelum itu, perhimpunan pertama penyerahan memorandum diadakan di Wisma PBB, Damansara dan diteruskan ke Kedutaan Ukraine.

Memorandum tersebut dilaporkan diterima oleh salah seorang dari empat Setiausaha Agung Kedutaan Ukraine, Lahor V Humennyi.

10

Bagus
21

Marah
17

Terkejut
15

Sedih
17

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote budakmanentah 23-7-2014 08:13 AM
#justice4MH17
Quote star_anisse 23-7-2014 08:14 AM
semoga data dlm kotak hitam pesawat tu nnti dpt memberi keadilan kepada semua mangsa..
Quote kecimpret 23-7-2014 09:30 AM

Quote kecimpret 23-7-2014 09:31 AM


serupa cina PRC daaaa
Quote kecimpret 23-7-2014 09:33 AM


MH370 cina caprut mara m'sia..MH17 melayu UMNO caprut mara russia...npk x?
Quote atira 23-7-2014 09:36 AM
kecimpret posted on 23-7-2014 09:31 AM
serupa cina PRC daaaa

waktu cina PRC buat... kutuk bukan main
Quote md.jie 23-7-2014 09:37 AM
kes kotak hitam patut la hitam sume
Quote atira 23-7-2014 09:37 AM
by de way...
bila baca smalam katanye depa buat kat kedutaan ukraine kan?
ingatkan depa nak ngamuk dgn ukraine... rupanye ngamuk dgn russia
Quote kecimpret 23-7-2014 09:37 AM
atira posted on 23-7-2014 09:36 AM
waktu cina PRC buat... kutuk bukan main

rupa2 nya dorang pun dua kali lima
Quote Johnyblaze87 23-7-2014 02:05 PM
Bila serah menda2 ni, dapat apa2 ke? dr dulu aku tengok org berarak duk serah memorandum lah apa, pernah ke ada hasil?
Quote cak! 23-7-2014 02:09 PM
marah rusia padahal ukraine yg tembak

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.049723 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top