CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

'Kajol' Dijel Enam Minggu, Denda Rm1,000

24-7-2014 09:27 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19451| Komen: 103

Description: "Perbuatan Yang Dilakukan Berulang Kali Oleh Kamu Ini Adalah Perbuatan Songsang Dan Dilaknat Oleh Allah Swt. Saya Menyeru Kamu Bertaubat Kerana Kamu Sebagai Seorang Selebriti Telah Menonjolkan Imej ...
GUA MUSANG 22 Julai - Akibat tidak serik berpakaian seperti perempuan, penyanyi dikir barat tersohor Kelantan, Kajol terpaksa melupakan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini apabila dia dihukum penjara enam minggu dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.


Kajol atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Jeffri, 28, dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah berlagak seperti perempuan dengan memakai baju perempuan berwarna hitam, bercoli hitam, bersubang serta membawa beg tangan di tapak ekspo Felda Aring 6 di sini kira-kira pukul 11.45 malam, 7 Mei lalu.

Hakim Syarie, Zubaidi Sulaiman memutuskan demikian setelah mendapati pemuda itu tidak serik dan melakukan kesalahan tersebut sebanyak tiga kali dalam tempoh empat tahun.

Zubaidi berkata, hukuman kali ketiga ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada tertuduh untuk memperbaiki diri serta insaf dengan perbuatan yang dilakukan.

"Perbuatan yang dilakukan berulang kali oleh kamu ini adalah perbuatan songsang dan dilaknat oleh Allah SWT. Saya menyeru kamu bertaubat kerana kamu sebagai seorang selebriti telah menonjolkan imej buruk dan boleh mendorong kepada penyakit sosial dalam kalangan masyarakat," kata beliau.

Beliau memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa mulai hari ini.

Ketika pertuduhan dibacakan oleh Pembantu Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, Kamarulzaman Mohamad, tertuduh yang mengambil nama aktres Bollywood, Kajol sebagai nama gelarannya kelihatan menangis teresak-esak sebelum membuat pengakuan bersalah.

Mohd. Hafiz didakwa mengikut Seksyen 7 Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.


Terdahulu, Kajol yang masih belum berkahwin memohon hukuman denda diringankan dengan alasan dia merupakan tempat bergantung untuk menyara keluarganya yang susah.

Bagaimanapun, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Kelantan, Ramlee Abd. Rahman membantah alasan yang dikemukakan oleh Kajol dan berpendapat perbuatan yang dilakukan itu sungguh aib sebagai seorang Islam.

Kajol mempunyai dua rekod lampau bagi kesalahan sama dengan kali pertama dia didenda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas pada 2010 manakala kesalahan kedua, dia turut didenda RM1,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah pada 2011.

27

Bagus
8

Marah
10

Terkejut
9

Sedih
10

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lavaketupat 23-7-2014 03:12 PM
habis la duit tuk beraya si dino kena bayar saman...

Quote kakZue 23-7-2014 03:15 PM
Pnh jumpa dia ni ms pi perkampungan dia..ms tuh remaja lg tp lembut semacam..x sangka dh dewasa jd pondan lak..huhu..
Quote Pajeri_Nenas 23-7-2014 03:16 PM
ayat tak tahan - 'masih belum berkahwin'....
Quote Cik_Andak 23-7-2014 03:18 PM
Nama sedap Hafiz Jeffri..tapi knp boleh jadi Kajol....
Quote zacrin 23-7-2014 03:23 PM
mau kena toron dalam jel ni nanti
Quote robertocarbos 23-7-2014 03:30 PM
Pakai kopiah pun bro,
tapaya lah macam mendade semacam jek
Quote sixret 23-7-2014 03:31 PM
zacrin posted on 23-7-2014 03:23 PM
mau kena toron dalam jel ni nanti

maaf ya, bertanya. toron tu apa?
Quote Bell 23-7-2014 03:34 PM
Mana Ambiga? Tak ndak defend Kajol ker?
Quote Kebabomb 23-7-2014 03:36 PM
Cik_Andak posted on 23-7-2014 03:18 PM
Nama sedap Hafiz Jeffri..tapi knp boleh jadi Kajol....

Letak Zaiton tak sedap lah plak...Nama Kajol dah glamour sangat ler tu..
Quote NadineNajmie 23-7-2014 03:37 PM
Meriah raya cikki dlm tahun ni.
Quote Kebabomb 23-7-2014 03:37 PM
robertocarbos posted on 23-7-2014 03:30 PM
Pakai kopiah pun bro,
tapaya lah macam mendade semacam jek

Bukan dia mendada...memang dia ada buah dada...
Quote -electrifying- 23-7-2014 03:39 PM
aku ske tgk video dia nyanyi lagu madah berhelah kt utube.
rilek n maintain je mase high note. terbaik. tp apekan daya. shemale.
Quote Dia_Yuni 23-7-2014 03:45 PM
-electrifying- posted on 23-7-2014 03:39 PM
aku ske tgk video dia nyanyi lagu madah berhelah kt utube.
rilek n maintain je mase high note. terb ...

Suka tgk video dia takpe jgn suka ke dia sudah
Quote Vellfire 23-7-2014 03:46 PM
ingat kajol manalah tadi
Quote Yoongie 23-7-2014 03:47 PM
Abis tu dia nyanyi dikir barat keluar suara nyah ke suara jantan?
Quote blackred99 23-7-2014 03:48 PM
byk leh bahan bapok ni, tapi aku sabar jela.
Quote sayawifenikmie 23-7-2014 03:54 PM


... saya ada best friend macam ni sorang ... peg tinggi  kerajaan .. bijak ..handsome / cantik / baik budi pekerti.. anak yang baik kepada parents  ... kesayangan ketua pengarah ... sebab kerja  tip top .. kalau dia normal dia boleh jadi bos bos besar dengan keupayaan dia  ... apakan daya .. dia memilih menjadi "perempuan".

Khabarnya tahun ni di nak beraya di Kelantan .. jangan lah pulak dia kena tangkap dan kena dakwa.
Quote Kerêta_Angin 23-7-2014 03:58 PM
kenapa namanya Kajol, knp bukan Aishwarya...?

Quote drivethru 23-7-2014 04:01 PM
alang2 dah berbaju kurung, nape x pakai tudung bertengkek tengkek paritdah. baru lah nampak muslimah.

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.056343 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top