CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Bebas Penyakit, Hamid Gurkha Jaga Makan Sejak 40 Tahun

24-7-2014 10:13 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14500| Komen: 62

Description: Sementara Itu, Pak Hamid Berkata, Dia Bersyukur Pada Usianya Sekarang Masih Ada Pengarah Dan Penerbit Yang Mempercayai Bakat Lakonannya Dan Terus Menawarkannya Peranan Dalam Drama Atau Filem Terbitan ...
Bebas Penyakit, Hamid Gurkha Jaga Makan Sejak 40 Tahun 

Pak Hamid memberitahu berkat menjaga pemakanan dia tidak mempunyai sebarang penyakit.




KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Hamid Gurkha mendedahkan dia mula menjaga pemakanan sehariannya sejak berusia 40 tahun lalu sebagai salah satu usaha untuk mengelak daripada terkena penyakit-penyakit berbahaya.

Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman, 81, berkata, berkat amalannya itu sehingga kini dia tidak mempunyai sebarang penyakit kronik dan bersyukur diberi kesihatan baik oleh Tuhan.

"Sejak 40 tahun lalu saya tidak mengambil makanan laut dan jarang makan ayam dan daging. Jika ada pun pada waktu-waktu tertentu sahaja seperti menghadiri kenduri dan Hari Raya.

"Minuman bergas dan berais juga saya elakkan. Saya berpantang dalam pemakanan kerana ingin mengelak daripada terkena penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung.

"Alhamdulillah pada usia kini saya bebas daripada sebarang penyakit tetapi biasalah orang tua kadang-kadang sakit sendi dan pening," katanya kepada mStar Online.


Gambar Hamid dan Dharma dari filem Sikit Punya Gila


Hamid ditemui pada majlis berbuka puasa Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) di Dataran Karyawan Finas dekat sini pada malam Selasa lalu.

Tambah Hamid atau lebih mesra dengan sapaan Pak Hamid, dia lebih gemar menikmati makanan berasaskan ikan selain sup dan sayur-sayuran termasuk mengamalkan meminum air suam sebagai diet hariannya.

Dalam pada itu, Pak Hamid turut memberitahu, pada usianya sekarang dia masih mampu memandu kereta untuk ke mana-mana termasuklah ke lokasi penggambaran drama atau filem tanpa bantuan sesiapa.

Jelas Pak Hamid, dia pernah memandu ke Perak dan Kedah seorang diri untuk ke lokasi penggambaran kerana enggan menyusahkan sesiapa termasuk anak-anaknya.

"Alhamdulillah masih boleh memandu dan mata pun tiada masalah jika terpaksa bawa kereta pada waktu malam, senang tidak payah menyusahkan sesiapa untuk ke mana-mana.

"Memandu juga sebagai salah satu cara untuk kita kekal aktif dan sentiasa bergerak," jelasnya.

Pak Hamid masih menerima banyak tawaran berlakon.

Sementara itu, Pak Hamid berkata, dia bersyukur pada usianya sekarang masih ada pengarah dan penerbit yang mempercayai bakat lakonannya dan terus menawarkannya peranan dalam drama atau filem terbitan mereka.

Jelas Pak Hamid, menerusi duit lakonan yang diperolehinya ia dapat digunakan untuk membeli ubat atau pun digunakan pada waktu-waktu kecemasan.

"Selagi kudrat terdaya saya akan terus berlakon seperti biasa dan Alhamdulillah tawaran itu sentiasa ada," katanya.

Pak Hamid pernah terkenal dengan filem Sikit Punya Gila pada tahun 1982 gandingan bersama Dharma Harun Al-Rashid dan Ragam Pemandu (1989) bersama Aznah Hamid.

Pada sekitar tahun 1970-an juga, dia pernah menerbitkan album sketsa lawak jenaka bersama rakan duetnya, Datuk Jamali Shadat dan menghasilkan beberapa buah album seperti Manaku Tada Mengaku, Dodol dan Ujian Memandu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Hessa 24-7-2014 09:04 AM
tahniah pak hamid...anda berjaya membuktikannya..
mmg makanan punca segala penyakit...
Quote blackred99 24-7-2014 09:18 AM
sihat lagi pak hamid.
Quote pichee 24-7-2014 09:21 AM
kagum ngn pak hamid..
Quote Yoongie 24-7-2014 09:23 AM
berdisiplin sungguh pak hamid.
Quote katakau 24-7-2014 09:23 AM
alhamdulillah..
Quote azman888 24-7-2014 09:25 AM
semoga di panjangkan umur pak mid...
Quote mangkok 24-7-2014 09:25 AM
Tahniah dam alhamdulillah
Quote freezyout 24-7-2014 09:29 AM
Baguss Pak hamid... jaga kesihatan..
Quote tomet05 24-7-2014 09:58 AM
alhamdulillah Allah panjangkan usia ..
Quote PakarSantau 24-7-2014 10:05 AM
Manusia yang mati pada usia lanjut tanpa sebarang penyakit selain penyakit tua adalah manusia yang hebat dan harus disanjung tinggi.
Quote addicted_girls 24-7-2014 10:08 AM
selalu nampak die kat andalas..rumah die kot kat situ..
Quote bambimo 24-7-2014 10:09 AM
alhamdullillah,
panjang umur dia, dikurniakan kesihatan untuk beribadat....
Quote senahsanasini 24-7-2014 10:13 AM
Alhamdulillah...
Quote boyagombak 24-7-2014 10:15 AM
Pak Hamid Gurkha, walaupun bukan asal Gurkha
Dulu dia pernah jadi sojar, so mungkin orang gelar dia askar Gurkha
Quote solstice 24-7-2014 10:17 AM
wow
81 tahun masih sihat
Quote ana_w_houb 24-7-2014 10:24 AM
epic la pakcik ni

dulu2 tahun 90-an selalu nampak dia naik moto hantar cucu gi sekolah kat kg jawa

Quote CokLatCadBury 24-7-2014 10:27 AM
boyagombak posted on 24-7-2014 10:15 AM
Pak Hamid Gurkha, walaupun bukan asal Gurkha
Dulu dia pernah jadi sojar, so mungkin orang gelar dia ...

dia jadi sojar tahun 50an dulu, time tu mmg ada askar gurkha berkhidmat dgn tentera british, oleh kerana muka nya ada iras gurkha, org gelar dia hamid gurkha

Quote SirihPinang 24-7-2014 10:34 AM
wahhh..salute ah!
Quote kokocrunch 24-7-2014 10:44 AM
bagus pak hamid pandai jaga kesihatan..

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.061433 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top