CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MH17 DNA 45 keluarga mangsa sudah diambil

25-7-2014 10:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3406| Komen: 0

Description: Dalam Pada Itu, Subramaniam Berkata, Sebanyak Enam Pasukan Kesihatan Telah Diaktifkan Untuk Bersiap Sedia Dalam Pengurusan Pelepasan Kesihatan Di Pintu Masuk Bagi Kemasukan Jenazah Mangsa Kejadian.
DNA 45 keluarga mangsa sudah diambil

KUALA LUMPUR 24 Julai - Kementerian Kesihatan sehingga kini telah mengumpul sampel asid deoksiribonukliek (DNA) daripada 45 keluarga yang mempunyai pertalian dengan mangsa tragedi pesawat MH17.


Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, proses pengumpulan dan pengambilan sampel DNA masih dijalankan ke atas dua lagi keluarga.

"Dimaklumkan oleh pihak Malaysia Airlines (MAS), terdapat 43 mangsa kejadian yang mempunyai pertalian keluarga di Malaysia.

"Namun terdapat mangsa yang menetap di luar negara tetapi mempunyai pertalian keluarga di Malaysia menjadikan jumlah keluarga yang akan dijalankan pengumpulan data ante mortem Identifikasi Mangsa Bencana (DVI) dan juga pengambilan sampel DNA adalah sebanyak 47," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Subramaniam berkata, sampel DNA yang diambil adalah dari ahli keluarga yang mempunyai pertalian darah dengan mangsa seperti ibu bapa, anak atau adik-beradik.


Katanya, sebanyak 16 pasukan petugas forensik Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kimia dengan bantuan MAS telah diaktifkan untuk menjalankan pengumpulan data ante mortem DVI dan pengambilan sampel DNA itu untuk ujian pemprofilan.

"Seterusnya, data itu perlu dipadankan dengan data post mortem yang akan dijalankan di Belanda untuk proses penentuan identiti mangsa," katanya.

Dalam pada itu, Subramaniam berkata, sebanyak enam pasukan kesihatan telah diaktifkan untuk bersiap sedia dalam pengurusan pelepasan kesihatan di pintu masuk bagi kemasukan jenazah mangsa kejadian.


Katanya, melalui Pusat Persediaan Krisis dan Respon (CPRC), kementerian secara berterusan menyelaras dan memantau aktiviti kesiapsiagaan dan respon dalam menghadapi insiden MH17.

Dalam perkembangan sama, Subramaniam berkata, seramai 22 anggota kementerian itu dan Kementerian Pertahanan telah dihantar ke Kharkiv, Ukraine untuk membantu proses pengurusan aktiviti DVI pada 18 Julai lalu.

Katanya, sejak kelmarin, pasukan petugas forensik telah memulakan pelaksanaan prosedur pengumpulan data ante mortem dan pengambilan sampel DNA daripada anggota keluarga.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=818810&extra=&page=81
15

Bagus
22

Marah
11

Terkejut
18

Sedih
25

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.035051 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top