Gambar perkahwinan artis lelaki tersebut bersama isterinya.. Kehidupan dalam dunia realiti ini kadangkala macam drama TV. Kadang-kadang kita rasa kejadian yang berlaku tidak ubah seperti plot lakonan tetapi itu hakikat sebenar. SS bercakap begini kerana mendengar satu kisah membabitkan seorang artis yang tidak kurang popularnya. Kata teman baiknya, artis lelaki itu berkahwin tidak lama dulu sebab mahu rebut harta mentuanya yang kaya-raya. Dengan erti kata lain, artis lelaki itu akui dia bukannya berkahwin sebab mencintai isterinya itu, sebaliknya kelabu mata dengan kekayaan keluarga wanita itu. Itu perangai seorang mata duitan yang hanya mahukan kemewahan atas tiket perkahwinan. Patutlah SS tengok ketika bercinta lagi artis itu yang popularitinya hanya suam-suam kuku nampak begitu hebat dengan kereta besar dan asyik bergaya dengan barangan berjenama. Lepas kahwin lagilah. Perkahwinan mereka juga meriah dan mewah kerana mendakwa mentua sanggup berhabis menaja. Namun kata orang kalau tidak ikhlas dan suka mengambil kesempatan, sukar untuk kita mempertahankan sesuatu itu dengan lama. Perkahwinan artis itu kini mula bergolak dan sikapnya sudah terbongkar pada pengetahuan isteri dan mentuanya. Memang remuk hati mereka dan menyesal dengan perangainya yang mata duitan dan gilakan harta. Begitulah kalau dari awal lagi meluahkan niat yang tidak ikhlas terhadap perkahwinan sedang–kan perkahwinan itu bukan perkara main-main. Jadi tidak hairanlah ada perkahwinan artis itu tidak kekal lama dek kes menyedihkan seperti ini.
|
mogey posted on 15-7-2014 08:11 AM
Saya terbayang marketing director tudung fareeda saja
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
26-4-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.058747 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.