CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hujan Ais Di Sabah

11-8-2014 03:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7274| Komen: 25

Description: Kejadian Yang Berlaku Lebih Kurang Jam 3.30 Petang Yang Bertempat Di Kampung Timbou Itu Menyebabkan Sebilangan Penduduk Menghentikan Kerja Seharian Demi Menyaksikan Kejadian Yang Jarang Berlaku Itu.
Hujan ais di Sabah gemparkan penduduk




Kejadian fenomena hujan ais yang berlaku kelmarin, Ahad, di Tambunan, Sabah telah menggemparkan penduduk di sana.

Kejadian yang berlaku lebih kurang jam 3.30 petang yang bertempat di Kampung Timbou itu menyebabkan sebilangan penduduk menghentikan kerja seharian demi menyaksikan kejadian yang jarang berlaku itu.

Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau berada di dalam rumah ketika kejadian tersebut.

Pada mulanya, beliau mendengar bunyi hujan. Tetapi lama-kelamaan, ia menjadi sangat bising dan bumbung zink rumah kedengaran seperti dilontar dengan banyak batu.

Apabila beliau keluar dari rumah, beliau kemudiannya mendapati terdapat ketulan-ketulan ais yang jatuh daripada langit.

Dia sedar bahawa, punca bunyi bising tersebut adalah hujan ais batu, iaitu fenomena yang jarang sekali berlaku.

“Suhu ketika itu menjadi sangat sejuk. Tapi kejadian itu berlaku tidak lama,” katanya.

Kejadian ini berjaya dirakamkan melalui gambar serta video dan kini dikongsikan secara meluas menerusi laman sosial.

Difahamkan bahawa, fenomena hujan ais di Tambunan dan Keningau juga pernah berlaku lama dahulu sebelum ini.

Yang terakhir pernah dilaporkan berlaku di negeri ini adalah pada tahun 2007 dahulu di daerah Penampang.

Kejadian seumpama ini turut pernah dilaporkan berlaku di Selangor, Kuala lumpur dan Jerantut, Pahang pada tahun 2009 dan 2011 dahulu.
Manakala negeri jiran Singapura turut mengalami fenomena ini pada tahun 2013.

Hujan air batu terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5mm hingga 50mm yang hanya boleh terbentuk dari awan kumulonimbus (awan petir).

Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara subtropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan Khatulistiwa. Namun ia adalah sesuatu yang jarang berlaku.                                                               


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mattzzx 11-8-2014 01:30 PM
Akibat perubahan cuaca yang tak menentu sekarang ni...
Quote hungryhenry 11-8-2014 01:34 PM
global warming indeed
Quote highcastle 11-8-2014 01:34 PM
Apa barang, kat Johor hujan salji weiii !!!!!!!!!!!!
Quote drivethru 11-8-2014 01:36 PM
Kat johor pun ade gak hujan ais semalam. Kalo ddk rmh kampung atap zink, mesti bunyi bising bila ais jatuh atas zink.
Quote nuryakmal 11-8-2014 01:38 PM
sekarang tengah super typhoon halong.. maybe aftermath sedikit sebanyal dari itu barangkali...
Quote Cik_Andak 11-8-2014 01:41 PM
Bahaya nih..boleh benjol kepala kena hujan...
Quote zainmahmud 11-8-2014 01:52 PM
Hujan batu ni kira normal di kl sekitar 70an dulu.
Quote Gnot 11-8-2014 02:10 PM
"hari lepas esok" sudah datang...?!!
Quote blinkazwa 11-8-2014 02:14 PM
Huh.. baru jer tengok Into The Storm..
memula ujan ais.. besor2 gitu la..
pastu datang tornado..
ok ini pengaruh filem...
Quote ainie_1008 11-8-2014 02:21 PM
pnah merasa skali je hujan ais. time sek dulu. smua siap kuar klas dan mkn ais tue. tp bukan kutip atas jln lah. dulu aisnya blh dimakn, skrg jgnlah. blh mati rasanya.
Quote Simunggu 11-8-2014 02:25 PM
ini petanda zionest akan kalah....McD akan digantikan....
Quote clarizsa 11-8-2014 02:26 PM
pnah tgk live kt ganu... umah kg tgh utan, sejuk, ketung ketang bunyi atap zink....

bahaya ais ni boleh retak cermin kete...
Quote AbukRokok 11-8-2014 02:27 PM
hungryhenry posted on 11-8-2014 01:34 PM
global warming indeed

saya xrasa sebab global warming
menurut komen seorang di facebook yg mendapat byk like yang menyalahkan malaya sambil merepek repek out of context
Quote AbukRokok 11-8-2014 02:28 PM
i rasa mungkin side effect pembenihan awan
Quote AbukRokok 11-8-2014 02:29 PM
highcastle posted on 11-8-2014 01:34 PM
Apa barang, kat Johor hujan salji weiii !!!!!!!!!!!!

yeke? nak gi main ski lah hjung minggu ni kat sana
Quote AbukRokok 11-8-2014 02:30 PM
Penang dah hujan salji ke blom @cmf_herrhughie  
rugilah penang xrasa.....
Quote highcastle 11-8-2014 02:30 PM
AbukRokok posted on 11-8-2014 02:29 PM
yeke? nak gi main ski lah hjung minggu ni kat sana

ajak peYno sekali..........
Quote penyo 11-8-2014 02:32 PM
Ingat hujan Syabu tadi
Quote hungryhenry 11-8-2014 02:42 PM
AbukRokok posted on 11-8-2014 02:27 PM
saya xrasa sebab global warming
menurut komen seorang di facebook yg mendapat byk like yang menya ...

mohon tepek komen meroyan itu

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.140371 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top