CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

Naza Italia Bantu Tingkat Jualan Maserati Di Rantau Asia Tenggara Dan Pasifik

12-8-2014 10:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4840| Komen: 5

Description: Pengerusi Eksekutif Bersama Naza Group, Datuk Wira Sm Faisal Sm Nasimuddin, Berkata, Syarikat Itu Berbangga Dapat Menyumbang Kepada Pertumbuhan Cemerlang Separuh Pertama Maserati Di Rantau Ini.
 Naza Italia Bantu Tingkat Jualan Maserati Di Rantau Asia Tenggara Dan Pasifik


KUALA LUMPUR: Jualan Maserati di rantau Asia Tenggara dan Pasifik dalam enam bulan pertama 2014 berkembang 214 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, pengedar eksklusifnya, Naza Italia Sdn Bhd, berkata, Malaysia menyumbangkan 144 peratus pertumbuhan domestik dalam tempoh berkenaan.

NAZA Italia berkata, peningkatan jualan itu sebahagian besarnya disebabkan pengenalan model baharu Maserati Quattroporte dan Ghibli.

Pengerusi Eksekutif Bersama Naza Group, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin, berkata, syarikat itu berbangga dapat menyumbang kepada pertumbuhan cemerlang separuh pertama Maserati di rantau ini.

"Kami akan terus melabur dalam jenama ini dalam usaha mendapatkan pelanggan baharu serta meningkatkan pengalaman pemilik Maserati yang sedia ada.

"Kami juga mempunyai pelbagai rancangan untuk menambah baik kemudahan kami sejajar dengan dedikasi kami untuk menawarkan perkhidmatan serta produk paling berkualiti kepada pelanggan," katanya.
   


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mattzzx 9-8-2014 12:50 PM
Hanya golongan tertentu sahaja yang mampu memilikinyaa...
Quote aufa 10-8-2014 08:47 PM
Hanya jutawan yg mampu...
Quote adlii 13-8-2014 04:39 PM
sekali rosak mau berpuluh puluh ribu RM
Quote derihje 17-8-2014 02:46 PM
adlii posted on 13-8-2014 04:39 PM
sekali rosak mau berpuluh puluh ribu RM

Ferrari pun sekali major service kena 30k ,inikan maserati ,tak rosak lagi tu,baru service

kesimpulan, kalau nak pakai kereta macam ini, sekurang-kurangnya anda harus mempunyai income yang sangat besar, hartanah yg banyak, atau cash money berbelas atau berpuluh juta
Quote deanswify 18-8-2014 04:00 PM
cantiknya kreta ni!

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.054160 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top