CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Kota Purba Pasca Banjir Besar ?

15-8-2014 05:43 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10403| Komen: 10

Description: Andrew Collins Dalam Bukunya Gobekli Tepe: Genesis Of The Gods Menceritakan, Selama Hampir 20 Tahun Penelitiannya Tentang Asal-Usul Revolusi Neolitik Dan Hubungan Gobekli Tepe Dengan Tradisi Ibrani Me ...
Göbekli Tepe : KOTA PURBA PASCA BANJIR BESAR ?

Göbekli Tepe  yang terletak 15 km sebelah timur laut kota Şanlıurfa (Urfa) di Turki tenggara. Kota ini bila di buat kajian lanjut, ianya bukan sebarangan kota, akan tetapi suatu tempat keagamaan tertua di dunia.

Andrew Collins dalam bukunya Gobekli Tepe: Genesis Of The Gods menceritakan, selama hampir 20 tahun penelitiannya tentang asal-usul revolusi Neolitik dan hubungan Gobekli Tepe dengan tradisi Ibrani mengenai lokasi  SYURGA DUNIA yang berkaitan dengan penurunan Adam dan Hawa (secara teorinya, di katakan syurga Adam Hawa itu terletak di bumi bukannya dari langit).

Walaubagaimanapun, kota ini lebih kepada kota selepas pasca banjir besar zaman Nabi Nuh yang berkemungkinan berlaku sekitar 12000 tahun lalu. Ini kerana ukiran pada relik kota ini kebanyakkannya bersimbol haiwan dan ada sesetengahnya mengambarkan haiwan yang pelik kemungkinan telah pupus.

Tapi, yang menjadi misteri, siapa yang membina peradaban ini. Ada teori mengatakan bahawa, sekitar 12900 tahun lalu, telah jatuh asteroid di bumi dan menghapuskan banyak manusia dan haiwan. Kemudian, berlaku pencairan ais di kutub utara dan selatan lantas menyebabkan dunia mengalami banjir besar.

Kota ini di bina oleh sisa-sisa manusia yang hidup dan terselamat dari bencana itu. Dari itu, haiwan kelihatan lebih banyak dari manusia. Maka, mereka simbolkan haiwan sebagai ingatan mereka pada peristiwa itu. Pengkaji juga berpendapat, kota ibadah ini di bina oleh segolongan petani dan peternak. Ini kerana, selepas pasca banjir, mereka boleh survive dengan haiwan ternakan itu.

Jadi, andai teori ini benar, apakah Gobekli tepe ini salah satu kota yang di dirikan tidak lama selepas kisah banjir besar Nabi Noh. Andai benar, maka adakah Gunung Ararat yang di katakan tempat tersadainya Bahtera Noh berlaku di situ.

Apapun teori yang ada, Gobekli tepe adalah salah satu bukti bahawa kisah dalam kitab itu benar. Berikut adalah gambar sekitar tapak kajian Gobekli Tepe, Turki.


















Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azredclaw66 3-7-2014 02:07 PM
Allah hu Akbar! Maha Agung Ya Allah!
Quote sigila 6-7-2014 03:58 AM
Naper x famous mcm piramid kat mesir
Quote magpie5672 10-7-2014 11:15 PM
Lagi lagi..
Quote Kamj1969 1-7-2015 12:00 AM
Assalamualaikum
InsyaAllah zaman Nabi Nuh telah dijumpai. Bahtera Nabi Nuh mengikut Quran mendarat di gunung Judi yang berhampiran dengan gobekli tepe. Zaman ini juga menyaksikan perubahan cuaca yang mendadak yang kini scientist mengesahkan disebabkan oleh impak comet atau asteroid kekawasan America utara berhampiran Quebec yang mencairkan ais dan menyebabkan global climate change yang mendadak. Mega flood juga di sahkan oleh scientist juga. Allah itu Maha kaya. These are signs for those who think.
Quote ridz09 14-7-2015 10:20 AM
Kamj1969 replied at 1-7-2015 12:00 AM
Assalamualaikum
InsyaAllah zaman Nabi Nuh telah dijumpai. Bahtera Nabi Nuh mengikut Quran mendarat ...

Waalaikumsalam....

macam menarik jea, ceritalah lagi...
Quote jessica.f 28-8-2016 06:43 AM
Wow menarik

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.244795 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top