CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Justin Bieber Bersalah Memandu Secara Cuai

18-8-2014 09:49 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4957| Komen: 5

Description: Selain Terpaksa Menjalani 12 Jam Kursus Berkenaan, Bieber Juga Bersetuju Untuk Membuat Sumbangan Amal Iaitu Sebanyak As$50,000 Dolar (Rm150,000).
Justin Bieber
   
   
WASHINTON: Bintang pop Justin Bieber pada Rabu mengaku bersalah kerana memandu secara cuai dalam satu kejadian yang berlaku di Florida dan dihukum menjalani kelas mengawal perasaan marah.

Ketika kes berkenaan didengar di sebuah mahkamah di Miami, artis yang berasal dari Kanada itu melalui peguamnya bersetuju dengan keputusan bekenaan selepas mahkamah menukar pertuduhan dengan mengenakan kesalahan ringan terhadapnya.

Selain terpaksa menjalani 12 jam kursus berkenaan, Bieber juga bersetuju untuk membuat sumbangan amal iaitu sebanyak AS$50,000 dolar (RM150,000).

“Kes Bieber ini telah selesai,” kata peguamnya, Howard Srebnick sambil menambah pihaknya berasa lega dengan keputusan itu.

Bieber ditangkap selepas didakwa melakukan perlumbaan menggunakan kereta Lamborghini bersama rakannya Khalil Sharieff selain dikatakan mengeluarkan perkataan lucah semasa ditahan.

Polis turut berkata, pemuda berusia 20 tahun itu mengaku salah menghisap ganja selain mengambil sejenuis dadah lain.

Bieber sebelum ini sudah beberapa kali melakukan kesalahan yang menyalahi undang-undang termasuklah membaling bom telur ke rumah jirannya.

Bagi kesalahan itu dia dihukum denda melaksankan khidmat masyarakat, menyertai program pengurasan amarah dan membayar semula ganti rugi kepada pemilik rumah berkenaan sebanyak AS$80,000 dolar (RM240,000) untuk kos baik pulih.

Selain kes berkenaan, terdapat satu lagi kes yang masih dalam perbicaraan iaitu tuduhan beliau diserang pemandu sebuah limosin di Kanada.

3

Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aufa 15-8-2014 12:53 PM
Dah besar budak ini
Quote akulah7E 18-8-2014 02:30 AM
aku masih tak faham kenapa ramai wanita gila pada justin bibir neh
Quote manjalara_01 18-8-2014 07:19 PM
testing
Quote LuLu^Lost 19-8-2014 12:34 PM
aku pun xpaham...kenapa justin suka kerut2 dahi?
Quote amirgo 2-9-2014 09:29 PM
Budak yg bermasalah

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.055972 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top