CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Alyah Tertekan, Ramli Kunci Mulut

19-8-2014 04:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 117318| Komen: 995

Description: Ditanya Apakah Beliau Tertekan Kerana Empunya Diri Saja Yang Asyik Bertalu-Talu Diajukan Persoalan Ini Sedangkan Ramli Terus Mengunci Mulut Penyanyi Lagu Kisah Hati Dan Tak Mungkin Kerna Sayang Itu Ti ...
Alyah tertekan, Ramli kunci mulut


KUALA LUMPUR: Teka teki mengenai status sebenar penyanyi Alyah yang kononnya sudah bergelar isteri kepada konduktor muzik terkenal, Datuk Ramli MS terus menjadi tanda tanya. Malah yang terus-terusan menjadi sasaran media ialah Alyah sendiri sedangkan Ramli seperti biasa tetap mendiamkan diri.

"Saya tak pernah secara spesifik cakap akan umumkan semua ini selepas raya. Ia boleh jadi hujung tahun atau awal tahun," katanya.


Ditanya apakah beliau tertekan kerana empunya diri saja yang asyik bertalu-talu diajukan persoalan ini sedangkan Ramli terus mengunci mulut penyanyi lagu Kisah Hati dan Tak Mungkin Kerna Sayang itu tidak menafikan sesekali terbit rasa tertekan.

"Yang difokus selalunya pada pihak saya dan orang tak berani tanya pihak lagi satu. Nampak macam saya yang terhegeh-hegeh pula. Di mana saya nak letak maruah saya sebagai seorang wanita. Saya agak tergugat dengan hal ini. Cuma saya tak pernah putus memanjangkan doa supaya isu tergantung ini akan berakhir dengan penjelasan nyata. Ia jadi susah apabila satu pihak lagi okay dan satu lagi sebaliknya. Jadi di pihak saya, nak cakap pun susah.

"Jadi apa yang selalu keluar di media sosial mahupun cetak, atau yang sering dikomen orang tempiasnya tetap pada saya. Ada yang cakap kenapa perlu berkawan dengan dia, tapi tak berani nak mengaku. Bayangkan apa yang saya tanggung dan lalui ini. Dalam hati sering tertanya-tanya, dugaan apakah ini? Saya sendiri pernah terdetik, susahnya nak cari kebahagiaan sebagai seorang wanita.

"Bukan tiada yang memberi sokongan, tapi saya memohon pengertian daripada kawan, peminat dan rakan media juga orang di luar sana. Kalau dapat ditunjukkan semua ini seperti semudah melafaz A, B, C... memang senang hidup. Tapi saya tak mampu berbuat demikian dan hanya tabah melaluinya. Saat ini sokongan daripada mereka yang memahami amat dihargai," katanya.

Bagi Alyah, beliau di pihak perempuan tidak boleh berbuat apa-apa selagi pihak lagi satu tidak mengambil langkah. Malah ketika ini, tiada lelaki lain yang dikaitkan dengan beliau. Hanya Ramli saja yang sering dikaitkan dengannya.

"Kalau saya lelaki barangkali senang untuk memutuskan itu dan ini. Hakikatnya saya hanya seorang wanita. Tapi itu tak bererti saya menyalahkan takdir dilahirkan sebagai wanita. Saya memang tiada pilihan lain selain terus berdiam diri. Saya perlu jaga maruah keluarga. Saya sudah lali dengan semua ini. Saya telan apa saja orang kata," katanya.

Alyah sebelum ini pernah berkata beliau tidak kisah dengan apa saja tanggapan khalayak mengenai hal yang menyelubungi hidupnya itu.
"Terpulang jika ada yang anggap saya sudah kahwin. Selama ini pun, saya tidak pernah mengaku atau menafikan persoalan yang sentiasa berlegar dalam fikiran ramai.

Ramai yang mengharapkan jawapan pasti, tetapi itu tidak bermakna saya cuba lari daripada kenyataan hidup.

"Saya memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu nanti pada kemudian hari ia jadi bertambah buruk. Selama saya memulakan kerjaya, sudah terlalu banyak perkara buruk yang dilalui. Saya mengambil masa yang lama untuk menyerlah dan berada pada kedudukan sekarang. Jadi, banyak benda yang saya belajar sekali gus berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan lalu.

"Saya berharap semua memahami situasi yang saya lalui. Insya-Allah apabila tiba masanya, semua yang terbuku tanpa perlu dipaksa akan dihuraikan dengan kerelaan. Saya memohon pengertian sepanjang tempoh penantian itu," katanya.

Menurut Alyah, beliau memberitahu sekiranya sampai waktu, kesemua persoalan akan terungkai.

1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blackred99 19-8-2014 10:10 AM
pening aku.
Quote mongoose_kidz 19-8-2014 10:13 AM
kesian dia...mcm tersepit je
sabar ye alyah..aku suke suara dia
sedap
Quote harkktuih 19-8-2014 10:14 AM
wartawan takut tanya ramli ms kah?
Quote edoraixora 19-8-2014 10:16 AM
Ape la yg ramli susah sgt nk mengaku
Kalo dh kawen ckap je lh dh kawen
Quote azie.dz 19-8-2014 10:17 AM
so sebenarnya dah kawin ker belum...

jenuh nak baca ayat panjang2 ni..ekekekekekekeke
Quote mixed 19-8-2014 10:18 AM
bkn wartawan jah takut nk tanya RMS

@Syd pn sama takut nk tanya bg pihak forum cari
Quote ira_229 19-8-2014 10:23 AM
agaknya mmg dah kahwin..disebabkan keras kepala pokcik romli jadi terpaksa alya follow the flow..tapi dari statement mmg terkias...susah sangat ke pokcik mengaku dah kawin dengan alya..btw cantiknya penampilan alya mcm class gitu dibanding tudung freda...
Quote SweetShera 19-8-2014 10:29 AM
klu belum kawen mesti dia cakap belum kawen..ni sesuatu nih...tapi belum dapat green light dari Pak Dato tu sengap seribu bahasa tu..tertekan ..tapi pasangan ni sangat la sesuai...alyah pun cantik sgt..i looikee.. Last edited by SweetShera on 19-8-2014 10:33 AM

Quote duquesne 19-8-2014 10:31 AM
Setau aku Ramli ni single tapi divorcee la.. ada anak 2 kalau tak silap.. in other words bukannya laki orang yang susah sangat nak mengaku nikah ke tak dengan Alyaa ni..

Yang lagi satu si Alyaa ni kasi statement macam kasi puzzle, tak payah ler.. dok diam saja.. kata no komen.. kata "saya lebih senang bercerita soal karier dari peribadi" .. macam sesetengah retis tu.. kan kan kannnnnn
Quote ayam_penyet 19-8-2014 10:31 AM
aku rasa mmg dh kawen.. sbbnya aritu ad ustaz dtg dkt opis aku bg talk ckp si ramli ms ni ada col suh nikahkan dia dlm bulan pose aritu.. tp dia xnk nikahkan org dlm bulan pose.. jd mmg betoi la kot skang dh kawen.. tp ustaz tu xde la plak ckp bakal pengantin pmpuannya sape..
Quote zahralisa 19-8-2014 10:32 AM
lorr..siannye la jd public figure ni..tp lagu baru dia cam best je
Quote SweetShera 19-8-2014 10:34 AM
klu mengaku kenapa?...ada terjejas kat mana mana ka
Quote prettyuglybabe 19-8-2014 10:36 AM
nak sorok, sorok la..
jangan sampai perut boncit keluar baby baru nak ngaku dah nikah..
konon tak nak orang mengata baby
Quote tentera_laut 19-8-2014 10:37 AM
rasa dah kawen.. takde penafian dari 2 2 pihak
Quote jlo 19-8-2014 10:39 AM
susah nau nak ngaku ramli ni..wartawan pun pi la tanya kan
Quote edoraixora 19-8-2014 10:39 AM
Stress alyah dibuatnye
Tpi nk wat cemane, itu lelaki yg dicintai
Tpakse la ikut
Quote fairiza 19-8-2014 10:40 AM
ayam_penyet posted on 19-8-2014 10:31 AM
aku rasa mmg dh kawen.. sbbnya aritu ad ustaz dtg dkt opis aku bg talk ckp si ramli ms ni ada col su ...

heran aku..apasai retis suka menor kawen bulan posa? bkn x digalakkan ke? even kawen dekat2 bulan posa pun x digalakkan kan?

Quote lazim 19-8-2014 10:40 AM
teruk betul la.

kalau betul dh kaweb pokcik xnk mngaku kesian alyah . terhina gitu. dinafikan.
Quote znuyul 19-8-2014 10:41 AM
aku rasa dorang dah kawen./

Lihat semua komen(995)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.074708 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top