Diana Johor Bakal Disaman? Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Aida dihampiri seorang rakan yang beria-ia benar bercerita tentang pelakon dan penerbit muda, Diana Johor. Katanya, si cantik ini khabarnya akan berhadapan dengan saman oleh krew produksi filem pertamanya, Rentap. Selain tidak menjaga kebajikan krew yang terlibat, ada juga yang tidak berpuas hati dengan Diana selaku penerbit yang gagal membayar wang gaji mereka. Nampaknya berat juga masalah yang dihadapi pihak Diana ini. Kalau benar bagai dikata tentunya pihak tersebut mempunyai sebab kukuh untuk meneruskan saman ke atas dia. Aida cuba mendapat komen Diana mengenai hal ini sebab tak mahu mendengar daripada cerita kurang sahih. Bagusnya, Diana melayan dan tidak menyembunyikan fakta sebenarnya. Hmmm, artis macam inilah yang kita hendak sokong sebab tak melarikan diri ketika ada masalah. Diana memilih untuk berterus terang, dia berani. Tidak menolak hakikat bahawa filem Rentap masih tertangguh, jelas Diana buat masa ini dia masih mencari masa yang sesuai untuk menyambung semula penggambarannya selepas sebulan ditangguhkan. “Diana bukan sengaja menangguhkan penggambaran filem tersebut sebaliknya ada sedikit masalah dalaman yang perlu ditangani terlebih dahulu," katanya. Berjanji akan meneruskan filem ini, dia berharap sepenuh sokongan daripada pelbagai pihak agar filemnya ini akan berjaya ditayangkan tidak lama lagi. “Saya tidak tahu pula soal saman itu, saya belum dengar. Saya harap semua faham keadaan saya, ada sebab mengapa saya berbuat demikian," katanya. Maklum sajalah, ini merupakan filem pertama guna duit Diana sendiri, jadi dia tidak mahu buat secara tangkap muat. Tambah pula ini filem epik, banyak hal yang perlu diberi perhatian serius. “Saya harap semua akan faham. Janji saya penggambaran filem ini akan disambung. Bila? Saya sendiri belum tahu memandangkan beberapa masalah dalaman perlu diselesaikan terlebih dahulu," katanya lagi. Bagi Aida, ini semua dugaan buat Diana yang semakin cantik dalam imej bertudung. Mungkin ada hikmah melalui kejadian ini yang akan membawa kejayaan kepada Diana nanti. Bersabarlah dan berdoalah banyak-banyak ya.
|
DhuraNaufa posted on 19-8-2014 02:01 AM
Aida dan artis sendu berpisah tiada. Haha
theBloggerboy posted on 19-8-2014 04:45 AM
tak silap dia ni bekas adik ipar jejai kan ? dia bekas isteri ramelle adik jejai
fossil posted on 19-8-2014 07:25 AM
Oh ye ke...nape dia tak pernah nampak kt rumah puan seri mcm bekas isteri jejai?...hubungan bekas ...
fossil posted on 19-8-2014 07:25 AM
Oh ye ke...nape dia tak pernah nampak kt rumah puan seri mcm bekas isteri jejai?...hubungan bekas ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-3-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.087477 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.