CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Insiden Lahad Datu Otak Dan Mata Kena Cungkil

20-8-2014 05:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13557| Komen: 84

Description: Pegawai Penyiasat, Inspektor Jamirin Kintai, Antara Anggota Pasukan Yang Bertanggungjawab Mengeluarkan Mayat Anggota Polis Berkenaan Dari Kampung Simunul, Semporna Pada 6.45 Petang Pada 3 Mac Tahun La ...
Enam anggota polis ditemui mati dalam keadaan ngeri

KOTA KINABALU 19 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, enam anggota polis yang terbunuh dalam serangan hendap di Semporna pada 2 Mac tahun lalu ditemui dalam keadaan mengerikan.


Pegawai Penyiasat, Inspektor Jamirin Kintai, antara anggota pasukan yang bertanggungjawab mengeluarkan mayat anggota polis berkenaan dari Kampung Simunul, Semporna pada 6.45 petang pada 3 Mac tahun lalu berkata, dua daripada mangsa telah dipenggal dan dicacatkan.



"Sarjan Baharin Hamid dicacatkan dengan otak dan mata kanan hilang daripada tengkorak dan terdapat kelaran pada mukanya.
"Leher Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran pula telah dipenggal dan terdapat luka pada badan, kulit dan dagingnya. Mukanya telah dikoyakkan dan hanya kelihatan tulang muka," katanya.

Jamirin juga memberitahu bahawa leher Lans Koperal Salam Togiran "hampir putus dengan kepalanya hanya melekat pada tubuhnya oleh beberapa inci kulit pada lehernya.
"Kesan kelaran terdapat pada kepala dan badan Sarjan Abdul Aziz Sakiran dan Supritendan Ibrahim Lebar, manakala Asisten Supriten-dan (ASP) Michael Padel mengalami kecederaan pada bahu dan dada," katanya.

Semasa pemeriksaan balas, Jamirin berkata, beliau mendapati insiden melibatkan enam anggota polis itu ada kaitan dengan pencerobohan oleh kumpulan lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pada Februari tahun lalu.

Sementara itu, Pegawai Cawang-an Khas Bukit Aman, Asisten Supritendan Mohamad Hasnal Jamil memberitahu, tiga daripada tertuduh telah dinamakan dalam pintasan komunikasi dilakukan di Bukit Aman dari 14 hingga 17 Februari tahun lalu berhubung pencerobohan di Lahad Datu.

Beliau mengenal pasti tertuduh berkenaan sebagai Salib Akhmad Emali, Julham Rashid dan Al Wazir Osman @ Abdul.

Katanya, lapan nombor telefon bimbit telah dipintas, dengan tiga nombor iaitu 019-5398122 digunakan Salib Akhmad; 012-8384472 digunakan Julham dan 014-6774272 digunakan individu dikenali sebagai 'Imam Tua' dan kemudiannya dikenal pasti sebagai Al Wazir, adalah paling aktif berkomunikasi dengan satu lagi nombor 014-2847213, digunakan oleh seseorang dikenali Raja Muda Agbimuddin.

"Bagaimana anda tahu nama-nama individu ini?" soal Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Wahab Mohamed.
Mohamad Hasnal: "Kami telah memantau komunikasi pengguna nombor berkenaan dan nama mereka disebut."

Pegawai Cawangan Khas itu memberitahu, beliau telah diarahkan oleh Allahyarham Ibrahim untuk menaiki penerbangan ke Lahad Datu pada 18 Februari tahun lalu untuk menjalankan tugas pengawasan terhadap tiga individu itu selama seminggu bermula 19 Februari.

Katanya, pada 25 Februari tahun lalu, beliau memberi taklimat kepada pegawai polis, Asisten Supritendan Noraidin Awang Maidin, di Balai Polis Tungku di Lahad Datu untuk menahan Salib Akhmad di Ladang Kelapa Sawit Abadi Emas di Tungku.

Pada 1 Mac tahun lalu, kata-nya, beliau memberikan maklumat berkaitan di Balai Polis Semporna untuk menahan Julham di Kampung Pangkalan Badai, Kunak dan Al Wazir di Semporna. 




1

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
2

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zach2008 20-8-2014 11:21 AM
Ngeri pulak nak baca sampai habis.
Quote mattzzx 20-8-2014 11:22 AM
Nape lah zalim sangat kepada mayat tu? Apa dosa mereka?
Quote olaoli 20-8-2014 11:28 AM
tak boleh imagine family mangsa baca laporan mcm ni. sungguh tak boleh imagine
Quote cmf_jeangrey 20-8-2014 11:29 AM
seharapnya mangsa dah x bernyawa sebelum diseksa...ngeri
Quote intanku 20-8-2014 11:30 AM
tanah melayu...kita tengah leka sekarang ni...lalai...musuh ada di mana mana....
semoga bumi bertuah ini dalam lindunganNYA...
Quote BotakChinPeng 20-8-2014 11:33 AM
Itu bangsa babu suka cacatkan mayat
Quote mommymonster82 20-8-2014 11:36 AM
Tak terkata... Ngeri...
Jahatnya korang
Quote AbukRokok 20-8-2014 11:38 AM
apa beza ISIS dengan pejuang sulu
so called pejuang
Quote babydoll 20-8-2014 11:39 AM
ya Allah! takutnya..camnela perasaan family diorng bila baca..aku yg baca pon rasa nk nangis.sedih dibuat mcm tu..
Quote mikasa 20-8-2014 11:39 AM
Macam kes nak balas dendam sebb geng dia kena bunuh .

Quote AbukRokok 20-8-2014 11:40 AM
isis buat kata bagus pdan muka kapir
sulu buat ganas jahat teruk bla bla bla


sian sulu
Quote tapibukanaku 20-8-2014 11:45 AM
babydoll posted on 20-8-2014 11:39 AM
ya Allah! takutnya..camnela perasaan family diorng bila baca..aku yg baca pon rasa nk nangis.sedih d ...

ingatkan hearsay je...rupa-rupanya betul...kejam nya lahaii
Quote shernazz 20-8-2014 11:47 AM
Jilaka punya sulu..kasi boikot wawa zainal
Quote haryatie 20-8-2014 11:48 AM
Ya Allah..
kenapa smpai camni sekali dia org buat...
kejamnyer..
Quote batmana 20-8-2014 11:59 AM
mattzzx posted on 20-8-2014 11:22 AM
Nape lah zalim sangat kepada mayat tu? Apa dosa mereka?

dorg nk buat musuh takut dgn dia.
biar semangat ilang cmtu.

tu yg derang buat gtu.

Quote namirulmukminin 20-8-2014 12:02 PM
mattzzx posted on 20-8-2014 11:22 AM
Nape lah zalim sangat kepada mayat tu? Apa dosa mereka?

Itu la balasan yang diterima setelah kita tolong puak2 Abu Sayaf dulu kononya atas dasar sedara segama.... Tahaluf Siyasi gak tu....
Quote JandaSedap 20-8-2014 12:03 PM
ganas sgt bangsa sulu ni kan
Quote supernaturalee 20-8-2014 12:07 PM
tapibukanaku posted on 20-8-2014 11:45 AM
ingatkan hearsay je...rupa-rupanya betul...kejam nya lahaii

tu la psl
dh story kt court ni
mesti ada gambar sekali tu sbg bukti

alfatihah buat semua anggota keselamatan kita yg terkorban kt sana

Quote fazzrules 20-8-2014 12:12 PM
pilak..what do u expect...mundu lagi tu...sedangkan org ngorat cewek suluk yg bukan dia punya gf pun dia boleh x puas hati x pasal2....

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.171847 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top