CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Hijrah Melly Goeslaw

21-8-2014 10:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5250| Komen: 8

Description: “Tidak Tahu Mengapa, Hati Saya Ketika Itu Agak Berat Dan Takut Memikirkan Adakah Selepas Berhijab Saya Masih Boleh Menyanyi Dan Bagaimana Pula Dengan Penerimaan Orang Lain Terhadap Penampilan Baru Sa ...



SEJAK
akhir-akhir ini, sudah banyak kali kita diperdengarkan dengan kisah penghijrahan golongan artis yang memilih untuk lebih mendekati agama Islam.
       
Perkara yang sama turut berlaku pada komposer popular Indonesia, Mellyana Goeslaw Hoed, 40 atau Melly Goeslaw yang turut mengambil keputusan besar dalam hidupnya untuk tampil berhijab.
       
“Sebenarnya hasrat mahu berhijab mula timbul sejak dua tahun lalu. Semuanya bermula setelah saya pulang dari menunaikan ibadah umrah buat kali pertama tiga tahun lalu.

“Tidak tahu mengapa, hati saya ketika itu agak berat dan takut memikirkan adakah selepas berhijab saya masih boleh menyanyi dan bagaimana pula dengan penerimaan orang lain terhadap penampilan baru saya.
       
“Sehinggalah tiga bulan lalu, selepas pulang dari umrah kali ke dua, saya nekad berhijab kerana terselit rasa malu dalam diri kerana sebelum ini saya tidak percaya dengan apa yang sudah digariskan oleh Allah,” jelasnya ketika di temui pada majlis sidang media telenovela eksklusif Astro Prima, Cinta Ibadah baru-baru ini.
       
Berkongsi lebih lanjut mengenai penghijrahannya, Melly yakin perubahan itu memang sudah tertulis buat dirinya.
       
“Saya benar-benar yakin dengan ketentuan-Nya. Bagaimana sekalipun keadaan saya, saya tidak perlu takut dengan masalah rezeki kerana ia memang sudah diatur oleh-Nya.
       
“Dari situlah bermulanya penghijrahan saya memakai hijab dan mudah-mudahan saya terus istiqamah,” ujarnya.


       

1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote changa=famri7 19-8-2014 01:41 AM
Belajar dari Rossa
       
        Bersyukur penghijrahannya diterima baik, isteri kepada penulis lagu, Anto Hoed ini memberitahu biarpun penampilannya kini berbeza, namun itu tidak bermakna seluruh kehidupannya turut berubah.
       
        “Saya masih sama seperti yang dulu dan dalam penghijrahan ini, saya tidak berubah secara drastik. Alhamdulillah, perubahan ini membuatkan saya lebih tenang.
       
        “Saya gembira kerana selain suami dan anak-anak, peminat dan teman-teman dapat menerima saya seadanya walaupun pada awalnya mereka agak kekok untuk mendekati saya,” katanya.
       
        Pada masa yang sama, Melly turut mendedahkan perubahannya itu juga turut didorong oleh insan yang berada di sekelilingnya.
       
        “Untuk berubah saya tidak meminta pandangan sesiapa kerana memang niat untuk berhijab sudah ada. Tambahan pula suami telah berhijrah terlebih dahulu. Jadi ia juga membuka hati saya.
       
        “Salah seorang yang mendorong saya dalam perubahan ini juga adalah Rossa. Dia gembira melihat perubahan saya dan dia juga berhasrat untuk segera menyusul,” katanya.
       
        Menyentuh mengenai imej terbaharunya, Melly tidak meletakkan hijab sebagai penghalang untuknya tampil bergaya dengan fesyen tersendiri.        “Dari segi fesyen bagi saya memang tidak ada masalah. Walaupun sudah berhijab saya masih selesa bereksperimen dengan gaya yang tersendiri.
       
        “Berhijab tidak menghalang saya untuk mencuba asalkan ia tidak melanggar batasan,” jawabnya.
       
       
        Hijrah dalam muzik
       
        Tidak hanya meletakkan penghijrahannya melalui imej penampilan, Melly juga berhasrat mahu menghasilkan muzik yang lebih bersesuaian dengan dirinya kini.
       
        “Setakat ini perjalanan karier muzik saya masih berjalan seperti biasa. Tapi untuk menghargai penampilan saya sekarang dan juga wanita-wanita Muslim yang lain, saya mahu hasilkan muzik yang lebih bersesuaian.
       
        “Kali ini juga saya perlu lebih berhati-hati dari segi penulisan lirik kerana sebelum ini saya juga terkenal dengan lirik yang agak ‘gila-gila’,” katanya sambil tertawa.
       
        Selain itu, pelantun ‘Cinta’ ini juga merancang untuk menghasilkan album dengan konsep yang bersesuaian.
       
        “Sekarang kami masih lagi dalam proses perbincangan untuk mencari konsep dan format yang lebih sesuai dengan penampilan saya dan pada masa yang sama muzik itu juga bertepatan dengan peredaran muzik sekarang.
       
        “Saya perlu fikirkan formula seperti apa yang boleh diterima oleh peminat yang usia dan juga anak remaja yang tidak mengenali saya,” bicaranya.
       
Quote changa=famri7 19-8-2014 01:42 AM
Cinta Ibadah

Beralih pada perkembangan terbaharunya, Melly turut terlibat dengan projek penghasilan telenovela pertama Astro, Cinta Ibadah dengan menghasilkan runut bunyi.

“Saya ditawarkan untuk terlibat dengan projek ini lebih kurang lima bulan lalu. Selepas baca sendiri skrip Cinta Ibadah, saya memang tertarik dengan jalan ceritanya. Saya tertarik dengan kekuasaan cinta yang sangat luar biasa dari seorang perempuan yang ditonjolkan dalam jalan cerita ini menjadikan ia drama yang berbeza.

“Jadi saya setuju hasilkan sebuah lagu khas untuk drama ini. Saya harap ia sedikit sebanyak membantu,” katanya.
Quote amyainsamad 19-8-2014 09:49 AM
bagusla....dia ni laki bini penuh tatu kt bdn kn
Quote cik_luna 19-8-2014 07:46 PM
baguslah
laki dia berhijrah sama x?
sbab laki dia memang serabut
Quote meya 20-8-2014 08:04 PM
cik_luna posted on 19-8-2014 07:46 PM
baguslah
laki dia berhijrah sama x?
sbab laki dia memang serabut

        “Untuk berubah saya tidak meminta pandangan sesiapa kerana memang niat untuk berhijab sudah ada. Tambahan pula suami telah berhijrah terlebih dahulu. Jadi ia juga membuka hati saya.
Quote nanacinta 21-8-2014 12:02 PM
bagusla...semoga tetap hati tu...
Quote Suchi 25-8-2014 09:24 AM
lagu melly best

buat byk2 lagi lagu religi yea
Quote chinta89 27-8-2014 02:37 PM
harap istiqamah.

jangan jd mcm marshanda..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.058586 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top