CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

MH17 - Jenazah Dora Shahila Kassim Tidak Dapat Pelepasan?

21-8-2014 11:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8453| Komen: 7

Description: Sebelum Ini, Ahli Keluarga Don Shahidan Dimaklumkan Oleh Mas Bahawa Jenazah Adiknya Itu Termasuk Dalam Kumpulan Pertama Jenazah Yang Akan Dibawa Pulang Ke Tanah Air.

MH17 - Jenazah Dora Shahila Kassim Tidak Dapat Pelepasan Pulang Jumaat Ini?



Jenazah ketua pramugari penerbangan MH17, Dora Shahila Kassim tidak akan termasuk di kalangan jenazah yang akan dibawa pulang dari Amsterdam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Jumaat ini.

Abang kepada mangsa, Don Shahidan Kassim berkata perkara itu disahkan oleh wakil MAS yang menghubungi beliau dan memaklumkan berita itu kepadanya pada pukul 6.24 petang Selasa.

“Wakil pengurusan MAS memberitahu kami sekeluarga bahawa mayat adik saya telah dikenal pasti tetapi tidak mendapat pelepasan pihak Belanda untuk dibawa pulang.

“Saya dimaklumkan bahawa jenazahnya tidak dapat dibawa pulang kerana dikatakan terdapat beberapa aspek penjenayahan terhadap mayatnya yang menyebabkan pihak berkuasa di Belanda tidak dapat memberikan pelepasan,” katanya kepada mStar Online, Selasa.


Sebelum ini, ahli keluarga Don Shahidan dimaklumkan oleh MAS bahawa jenazah adiknya itu termasuk dalam kumpulan pertama jenazah yang akan dibawa pulang ke tanah air.

Namun selepas itu beliau mendakwa tidak menerima sebarang panggilan untuk mereka terbang ke Amsterdam seperti yang diterima waris mangsa-mangsa lain atau maklumat lain bagi membolehkan ahli keluarganya melakukan persiapan menerima dan menguruskan jenazah sehinggalah beliau menerima panggilan pada hari ini (Selasa).

“Kami sekeluarga berasa lega dengan penjelasan ini tetapi sedih memikirkan jenazah yang masih tidak mendapat pelepasan.

“Sekarang kami hanya boleh berdoa supaya segala urusan dipermudahkan dan jenazah dapat dikebumikan dengan segera dan sempurna,” katanya.

Beliau berkata, wakil MAS yang menghubunginya juga telah meminta maaf kepada mereka sekeluarga di atas segala kesilapan yang telah berlaku sebelum ini.

“Wakil dari MAS akan memberikan pengesahan rasmi mengenai perkara ini esok (Rabu) ,” katanya.


Sehingga Selasa, sebanyak 28 daripada 43 mayat rakyat Malaysia telah dikenal pasti.


Foeum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=823218&extra=&page=9
17

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
8

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote anayeizra 25-8-2014 10:25 AM
sdih sgt tgk anak arwah... tabahkanlah hatimu sayang.. doa kan banyak banyak buat bondamu ye.
Quote muktafi 25-8-2014 01:10 AM
Ada tatoo kot kt badan so aspek penjenayahan
Quote JandaSedap 24-8-2014 04:27 PM
Alhamdulillah
Quote akificha 23-8-2014 06:58 PM
semoga dipermudahkan segala urusan..ada aspek penjenayahan la plak..apa citer tu?
Quote Knowlee 22-8-2014 07:24 PM
Alhamdulillah. dah selamat dikebumikan dah.
Quote Asdira 22-8-2014 03:51 PM
Alhamdulillah.
Jenazah arwah Dora dh slmt dikebumikan di tanah perkuburan bukit kiara.

Al fatihah
Quote Sanz80 22-8-2014 02:27 PM
aspek penjenayahan yg mcmana tu?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.054924 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top