CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MH17: Upacara bertafakur serentak di seluruh negara

21-8-2014 12:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2053| Komen: 0

Description: Untuk Liputan Media, Ahmad Shabery Berkata, Beberapa Lokasi Sudah Ditetapkan Di Beberapa Negeri.
MH17: Upacara bertafakur serentak di seluruh negara



PUTRAJAYA: Upacara bertafakur selama seminit sebagai penghormatan kepada mangsa tragedi MH17 pada upacara penerimaan jenazah rakyat Malaysia di KLIA Jumaat ini akan diadakan serentak di seluruh negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata semua pihak di seluruh negara perlu melakukannya secara bersama.

"Pemandu di jalan raya juga dikehendaki berhenti seketika bagi memberi penghormatan," katanya pada sidang media MH17 di sini, sebentar tadi.

Sehubungan itu, Ahmad Shabery mahu semua stesen radio yang bersiaran pada waktu pagi menyiarkan upacara penerimaan jenazah mangsa tragedi MH17 yang dijangka bermula pada jam 10 pagi, Jumaat ini.

"Kita juga sarankan semua stesen televisyen untuk tidak menyiarkan sebarang rancangan berunsur hiburan berat," katanya

Ahmad Shabery berkata, semua wakil rakyat juga dijemput hadir untuk sama-sama memberi penghormatan kepada jenazah.

"Bagi orang awam yang mahu menyaksikan upacara ketibaan jenazah, mereka boleh hadir dan berkumpul di luar Kompleks Bunga Raya," katanya. @siputsedut

Untuk liputan media, Ahmad Shabery berkata, beberapa lokasi sudah ditetapkan di beberapa negeri.

"Media boleh beri tumpuan di Jambatan Pulau Pinang, Bangunan Sultan Abdul Samad, KLIA dan klia2 serta CIQ Johor Bahru.

"Manakala lokasi untuk Sabah dan Sarawak akan diumumkan esok selepas mesyuarat Kabinet," katanya.

Beliau berkata, Hari Berkabung Kebangsaan ini adalah bagi menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia bersatu dalam menyambut ketibaan jenazah tragedi MH17.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=823218&extra=&page=8

2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.042692 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top