CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

David Teo Selar Stesen Radio Enggan Putar Lagu Kacang

22-8-2014 09:51 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12908| Komen: 82

Description: David Berkata, Lagu Yang Turut Menampilkan Penyanyi Fida Ibrahim, Zarul Dan Cat Farish Itu Hanya Dimainkan Selama Seminggu Di Beberapa Buah Stesen Radio Menerusi Segmen Lagu Baru Tempatan Dan Kemudian ...
David Teo Selar Stesen Radio Enggan Putar Lagu Nyanyiannya


PETALING JAYA: Penerbit filem Metrowealth International Group (MIG) David Teo berasa pelik apabila single lagu pertamanya berjudul Kacang tidak diterima baik oleh pihak stesen radio tempatan sedangkan ia mendapat sambutan di YouTube dengan jumlah lebih 112,000 tontonan.

David berkata, lagu yang turut menampilkan penyanyi Fida Ibrahim, Zarul dan Cat Farish itu hanya dimainkan selama seminggu di beberapa buah stesen radio menerusi segmen lagu baru tempatan dan kemudian ia tidak lagi ke udara.

"Mereka (pihak radio) menganggap lagu itu tidak mencapai piawaian seperti yang dikehendaki.

"Jika benarlah lagu saya itu biasa-biasa sahaja, tidak mungkin Kacang mendapat jumlah tontonan yang tinggi di YouTube, malah ia masih lagi ditonton sehingga kini. Malah liriknya juga sarat dengan mesej yang berguna buat masyarakat kita," katanya yang dihubungi mStar Online.

Tambah David, dia tidak terkilan pun dengan mana-mana stesen radio kerana menganggap Kacang sudah mencetuskan fenomena tersendiri walaupun hanya menerusi di YouTube sahaja.




David Teo

Bagaimanapun, David menyifatkan kebanyakan stesen radio di negara ini terlalu syok sendiri kerana memutarkan lagu-lagu yang diminati pihak stesen terbabit tanpa mengikut trend terkini di media sosial.

"Sebelum ini saya memberikan lagu Kacang kepada stesen radio untuk mereka jadikan ia sebagai eksklusif sebelum memuat naik klip video di YouTube. Malangnya ia hanya dimainkan untuk beberapa kali sahaja.

"Patutlah… baru saya faham mengapa ramai penggiat muzik berbakat hanya popular di laman sosial, tetapi tidak secara arus perdana.

"Sudah tiba masanya pihak radio mengubah format mereka mengikut cara media sosial yang lebih kemas kini berbanding cara mereka memilih lagu," tegasnya.

Sementara itu, David berkata, dia telah melaburkan sebanyak RM30,000 untuk lagu tersebut termasuklah kos pembikinan klip video bagi memberikan kualiti yang terbaik buat penonton yang menyaksikannya.

1

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurfariezza 22-8-2014 09:19 AM
lagu bod**  macam ni nk sruh pasang kt radio...pleasa la...
lg tension ak dok dlm kete...
Quote apiang 22-8-2014 09:31 AM
hahahahahhahaha kesian.
Quote tomet05 22-8-2014 09:34 AM
memag x bape kena arrgement lagu nih kan
Quote shiraloveyou 22-8-2014 09:35 AM
Tgk tajuk lagu pn x selera nk dgr
Quote budakmanentah 22-8-2014 09:43 AM
aku dgr tajuk lagu pon terasa hazabnya...inikan plk nak dgr lagu penuh...cukuplah dorg putarkan lagu coklat dato fakezely tu....bernanah telinga
Quote crazecousa 22-8-2014 09:56 AM
pi mampuih la hang cina mabuk... mau masat ka? hahhh hahhh
Quote mrak78 22-8-2014 09:58 AM
lagu kacang putih masuk kampung....
Quote xanderz 22-8-2014 10:01 AM
dia ingat tontonan 112k lebih tu semua tonton sampai abis kah???

atau 5 saat jer terus klik pangkah.. kira view jugak tu kannn
Quote suka2 22-8-2014 10:13 AM
sedap tak lagu ni. sapa dah dengar bg review la. kalau ok baru aku nak klik dengar
Quote fuzzyfuzzy 22-8-2014 10:18 AM
lagu macam batak je ada hati nak selar org tak mainkan lagu dia..
kalau aku dengar kt radio msti aku tutup radio...mcm ape je lagu...
syok sendiri betul la apek sekor ni...
Quote mylmor 22-8-2014 10:25 AM
aku suka tgk vc dia sebab kelakar tgk david teo ni dance ala2 kpop...hahahhahaha
Quote user2012 22-8-2014 10:42 AM
Masih xsedarkah heolls yg lagu itu hazab sgt?
Quote kenarihitam 22-8-2014 11:03 AM
nurfariezza posted on 22-8-2014 09:19 AM
lagu bod**  macam ni nk sruh pasang kt radio...pleasa la...
lg tension ak dok dlm kete...

Haahahaahhha...tau takpe..lagi naik blood pressure aku nnt
Quote cantthinkofany 22-8-2014 11:11 AM
hazab gilerzzz....
Quote kikuri 22-8-2014 11:18 AM
tayah la nak tambahkan lagi lagu-lagu hazab kat radio tu....
Quote batman_2007 22-8-2014 11:28 AM
Aku dgr 30 secs dpt kemurungan 30 hari.
Tobat menyesal dgr
Quote malaywood.NET 22-8-2014 11:33 AM
Lagu ni sesuai dinyanyikan budak budak tadika dan PRA di skol hari hari..
Quote adzzhahar 22-8-2014 11:34 AM
william hung malaysia.

she bangs she bangs
Quote DennisTrillo 22-8-2014 11:40 AM
perghhhhh....cam nk menari singa lakk dengar sajak david nihh lahhh.
dia nihh mmg suka mkn kacang kerr???

JOM KITA KAROK LAGU KACANG... YEAHHHHH!!!

Lirik lagu Kacang nyanyian David Teo

Yo mejar DT (yo!)
Nak rap tak (mau!)
Boleh ke? (Belum cuba belum tau)
Jom (Lets go)

Chorus:
Kacang
Sana sini kacang
Ada tiada kacang
Kanan kiri kacang kacang kacang
Bunyinya
Cakap memang kacang
Garang sangat kencang
Kacang kacang
Jangan sampai lupa kulit kacang

Boleh singgah singgah
Kalau nak tumpang tumpanglah
-- dapat terus blah blah
Biru --ku hitam --ku

Ku jalan terus tak payah belok belok
Kata muzik kawan aku
Tak ada olok olok
Semua elok disendal bantal peluk
Untuk ditatapi lu lupa akar umbi

Dua tiga kucing berlari
Mana sama kucing belang
Hari hari petik jari
Kang sudah jadi kacang

2nd Chorus:
Kacang kacang kacang
Lupa kulit kacang
Orang orang orang
Jangan banyak sembang

Kacang suka lupa kulit
Bila angkat kacang don't do it
Sebab melupakan memang kacang
Kekadang semua tu tak dirancang

Tapi kini semua benda nampak kacang
Bila petik jari belum tentu datang
Mana silapnya
Tolong kasi tahu

Apa yang ku tak tahu
Kau tahu? Ku tak tahu
Tahu?

Chorus

Sorong papan tarik papan
Gunung daik bercabang tiga
Bagi bonus bulan bulan
Filem tak putus dah tentu ada

2nd Chorus

Chorus

Kacang
Kacang
Kacang
Jangan sampai lupa
Kulit
Kacang

David mahu cerita
Bikin cereka
Bikin empire
Tak suka ada suka

Datang dipelawa
Pergi diketawa
David baik baik saja
Pintu masih dibuka

It's the capital CAT
Mejar DT
With FI ZA

Chorus

2nd Chorus

Yo!
Dalam dunia ini manyak kacang
Ada kacang panjang
Ada kacang pendek
Ada kacang kecik
Ada kacang besar
Ada kacang hijau
Kacang merah
Kacang putih
Kacang hitam
Ha-ha-ha
Tapi jangan sampai
(lupa kulit kacang)
Yo!

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.273780 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top