CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Pelakon Wanita Terbaik Ffm26 Mati Jatuh Bangunan!

22-8-2014 04:44 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18192| Komen: 55

Description: Beberapa Hari Lalu, Kalpana Telah Diumumkan Sebagai Satu-Satunya Pelakon Tamil Yang Bertanding Menerusi Filem Dhsurajanam Arahan M. Surya Di Samping Sharifah Amani, Diana Danielle, Ummi Nazeera Dan Li ...



KUALA LUMPUR, 21 OGOS  2014: Pelakon filem Tamil tempatan, Kalpana Sundraju, 44, telah ditemui maut akibat terjatuh dari apartmentnya di Seputeh, di sini, kira-kira jam 7.45 malam semalam.

Kalpana yang merupakan calon Top 5 bagi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 26 (FFM26) itu ditemui maut oleh tunangnya di tingkat dua apartment berkenaan akibat terjatuh dari tingkat lapan.

Kematian Kalpana disahkan sendiri ibu mangsa, Prema, 62, sebaik dihubungi tunang pelakon berkenaan memaklumkan kejadian terbabit.

Beberapa hari lalu, Kalpana telah diumumkan sebagai satu-satunya pelakon Tamil yang bertanding menerusi filem Dhsurajanam arahan M. Surya di samping Sharifah Amani, Diana Danielle, Ummi Nazeera dan Lisa Surihani.

Malah filem Dhsurajanam sendiri telah tercalon untuk Filem Terbaik dalam FFM26.

Menurut kenalan mendiang, punca yang menyebabkan Kalpana terjatuh dari tingkat lapan masih disiasat.

Majlis penghormatan terakhir mendiang akan diadakan di rumah keluarganya di Petaling Jaya pada Sabtu ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putehkundor 22-8-2014 07:47 AM
Tumpang simpati.
Takmau kata RIP nanti kena hencap ustaz/ah cari.

Nak tgk la filem ni nanti.
Quote offwhite 22-8-2014 07:50 AM
la wat suspen je...rupa2nya pelakon tamil m'sia yg cantik jelita..motip bunuh diri
Quote Dia_Yuni 22-8-2014 08:01 AM
nampak tajuk, terus buka thread ni dulu.
Quote kakasotong 22-8-2014 08:06 AM
Ingatkan artis melayu td yg mati td. Rupanya artis tamil. Mati jatuh bangunan. Either bunuh diri or dibunuh kena tolak.

Spekurina bmula.
Quote enchikfitz 22-8-2014 08:10 AM
RIP. I don't care. im showing some respect walaupun dia bkn seagama.
Quote little_sis 22-8-2014 08:10 AM
duhh.. suspen je aku baca tajuk thread ni td..
Quote unoryah 22-8-2014 08:18 AM
RIP
takkan bunuh diri pula?
Quote Hessa 22-8-2014 08:22 AM
emm..mmg suspen baca tajuk td..
Quote ais_kosong 22-8-2014 08:43 AM
takziah....
Quote aezvogue 22-8-2014 08:50 AM
cite ni tayang kt mane?nk gak tgk sharipah amani, DD ngn umi nazeera ni berlakon dlm drama tamil..
Quote aezvogue 22-8-2014 08:50 AM
cite ni tayang kt mane?nk gak tgk sharipah amani, DD ngn umi nazeera ni berlakon dlm drama tamil..
Quote poloy 22-8-2014 08:56 AM
aezvogue posted on 22-8-2014 08:50 AM
cite ni tayang kt mane?nk gak tgk sharipah amani, DD ngn umi nazeera ni berlakon dlm drama tamil..

if x salah, bukan berlakon sama in the film.. tercalon/nominated sebaris with the 4 ladies..

Quote drivethru 22-8-2014 08:57 AM
Terlebih menghayati watak ke?
Quote makton 22-8-2014 09:00 AM
takziah.....
Quote pjade 22-8-2014 09:01 AM
Takziah kepada ahli keluarganya..
Quote whadda 22-8-2014 09:14 AM
laju je aku masuk ingat pelakon melayu...
Quote Grengo 22-8-2014 09:24 AM
Mendiang terjatuh...
Semoga roh mu tenang disana
Quote apiang 22-8-2014 09:25 AM
oh....kesian nan
Quote tomet05 22-8-2014 09:33 AM
rip yawh .....

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.060629 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top