CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Ibu Saudara Tenang Walau Jenazah Firdaus Lewat

22-8-2014 06:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5566| Komen: 3

Description: Katanya, Jenazah Muhamad Firdaus, 27, Akan Disembahyangkan Sama Ada Di Masjid Seri Setia Atau Masjid Taqwa Di Sini Sebelum Dikebumi Di Tanah Perkuburan Islam Daerah Hilir Perak, Jalan Sultan Abdullah.
Ibu saudara tenang walau jenazah Firdaus lewat

Muhamad Firdaus Abdul Rahim


TELUK INTAN - Berita kelewatan tiba jenazah pembantu juruterbang pesawat MH17, Muhamad Firdaus Abdul Rahim, diterima dengan hati yang tenang oleh keluarga ibu saudara mangsa nahas MH17 itu.

Rohani Che Embi, 70, berkata beliau mengetahui perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kakak Muhamad Firdaus yang kini berada di Amsterdam pada kira-kira 10.30 pagi tadi.

"Apabila terima SMS itu, saya sedih namun saya reda. Kami tidak membuat apa-apa persiapan penerimaan jenazah memandangkan semuanya dijalankan oleh Pejabat Daerah Hilir Perak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan beberapa agensi lain," kata Rohani kepada pemberita di kediamannya di sini hari ini.

Beliau berkata wakil dari pejabat daerah juga ada bertemu keluarganya bagi memaklumkan persiapan penerimaan jenazah serta upacara pengebumian.


Katanya, jenazah Muhamad Firdaus, 27, akan disembahyangkan sama ada di Masjid Seri Setia atau Masjid Taqwa di sini sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Daerah Hilir Perak, Jalan Sultan Abdullah.

Sementara itu, Pengerusi (1) Tanah Perkuburan Islam Daerah Hilir Perak Shuib Bahari berkata pihaknya sudah melakukan persiapan bagi pengebumian jenazah Muhamad Firdaus.

"Kami sudah bersedia awal-awal lagi dan bersiap sedia untuk menyempurnakan upacara pengebumian jenazah Muhamad Firdaus, tak kira siang atau malam," katanya.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=823218&extra=&page=49



9

Bagus
5

Marah
12

Terkejut
14

Sedih
11

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote xtw 26-8-2014 12:58 PM
semoga segalanya dipermudahkan..
Quote mimzat 25-8-2014 05:17 PM
Inalillah hi wa innahilai hirogiun. Semoga ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Ameen
Quote anayeizra 25-8-2014 10:27 AM
semoga segala urusan dipermudahkan.. AMIN

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.049617 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top