CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Mengintai Wanita Mandi Adalah Halal?

25-8-2014 10:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19038| Komen: 80

Description: Kaherah: Seorang ‘Ulama’ Mesir Mengeluarkan Fatwa Menghalalkan Lelaki Mengintai Wanita Di Bilik Mandi. Dalam Kenyataannya Di Stesen Televisyen Al-Arabiya, Usamah Al-Qawsi Berkata, Jika Seseorang Lel ...
Fatwa Intai Wanita Mandi

Usamah Al-Qawsi


KAHERAH: Seorang ‘ulama’ Mesir mengeluarkan fatwa menghalalkan lelaki mengintai wanita di bilik mandi. Dalam kenyataannya di stesen televisyen al-Arabiya, Usamah Al-Qawsi berkata, jika seseorang lelaki benar-benar jujur dan mahu menikahi wanita terbabit, mereka boleh menyorok dan mengintai bakal isteri itu secara diam-diam.


“Perbuatan itu boleh diterima asalkan niatnya suci,” katanya. ‘Fatwa’ Usamah itu kononnya dibuat berdasarkan kisah seorang sahabat Rasulullah.

Kata Usamah, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, jika seseorang lelaki dapat melihat sesuatu yang akan membuatnya mahu menikahi seseorang perempuan, ia boleh dibenarkan. Bagaimanapun kenyataan itu segera dikecam ulama serta kerajaan.

Menteri Agama Mesir, Mohammad Mukhtar berkata, sangat tidak boleh diterima jika lelaki mengintai wanita di bilik mandi walaupun tujuan akhirnya adalah untuk menikahi wanita tersebut. “Di mana kemuliaan dan kewarasan Usamah membenarkan amalan mengintai wanita di bilik mandi?” katanya.

Mukhtar berkata, Islam melarang seseorang wanita menunjukkan aurat masing-masing kecuali untuk suami dan mahram. Lelaki juga diharamkan melihat aurat wanita. “Islam mengajar supaya umatnya bersopan. “Jika fatwa Usamah diterima, apakah akan berlaku kepada anak-anak anda semua?” katanya.



5

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 24-8-2014 03:24 PM
entah2 dia aktif jadi kaki skodeng..
Quote boyagombak 24-8-2014 03:35 PM
wah dah boleyler ngintai Neeloopak dgn niat suci murni tulus ikhlas
Quote Tok_Batin 24-8-2014 03:40 PM
Adakah ini berita satire / lawak???
Quote myvios 24-8-2014 03:42 PM
zaman skrg ngintai di fb ngan weechat je...
Quote RED 666 24-8-2014 03:56 PM
pak arab memang kuat seks
Quote tobby 24-8-2014 03:56 PM
HOAX news again ...
Quote ifanonline 24-8-2014 04:04 PM
Haha...jom pi intai andartu..
Quote poison_paradise 24-8-2014 04:13 PM
Bodohnyer... Kang dirogol terus
Quote Dewa19XKangen 24-8-2014 05:56 PM
tu dia..  dah tau xda hubungan yang halal belum nikah.. jatuh haram la..
Quote Tok_Batin 24-8-2014 06:06 PM
Setelah digoogle dr beberapa sumber, nampaknya berita ini betul.
Quote sharfox 24-8-2014 06:07 PM
Kan ke ada berita yg Usamah dah tarik balik fatwa tu?...Dia pun mengaku fatwa dia tu pelik. Ini bukan isu sbb dah takde pun fatwa tu.
Quote Anak_Nogori 24-8-2014 06:08 PM
ifanonline posted on 24-8-2014 04:04 PM
Haha...jom pi intai andartu..

Ifan ada niat nak nikahinya ke...kalau ada...halal..
Quote zainuddinmaidin 24-8-2014 06:11 PM
Zaman sekarang ni lepas nikah baru tau bahawa bini dia sebernanya jantang.
Quote khaira01 24-8-2014 08:38 PM
boleh pulak camtu...mcm2..
nanti ada yg pertikai apsal laki je bleh mengintai..perempuan tak boleh? tak adil..lulz~

pantun intai mengintai:

tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
esok jgn rindu-rinduan.
Quote mbhcsf 24-8-2014 08:39 PM
Who is the chap Usamah anyway?
Quote bangcak 24-8-2014 08:52 PM
taktau le dia silap atau tidak.

kalu seseorang tu rasa dia betul, dia takkan tarik balik
kenyataan dia mengutuk contohnya
"nabi tak bercukur sbb takde pisau cukur"

atau sindiran terhadap hukum islam
"sup tangan jika hudud dilaksana".
Quote jijigren 24-8-2014 09:03 PM
Haram hukumnya lelaki tengok aurat perempuan

Asas agama pun fail macam mana boleh jadi ulama ni
Quote Vellfire 24-8-2014 09:17 PM
Haha lawak...
bolehlah ngintai byk kali
kalau tertangkap cakap
tak jumpa lagi yg sesuai gitu??
Quote akusukaq 24-8-2014 10:10 PM
mbhcsf posted on 24-8-2014 08:39 PM
Who is the chap Usamah anyway?

Ulemak Mesir gile adik Osama kot..

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.080459 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top