CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Pramugari Bertudung Mampu Lonjak Imej MAS ?

26-8-2014 05:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23581| Komen: 193

Description: “Isu Ini Bukan Perkara Baharu, Malahan Ia Mendapat Desakan Daripada Kebanyakan Rakyat Negara Ini Yang Mahu Melihat Mas Lebih Menekankan Aspek Islamik Dalam Kalangan Kakitangan Mereka,” Katanya Yang ...
Pramugari Bertudung Mampu Lonjak Imej MAS ?

Pemuda Umno meminta pengurusan baharu MAS mengkaji polisi uniform kru penerbangan.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan melaksanakan pengambilalihan MAS melalui Khazanah Nasional Bhd untuk proses transformasi syarikat penerbangan negara itu disokong Pemuda Umno.

Namun, Exco Pemuda Umno, Dazma Shah Daud berkata, pengurusan baharu MAS perlu buat beberapa perubahan polisi untuk buktikan transformasi itu.

“Kami mencadangkan pengurusan MAS memberi kelonggaran atau mewajibkan pramugari beragama Islam memakai tudung dan mengenakan seragam yang menutup aurat.

“Isu ini bukan perkara baharu, malahan ia mendapat desakan daripada kebanyakan rakyat negara ini yang mahu melihat MAS lebih menekankan aspek Islamik dalam kalangan kakitangan mereka,” katanya yang juga Pengerusi Biro Pekerja Muda.

Katanya, usul itu akan dibawa dalam Mesyuarat Exco Pemuda Umno, hari ini.

Dazma berkata, pengurusan MAS tidak perlu gusar tentang persepsi penumpang luar negara atau bukan Islam kerana masyarakat global kini sudah terbuka menerima pemakaian tudung dan uniform yang lebih sempurna.

Malah kata beliau, imej dan integriti MAS akan lebih melonjak terutamanya dalam kalangan penumpang negara Islam serta akan dihormati oleh masyarakat antarabangsa.

“Imej bertudung tidak lagi menjadi imej tabu kerana pemakaian mengikut syariat Islam itu sudah mampu diterima majoriti masyarakat global.

“Jangan rasa takut perniagaan terjejas kerana kita kena yakin dengan ketentuan ALLAH SWT kalau kita mengikut suruhan-Nya,” katanya.

Beliau berkata, sudah banyak syarikat penerbangan seperi Royal Brunei Airlines, Saudi Airlines dan Iran Air mewajibkan pramugari mereka memakai tudung dan ia terbukti tidak menjejaskan reputasi syarikat penerbangan tersebut.

“Tiba masanya pengurusan baharu MAS meneliti dan mengkaji kembali polisi pemakaian uniform dalam kalangan kru penerbangan mereka.

“Pemuda Umno pasti majoriti rakyat negara ini akan memberi sokongan sepenuhnya jika kakitangan MAS berpakaian menutup aurat dan lebih sopan,” katanya.


8

Bagus
7

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
2

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote axl_bach 26-8-2014 01:57 PM
makaih, berkati2 bedak ke tepong tu kat muka pramugari MAS tu.....lol
Quote tensic~ 26-8-2014 02:02 PM
Klu sopan ok la.. klu jilboob.. errr..
Quote razhar 26-8-2014 02:02 PM
HAMPAS plak bila nak cadang???? or duk sibuk dgn spendo putey...
Quote bottombikini 26-8-2014 02:09 PM
baru sedar ke....

tapi karang jangan la baju tu sesendat-sendat tidak pulak...goyang2 montot depan muka passanger kelas bisnis bagai Last edited by bottombikini on 26-8-2014 02:11 PM

Quote mbhcsf 26-8-2014 02:17 PM
DATUK syed Zainal...i nak sangat person jage MAS

Ex Ceo proton...

Tak nak Tolong revive MAS ke?

This person ni no nonsense type ni perlu ade dlm MAS
Quote fifie_olin 26-8-2014 02:30 PM
dh lama aku peratikan old pesyen unipom dorg ni...
bila la nk tukar...
kaler pon cam kusam jek...

aku suggest seluar pjg...siap kot...berhijab...
pergghh smart dowhhh
Quote missus_meow 26-8-2014 02:31 PM
Bertudung elok tp jgnlah bertudung tp aurat tak tutup ...
Quote bambimo 26-8-2014 02:32 PM
kalo pakai tudung serve arak camne erk..ke pelikkan jugak di situ...
Quote perang_candu 26-8-2014 02:33 PM
bertudung tapi nampak bentuk tubuh watpe..? baik pakai jubah terus.
Quote CiliPadiSedap 26-8-2014 02:34 PM
fifie_olin posted on 26-8-2014 02:30 PM
dh lama aku peratikan old pesyen unipom dorg ni...
bila la nk tukar...
kaler pon cam kusam jek...
...

ha'ah mcm colour kusyen rumah jiran akak
Quote cak! 26-8-2014 02:41 PM
arak xkata apa pulak
Quote fifie_olin 26-8-2014 02:46 PM
CiliPadiSedap posted on 26-8-2014 12:34 PM
ha'ah mcm colour kusyen rumah jiran akak

kannn...aku simpati nok...
kpl tebang bkn main gah di mata dunia...
tp unipom...alahaiiii

Quote drivethru 26-8-2014 02:46 PM
Jgn sign contract dgn tudung paritdah.
Quote applemy 26-8-2014 02:47 PM
Mudah-mudahan.

Ai kalo deal dgn client/host/peniaga pompuan yg bertudung, rasa senang hati & aman aje.. kalo yg bercamel toe terjojol, huish mana la nak sorok 'kekerasan' inniew. hiks!

Ai harap jadi kenyataan.
Tapi jangan la tudung stail ya habibi Emirates tu.. pointless beauty gitu.
Quote fifie_olin 26-8-2014 02:48 PM
bambimo posted on 26-8-2014 12:32 PM
kalo pakai tudung serve arak camne erk..ke pelikkan jugak di situ...

mcm mn la ayor kencing leh ade dlm mas flite ek...
serius aku x tau ade ayor tu...
sape la yg suggest ek...
tu la lps ni buang la seme ayor2 tu kan...
xde pekdah skit pon

Quote DARSITA 26-8-2014 02:49 PM
Kalau keselamatan kapal terbang tip top besar dan selesa .. layanan bagus mcm Cathay .. harus imeg naik.
Quote mbhcsf 26-8-2014 02:50 PM
fifie_olin posted on 26-8-2014 02:48 PM
mcm mn la ayor kencing leh ade dlm mas flite ek...
serius aku x tau ade ayor tu...
sape la yg su ...

Actually mat salleh ni x le nak minum sangat pun...
Quote fifie_olin 26-8-2014 02:53 PM
mbhcsf posted on 26-8-2014 12:50 PM
Actually mat salleh ni x le nak minum sangat pun...

perlu ke kita nk penuhi permintaan dorg ni...
ckp jek xde serve...sumbt je jus oren tu...
kalo byk songeh...cmpk jek ke  luar tgkp...
Quote fifie_olin 26-8-2014 02:56 PM
aku tgk pic makcik kpl tebang ni...cam dh kertu skit...muka lak cam x leh blah jek...
muka lbh putih dr tgn...bape tan tepong gomak di touch up ek

Lihat semua komen(193)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.235564 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top