CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

‘Perang Twitter'Sharnaaz Ahmad Dan Azwan Ali

26-8-2014 05:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8732| Komen: 11

Description: Bagi Pakar Motivasi, Dr Tuah Iskandar, Sepatutnya Perkara Ini Tidak Perlu Berlaku Dalam Kalangan Selebriti, Apatah Lagi Mereka Adalah Kelompok Yang Sering Mendapat Perhatian Media Dan Masyarakat.
‘Perang Twitter'Sharnaaz Ahmad Dan Azwan Ali

  

PERANG Twitter' antara selebriti terkenal, Sharnaaz Ahmad dan Azwan Ali, nampaknya masih belum berakhir apabila masing-masing saling berbalas kenyataan apatah lagi, Azwan turut mengeluarkan kata-kata yang kurang manis.

Mana tidaknya, di saat Malaysia sedang berkabung sempena kepulangan 20 jenazah mangsa MH17, pada peringkat pertama, masyarakat terpaksa 'melayan' karenah selebriti ini.

Bagi pakar motivasi, Dr Tuah Iskandar, sepatutnya perkara ini tidak perlu berlaku dalam kalangan selebriti, apatah lagi mereka adalah kelompok yang sering mendapat perhatian media dan masyarakat.

Menurutnya, situasi ini memperlihatkan perilaku artis itu sendiri sebagai 'boneka' sehingga boleh menjejaskan kredibiliti mereka di mata masyarakat dan peminat.

“Kehidupan selebriti sememangnya bergelumang dengan kontroversi, namun ada kontroversi yang boleh menaikkan populariti dan ada juga sebaliknya.

“Dalam kes ini, saya lihat tiada kematangan langsung. Sebagai selebriti, segala tindak tanduk mereka sentiasa diperhatikan.

“Jangan sampai orang fikir golongan selebriti adalah kelompok 'second class' dengan isu yang remeh temeh,” katanya kepada  Zass.

Tambah Tuah, masyarakat juga tidak perlu menggunakan peluang yang ada untuk bergelar 'keyboard warriors' kerana pergaduhan ini hanyalah 'gaduh komersial'.

“Saya tak lihat mereka terjebak dalam pergaduhan besar-besaran, malah sekiranya pergaduhan itu berlaku di laman sosial, ia hanyalah untuk mencuri tumpuan orang ramai.

“Sebagai golongan pemerhati, kita tidak perlu mencemuh dan mengeluarkan kata-kata yang boleh menyebabkan pergaduhan lain kerana dunia artis memang begitu.

“Mereka hanya mahukan perhatian dan untuk meraih populariti sahaja. Bukan bergaduh betul-betul,” katanya yang turut menyamakan situasi ini seperti dunia 'wrestling' (gusti).

'Selfie' ada buruk baiknya

Diminta memberi pandangan mengenai tindakan Azwan Ali yang berselfie di hari perkabungan tersebut, Dr Tuah memberitahu, sepatutnya Azwan perlu peka dengan situasi yang dilalui rakyat Malaysia ketika itu.

Katanya, di saat seluruh Malaysia berkabung dan melahirkan rasa sedih pilu di atas apa yang terjadi, Azwan sepatutnya menghormati situasi berkenaan.

“Tidak perlu dan tidak sesuai berselfie pada saat-saat begitu walaupun dengan riak wajah yang berduka. Hormatilah hari berkenaan.

“Pada saya, tindakan Azwan amat menjengkelkan. Saya akui, demam selfie merujuk kepada teknologi dan masyarakat kita juga tidak mahu ketinggalan. Namun dalam selfie, ada buruk baiknya.

“Jika gambar itu hanya untuk kepuasan diri tanpa memberi apa-apa pelajaran, pengetahuan, ilmu, kata-kata semangat kepada orang lain, ianya hanya sekadar 'syok sendiri'. Lainlah kalau ia disertakan dengan mesej-mesej berguna,” katanya lagi.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 26-8-2014 08:34 AM
minda PPRT yang terkenal...mulaysia..
Quote batmana 26-8-2014 08:58 AM
tu bukan selfie, tu groupieppprt
Quote kakikuDibibirmu 26-8-2014 09:03 AM
selfie apabila kamu sendiri yang pegang kamera itu
Quote mjla 26-8-2014 09:07 AM
Joyah vs Gayah...
Quote solstice 26-8-2014 09:07 AM
Pakcik belakang pon tumpang selfie
Patut di hencap jugak
Quote nexusys 26-8-2014 09:13 AM
hapa kebabiharamjadahannya creatures ini?
Quote shamsadis 26-8-2014 09:19 AM
abang gigih nak jawatan menteri adik gigh nak popular kan diri
Quote djflux2000 26-8-2014 09:19 AM
Yg pengomen klu diamkan aje maka berentilah dia berselfie..jebatz ni jadi hero melayu sudah..klu nak berjuang utk melayu xyah tegor makhluk tuhan paling selfie ni..lebih baik martabatkan bahasa melayu lagi bagus.
Quote djflux2000 26-8-2014 09:20 AM
Yg asek dbl.post dah kenapa...delated related relayed replayed Last edited by djflux2000 on 26-8-2014 09:21 AM

Quote jengkoil 26-8-2014 09:23 AM
“Jangan sampai orang fikir golongan selebriti adalah kelompok 'second class' dengan isu yang remeh temeh,” katanya kepadaZass.

eh..mana ada...depa bukan 'second class'..tapi third class
Quote mrsLucky 28-8-2014 07:15 AM
Hati ku menangisi saudara Azwan kerana he use to be such a cool guy..

I masih menanti saat dia kembali...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.058517 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top