CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

MB Selangor: PAS mahu calonkan 3 Adun PKR, kata Mustafa Ali

28-8-2014 03:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12355| Komen: 157

Description: Ditanya Bila Pas Akan Menghantar Senarai Calon Menteri Besar Baharu Kepada Istana Selangor, Mustafa Berkata Perkara Itu Akan Dilakukan Sebelum Rabu Depan.
MB Selangor: PAS mahu calonkan 3 Adun PKR, kata Mustafa Ali


PAS Selangor hari ini tetap dengan keputusannya untuk tidak menamakan anggotanya sebagai calon menteri besar baharu Selangor.
Sebaliknya, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti itu akan mencalonkan sekurang-kurangnya 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada PKR untuk menjawat kedudukan berkenaan.

"Keputusan untuk tidak letakkan calon PAS adalah muktamad. Ini kerana menteri besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini.

"Jadi kita berpendapat adalah tidak wajar untuk kita calonkan wakil daripada PAS untuk jawatan ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat tertutup bersama PAS Selangor di pejabat perhubungan negeri di Shah Alam, malam tadi.

Turut hadir Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Adun Chempaka Iskandar Abdul Samad dan setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman (Adun Paya Jaras).

Ditanya bila PAS akan menghantar senarai calon menteri besar baharu kepada Istana Selangor, Mustafa berkata perkara itu akan dilakukan sebelum Rabu depan.

"Kita tidak boleh beritahu nama yang dibincangkan...tunggulah nanti," katanya.

Sementara itu, Mustafa berkata mesyuarat malam ini tidak ada menyentuh tentang isu menteri besar.

"Saya hanya terangkan tentang kronologi kemelut jawatan menteri besar kepada ahli PAS Selangor," katanya.

Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang iaitu PAS, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar Selangor baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ladyxez 28-8-2014 08:00 AM
Suka ati la , i dah kuciwa dgn hang , awat pi calon dari nun , takdak dah calon dari pas yg layak, kan Sultan kata nama dari setiap parti , makna blh je calon dr pas, nak sgt jsga hati pr, abih tu hati pengundi dan penyokong takmo jaga sama ka , takdak dah nak sokong klu gini Last edited by ladyxez on 28-8-2014 08:02 AM

Quote batricia 28-8-2014 08:03 AM

kenapaaaaa la bengap sangat pas ni
Quote d'zeck 28-8-2014 08:08 AM
tak reti bahasa ka apa ka

dah jelas dititahkan
nama dari SETIAP parti

dah tau PR tu bukan sebuah
parti berdaftar, hanya berpakat
saat nak lawan BN,

yang berdaftar cuma PAS, DAP dan PKR

hantar je lah hatta
nama nik aziz dan
lim kit siang sekalipun

Quote kucen_miang 28-8-2014 08:11 AM
ini namanya kebangangan tahap tertinggi. dah sultan mintak dua calon tak pyh lah ko nak berbasa basi .
Quote kuntap 28-8-2014 08:11 AM
masing² nak tunjuk keras kepala..
Quote harimau76 28-8-2014 08:17 AM
see.. kan ramai dah kata PAS ni mmg takde teloq.. dah terbukti pun.. kena sergah ngan Bang Non sama LGE terus terketaq-ketaq... as I said earlier, PAS ni berdrama jah..
Quote kakikuDibibirmu 28-8-2014 08:17 AM
parti PIS tahu baca tulisan jawi jah
Quote idadzira 28-8-2014 08:19 AM
sedih aku.....kenapa la aku sokong pas. pas dah x macam dulu
Quote CiliPadiSedap 28-8-2014 08:22 AM
Pas ni parti apa ek? Cm mabuk ketum je. Minta dua calon tambah 3.


Boleh jd gila layan karenah pemimpin pas.
Quote CiliPadiSedap 28-8-2014 08:23 AM
idadzira posted on 28-8-2014 08:19 AM
sedih aku.....kenapa la aku sokong pas. pas dah x macam dulu

Pas sejak join PR banyak Peking terbuka.padan muka.
Quote shazman73 28-8-2014 08:26 AM
kucen_miang posted on 28-8-2014 08:11 AM
ini namanya kebangangan tahap tertinggi. dah sultan mintak dua calon tak pyh lah ko nak berbasa basi ...


kebangangan tahap tertinggi= GABAN,lahabau,cincau,monyet,keldai..
Quote fiza1 28-8-2014 08:48 AM
alahai.... ada 15 adun pas. takkan sorang pun takde yg layak nak jadi MB. takut sangat dgn anwar tu..
Quote scorpionkiki 28-8-2014 08:54 AM
harimau76 posted on 28-8-2014 08:17 AM
see.. kan ramai dah kata PAS ni mmg takde teloq.. dah terbukti pun.. kena sergah ngan Bang Non sama  ...

Agaknya kalau sultan tiba tiba mintak nama dari umno...mau terkejung semua....Sultan dah cakap elok elok depa ni tak paham paham lagi...patutlah selangor diperintah oleh orang luar sbb anak negeri semua nampak mcm kurang cerdik


Quote ida88 28-8-2014 08:59 AM
Susah sgt ke nk ikut arahan
Bg jela name dr parti sendiri
Takkan takde sorg pun yg layak

Degil sangat
Quote harimau76 28-8-2014 09:00 AM
scorpionkiki posted on 28-8-2014 08:54 AM
Agaknya kalau sultan tiba tiba mintak nama dari umno...mau terkejung semua....Sultan dah cakap elo ...

saja nak tunjuk keras kepala ler tu..

p/s gambar avatar ko tu cam kat cambridge la..ko buat PHD kat situ ker..
Quote cak! 28-8-2014 09:00 AM
kalo pas letak nama adun pas tapi xdpt persetujuan dap-pkr xguna jua xde majoriti
Quote soebyuk 28-8-2014 09:04 AM
... elok lah tuh ,  kena ingat PAS masih bersama PR
Quote scorpionkiki 28-8-2014 09:05 AM
harimau76 posted on 28-8-2014 09:00 AM
saja nak tunjuk keras kepala ler tu..

p/s gambar avatar ko tu cam kat cambridge la..ko buat PHD ...

Tak... cambrige untuk course yg fossil keh keh keh... Tu di uxbridge..abt 10 mins drive dr heathrow
Quote a_gen2 28-8-2014 09:06 AM
d'zeck posted on 28-8-2014 08:08 AM
tak reti bahasa ka apa ka

dah jelas dititahkan

ko yg tak reti bahasa.

Sultan suruh hantar nama dr setiap parti. Tak bermaksud nama tu mesti dari PAS.  Nama2 tu boleh dr mana2..DAP pun boleh.  UMNO pun boleh.  Iyelah.. alang2 PAS dah gatal nak mengurat UMNGOK maka apa salahnya PAS calonkan Noh Omar jadi MB..betul dak???

Lihat semua komen(157)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.149474 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top