CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Hans Isaac Terkejut Gosip Cinta Neelofa Dengan Orang Istana

28-8-2014 04:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7021| Komen: 1

Description: Hans Berkata, Sepanjang Mereka Bercinta Aktres Tersebut Seringkali Menekankan Bahawa Dia Tidak Berminat Untuk Berkawan Dengan Golongan Istana.
Hans Isaac Terkejut Gosip Cinta Neelofa Dengan Orang Istana 

Hans Isaac anggap kisah putus cinta dijadikan bahan ejekan rakan korporat.


 PETALING JAYA: Penerbit dan pelakon Hans Isaac terkejut apabila bekas kekasihnya iaitu pelakon Neelofa dikhabarkan bakal berkahwin dengan kerabat diraja.

Hans berkata, sepanjang mereka bercinta aktres tersebut seringkali menekankan bahawa dia tidak berminat untuk berkawan dengan golongan istana.

"Saya baru tahu tentang gosip ini sebab beberapa bulan ini saya tidak sempat untuk membaca surat khabar kerana terlalu sibuk dengan pementasan semula teater Supermokh Sebuah Muzikal.

"Tetapi saya akui terkejut dengar berita ini kerana setahu saya, ketika kami berkawan dia sering kata tidak akan rapat atau berkahwin dengan golongan kerabat," ujarnya kepada mStar Online.

Hans berkata demikian ketika diminta mengulas tentang khabar angin pelakon Neelofa bakal berkahwin dengan kerabat diraja dari Pantai Timur.


Hans menambah, mengikut pengalamannya sebagai selebriti setiap khabar angin yang tersebar sedikit sebanyak mempunyai kebenarannya.

"Bagi saya gosip ini sedikit sebanyak ada kebenarnya kerana kalau tidak benar bagaimana berita itu boleh keluar?

"Orang istana memang selalu menafikan perkara-perkara begitu dan kalau tidak benar kenapa dia (Neelofa) meminta untuk komen perkara itu selepas dua bulan," ujarnya.

Dalam pada itu, diminta mengulas tentang pendedahan Neelofa tentang perpisahan mereka, Hans berkata, mereka sudah membuat persetujuan bersama untuk tidak mengumumkan apa-apa tentang hubungan tersebut.

Katanya, dia tidak mahu mendedahkan perkara tersebut bagi menjaga reputasinya sebagai ahli perniagaan.

"Kami bersetuju untuk tidak umum apa-apa tentang perpisahan kerana kami tidak pernah umumkan percintaan pun. Tiba-tiba dia buat pendedahan dan umumkan tentang perpisahan itu.

"Saya seorang ahli perniagaan dan ada tiga syarikat korporat, jadi saya perlu jaga reputasi saya untuk berurusan dengan hal-hal perniagaan. Bila keluar story tentang putus cinta di surat khabar sedikit sebanyak merosakkan nama baik saya.

"Malah ada rakan perniagaan saya yang sering menjadikan saya sebagai bahan ejekan tentang perkara-perkara remeh itu," ujarnya.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=822815&extra=&page=67



Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote deanswify 29-8-2014 05:12 PM
bertabah-lah. kawin-lah cepat. hang pun dah tua

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.036611 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top