CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Tv3 Diselar Tak Hormati Arwah Sharifah Aini

29-8-2014 02:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18151| Komen: 96

Description: Bagaimanapun, Isnin Lalu, Program Majalah 3 Menerusi Saluran Tv3 Telah Menyiarkan Sebuah Laporan Khas Mengenai Perjalanan Hidup Biduanita Negara Itu.
TV3 Dikecam Tak Peka Dengan Pesanan Sharifah Aini




PADA 6 Julai lalu, kami pernah menyiarkan artikel mengenai Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang bertajuk “Pesanan Sharifah Aini – ‘Jangan Keluarkan Gambar Tak Berhijab’”.


Ia berkaitan dengan kenyataan beliau yang memohon agar stesen televisyen dan rakan media supaya tidak lagi mengeluarkan gambar lamanya yang tidak berhijab.

Katanya:

“Saya ada permintaan kepada stesen TV, kepada kawan-kawan di media. Kalau nak keluarkan gambar-gambar, tolonglah jangan keluarkan yang dulu yang tak berhijab. Kesian kat kita semua. Kami semua dah ‘move on’. Kita tak kata kita baik, tapi kita nak jadi baik. Kita nak dekat dengan Allah. Setiap hari kita mencari keredhaan Allah,”


Bagaimanapun, Isnin lalu, program Majalah 3 menerusi saluran TV3 telah menyiarkan sebuah laporan khas mengenai perjalanan hidup biduanita negara itu. 



Laporan tersebut telah memaparkan temubual bersama insan-insan yang rapat dengan Allahyarhamah dan juga rakaman serta gambar lama beliau yang pada ketika itu masih belum berhijab.


Ia sekaligus menimbulkan kemarahan ramai dan disuarakan menerusi Facebook rasmi TV3.




Kami yakin pihak Majalah 3 tidak berniat untuk mengaibkan Allahyarhamah, sebaliknya mahu memberikan penghormatan kepadanya.
Namun, ada benarnya apa yang dikatakan oleh orang ramai itu.


Sebagai sebuah stesen televisyen ternama, mereka sepatutnya lebih peka dengan perkara yang berkaitan dengan Allahyarhamah agar tidak menimbulkan kontoversi seperti ini.


Apapun, diharapkan agar ia tidak berpanjangan dan seterusnya dijadikan pengajaran oleh media cetak dan elektronik yang lain…



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RUZANA 28-8-2014 10:36 AM
yelah....i pun trkejut masa tu...tv3 oh tv3
Quote Suchi 28-8-2014 10:39 AM
mcm mana dengan pilem?
smlm baru tgk cite tiada esok bgmu yg noorkumalasari berlakon tu
ade scene kak pah nyanyi lagu bunga tanjung
lain nauuu muke beliau masa muda.
tp suara sama je.
tgk kat astro citra.
Quote fiezameysekali 28-8-2014 10:39 AM
haaaaaaaa..iols pon  nk komen mende yg sme...

sbb tgk kat rancangan prof muhaya tu arwah da pesankan jgn siarkan gambar die da xpakai tudung..

Quote encikWawad 28-8-2014 10:41 AM
siar gambar dolu2 tak tutup aurat satu hal -
pastu too cramped sangat satu jam dengan iklan berjela2
kalau betul nak buat - buatlah 3 bahagian or 4
fokus la interview tu - pada section2 hiburan @ perjalanan seni / personal / jasa /
satu jam di rojakkan - sudahnya apa pun tak dapat
seriusly majalah tiga ni makin tak best
Quote iniaroonz 28-8-2014 10:47 AM
aku dah lama tak tgk Majalah 3 ni..masa Norzie Pa Wan Chik dulu, aku tak pernah miss satu episod pun...
Quote haryatie 28-8-2014 10:50 AM
terlepas pandang ke ...buat2 tak pndang..
kesian arwah..
smoga rohnya tenang di sana..
Quote fifie_olin 28-8-2014 10:51 AM
ala kang sok2 mintak maap la tu...sng jek depa ni...saman br tau...sendrik tanggung dosa la...
smpi arwah dh tgglkn pesanan pon..
lupa ke...buat2 lupa...
hamjadd btl...
Quote fifie_olin 28-8-2014 10:54 AM
bkn setakat arwah k pah ni jek...dh rmi kan retis yg dh lama xde...dok ulang tayang blk ms x berhijab...sana sini gambo kepala x berttup...ape cerr...

dok buat main2 psl aurat ni...amek rinfgan...tu la manusia akhir zaman
Quote da_vinci 28-8-2014 10:57 AM
rating beb.....duit masyuk pengiklan berebut2...sapo xnak.....aku terus tuka channel...pada aku, tindakan aku tu sebagai tanda simpati dan hormati pada allahyarhamah
Quote CrowneGlory 28-8-2014 11:00 AM
Dr wartawan, penerbit semua bongok...  Ada trbaca yg menonton ckp kes dia gaduh dgn ctot pun keluar..
Quote encikWawad 28-8-2014 11:17 AM
CrowneGlory posted on 28-8-2014 11:00 AM
Dr wartawan, penerbit semua bongok...  Ada trbaca yg menonton ckp kes dia gaduh dgn ctot pun keluar. ...

yup ada - tapi sikit sangat - alang2 nak cerita semua - buat la betul2
in a way yang macam dokumentari - ni cam malatop plak dahhh


Quote AshkieLa 28-8-2014 11:22 AM
aku masa tertengok sekejap aritu pun terus terfikir hal pesanan arwah. Then tak mahu tengok terus tukar channel.
TV3 ni nama je saluran informasi..tp tak prihatin dan peka keadaan sekeliling. Dalam semua yg terlibat mengacara mahupun yg belakang tabir buat episode tu...takkan sorang pun tak tahu pasal ni? Sengajer ignore utk rating?
Quote enchikfitz 28-8-2014 11:30 AM
Masa mula2 tgk isnin lps, mmg terkejut dgn penyiaran gmbr2 arwah x bertudung dulu. TV3 ni mmg x alert ke mcm mne? Hadap sgt dgn rating majalah 3 yg makin sendu tu
Quote ainie_1008 28-8-2014 11:37 AM
owh arwah sharifah aini pnya pesanan semua nak kna tunaikan, pesanan Nabi Muhammad S.w.t ada tak kita tunaikan.???
Quote kaklehot 28-8-2014 11:53 AM
ainie_1008 posted on 28-8-2014 11:37 AM
owh arwah sharifah aini pnya pesanan semua nak kna tunaikan, pesanan Nabi Muhammad S.w.t ada tak kit ...

panas berbisa stetmen ko nokss...
Quote supernaturalee 28-8-2014 12:02 PM
ainie_1008 posted on 28-8-2014 11:37 AM
owh arwah sharifah aini pnya pesanan semua nak kna tunaikan, pesanan Nabi Muhammad S.w.t ada tak kit ...

hambek



nk buat isu sangat ye
Quote kakikuDibibirmu 28-8-2014 12:06 PM
coming up next, Tan Sri SM Salim tedabagi lagunya diputar lagi selepas meninggal
Quote Jagendas 28-8-2014 12:08 PM
ainie_1008 posted on 28-8-2014 11:37 AM
owh arwah sharifah aini pnya pesanan semua nak kna tunaikan, pesanan Nabi Muhammad S.w.t ada tak kit ...

berdesup menyelinap kedalammmm
Quote Jagendas 28-8-2014 12:09 PM
adat resam seorg retis mmg camni

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.061547 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top