CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Gigit Tangan Penculik Selamatkan Dua Pelajar Cilik

29-8-2014 05:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8125| Komen: 31

Description: Kedua-Dua Mangsa Berlari Pulang Ke Sekolah Dan Menceritakan Kejadian Terbabit Kepada Ibu Mereka Yang Juga Guru Di Sekolah Itu.
Gigit Tangan Penculik Selamatkan Dua Pelajar Cilik


Georgetown: Dua murid perempuan terselamat daripada menjadi mangsa culik tiga lelaki selepas mereka mengigit tangan suspek dalam kejadian di depan sebuah sekolah di Batu Lanchang, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, kedua-dua mangsa berusia 9 tahun ditarik masuk dalam sebuah van putih bercermin gelap.


Mereka kemudian diikat namun terselamat kerana menggigit tangan suspek sebelum berjaya meloloskan diri ketika van berkenaan berhenti berhampiran sebuah bank di Jalan Masjid Negeri.

Kedua-dua mangsa berlari pulang ke sekolah dan menceritakan kejadian terbabit kepada ibu mereka yang juga guru di sekolah itu.

Ketika itu, ibu kedua-dua pelajar berkenaan turut panik kerana anak mereka tiada di kawasan sekolah seperti kebiasaannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Abdul Rahman Ahmad yang dihubungi mengesahkan laporan dan juga kejadian terbabit.

11

Bagus
12

Marah
8

Terkejut
5

Sedih
17

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jengkoil 29-8-2014 12:53 PM
Culik cilik celik...nice rhyme..
Quote haryatie 29-8-2014 12:55 PM
Ya Allah...
syukur dia org dpt melepaskn diri..
kenapa semakin byk pulak kes mcam ni..
Quote emmaisa 29-8-2014 12:56 PM
aku heran betul baca cerita2 pasal culik budak2 dgn van putih ni...dah byk kes dah, takkan tak dapat2 lagi tangkap van putih ni?  cerita van putih ni aku dah dengar dari zaman arwah nurin lagi...

takutnya la...harap2 takde la lagi kes2 macam ni...
Quote BotakChinPeng 29-8-2014 01:00 PM
Cilik istilah indon
Quote tak_tahu 29-8-2014 01:58 PM
emmaisa posted on 29-8-2014 12:56 PM
aku heran betul baca cerita2 pasal culik budak2 dgn van putih ni...dah byk kes dah, takkan tak dapat ...

btul tu. asik pnafian je dr pihak brkuasa. tp paper slalu je report psl van putih ni. seriau nak bg anak2 main dpn umah skali pun.

Quote ell768 29-8-2014 02:04 PM
isk...bila tersebar new mcm ni polis duk nafi2..ckp jer laa terus terang xleh ke...nasib baik selamat budak2 ni..
Quote CiliPadiSedap 29-8-2014 02:07 PM
emmaisa posted on 29-8-2014 12:56 PM
aku heran betul baca cerita2 pasal culik budak2 dgn van putih ni...dah byk kes dah, takkan tak dapat ...

ok. first of all, kes culik2 ni polis nak wat cmne? roadblock? ada saksi? bukti? tiada? jadi cmne nak lead kes polis?


kes culik dpt tangkap kalau ada mangsa culik. jd bukan mudah, unless uols nak bantu polis baguslah. polis dan masyarakat perlu kerjasama erat baru penjenayah culik dpt di berkas.
Quote bambimo 29-8-2014 02:08 PM
Nasib lah Allah 'selamatkn' budak2 ni...panjang akal budak2 ni nk gigit tangan penjahat
Quote afie_m 29-8-2014 02:15 PM
risau lah..kes dah slalu dgr ni....
Quote Artemesiaa 29-8-2014 02:33 PM
Banyak pulak citer van putih suka culik budak sejak kebelakangan ni aritu area Selangor ni Penang lak.
Quote emmaisa 29-8-2014 02:35 PM
CiliPadiSedap posted on 29-8-2014 06:07 AM
ok. first of all, kes culik2 ni polis nak wat cmne? roadblock? ada saksi? bukti? tiada? jadi cmne  ...

betul la apa yg ko cakap tu...
maksud aku, seolah2 kes2 culik atau cubaan menculik ni selalu ada van putih...
jadi ini adalah confirmed sindiket, dah tentu ada perancangan yang rapi kat situ...bermakna penculik2 ni dah recce dulu kawasan yg ditargetkan
dah tentu tak bawak van dulu, maybe kenderaan lain dulu, motor ke, keta ke, jln kaki ke sebelum hari kejadian
betapa senangnya nak target anak2 kita ni...
kalau lah ada cara nak tangkap dia orang yg jahat2 ni...



Quote setia00 29-8-2014 02:42 PM
jadi kes culik budak ni memang betul ? van putih pun betul ?
sebelum ni kata khabar angin je..
Quote emmaisa 29-8-2014 02:42 PM
tak_tahu posted on 29-8-2014 05:58 AM
btul tu. asik pnafian je dr pihak brkuasa. tp paper slalu je report psl van putih ni. seriau nak b ...

itulah...tapi kdg2 polis ni terpaksa menafikan supaya masyarakat tak panik...
contoh la, kan masa kes lahad datu, tersebar kata polis kita kena korek mata la kena itu la ini la, polis nafikan.
tapi bila keluar kat paper last week masa bicara mahkamah, polis sahkan memang berlaku pembunuhan ngeri tu...

satu lagi, pasal kes hampir culik ni, klu polis tanya budak2 tu pun, dia orang dah tentu trauma, tak boleh nak ingat no plet kenderaan

mudah2an jgn la terjadi lagi kes2 macam ni...takut la...


Quote akik 29-8-2014 02:49 PM
uik..SK batu lanchang ke?sekolah aku dulu2..hehehe
Quote CiliPadiSedap 29-8-2014 02:51 PM
emmaisa posted on 29-8-2014 02:35 PM
betul la apa yg ko cakap tu...
maksud aku, seolah2 kes2 culik atau cubaan menculik ni selalu ada  ...

bukan pe, akak pernah report dekat balai, file polis lebih banyak daripada ruang almari. jadi nak tekan, nk minta polis siasat kes? entahlah rasa tak selesai kecuali inspektor bertugas tu tak mengandung, atau berkahwin. banyakkan bersyukur dpt inspektor bujan sebab kerja lebih efisyen. polis pun bukan life 24 jam kat balai jadi kena faham tugas mereka. kalau ada maklumat salurkan kepada mereka.
Quote emmaisa 29-8-2014 03:25 PM
CiliPadiSedap posted on 29-8-2014 06:51 AM
bukan pe, akak pernah report dekat balai, file polis lebih banyak daripada ruang almari. jad ...

nak wat camana, kak...dia orang pun nak tambahkan ummah...
banyak kes tak selesai...contohnya kes remaja lari dari rumah...ni dulu2 la...
parents buat report, lepas tu bila anak dah balik, tak gi pulak tarik report atau inform polis anak dah balik, makanya still jadi unsolved case...

Quote HANIMUSLIMAH 29-8-2014 03:54 PM
terkenangkan anak sendiri bila baca cerita ni..
semua tempat da macam tak selamat..
Quote ctaz 29-8-2014 04:14 PM
kan menteri kata crita2 culik kanak2 tu hoax jer....
jgn percaya ini cerita.....
Quote taji2906 29-8-2014 04:19 PM
adik aku pernah jadi mangsa culik lebih kurang 20 tahun dulu.. adik aku umur 7-8 tahun dulu balik mengaji, ada orang pukul / tarik dia masuk dalam lori 3 tan tu.. lori tu tutup dgn kanvas.. kat dalam lori tu, adik aku kata ada 2-3 orang budak lagi, salah sorang tu adik aku kata mcm omputih.. dalam lori tu kena ikat tangan, adik aku dapat lepas tali ikatan tu pastu lompat dari lori masa lalu kat bumper.. masa lepas tu masih dalam taman perumahan lagi.. tak jauh dari umah aku..

lepas lompat, adik aku lari balik rumah nangis2 call mak aku yg keje kat kl.. apa lagi mak bapak aku balik segera la.. jiran2 datang tolong tengok.. buat report polis, adik aku citer la mcm kat atas tu.. tapi polis tak percaya.. ko pikir budak trauma, paksa citer apa yg jadik.. bila budak dah citer ko cakap budak tu tipu, mcmne tu? last2 polis kata adik aku cuma berimaginasi... puiii, adik aku bukan jenis gitu... memang trauma dia betul2 bukan memain.. aku ingat lagi lepas tu rumah aku byk reporter datang nak interview, tp bapak aku takmo bagi komen apa2.. tp masuk gak paper the star kot, kolum kecik je..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.103588 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top