CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gerakan "Halalkan" Ganja Oleh Singa Malaya Al-Ganji

2-9-2014 10:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11502| Komen: 43

Description: Gerakan Terbabit Dipercayai Menyasarkan Golongan Mat Gian Menerusi Laman Sosial Facebook (Fb) Menggunakan Alamat Gerakan Edukasi Ganja Malaysia (Genggam) Dan Berdasarkan Carian Di Alamat Fb Itu Mendap ...
Gerakan ‘halalkan’ ganja


LAMAN GENGGAM di FB yang menuntut ganja dihalalkan di Malaysia.

Kuala Lumpur: Satu gerakan yang menyebarkan dakyah songsang kononnya dadah jenis ganja mempunyai banyak kebaikan untuk mendesak pihak berkuasa menghalalkan penggunaan ganja di negara ini dikesan bergiat aktif sejak dua tahun lalu.

Gerakan terbabit dipercayai menyasarkan golongan mat gian menerusi laman sosial Facebook (FB) menggunakan alamat Gerakan Edukasi Ganja Malaysia (GENGGAM) dan berdasarkan carian di alamat FB itu mendapati ia ditubuhkan pada 19 Mac 2012.


Carian Harian Metro mendapati gerakan itu diasaskan seorang lelaki berasal dari Batu Pahat, Johor dan menggunakan nama samaran Singa Malaya Al-Ganji di FB.

Mengikut maklumat di dalam FB berkenaan, gerakan itu mendesak kerajaan supaya tidak meletakkan ganja di dalam Akta Narkotik selain mahu hukuman mati terhadap pengedar ganja dihapuskan.


Desakan itu amat bertentangan dengan undang-undang dadah Malaysia iaitu mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, sesiapa yang memiliki 200 gram atau lebih berat ganja hukumannya mandatori gantung sampai mati.


Bagi meyakinkan lagi pengikut laman FBnya, lelaki berkenaan menyertakan dalil serta mengeluarkan fatwa kepada dirinya sendiri bahawa penggunaan ganja adalah halal kecuali jika ia memudaratkan, memabukkan dan membunuh serta juga jika kita berlebih-lebihan.

Setakat jam 3 petang semalam, pemantauan Harian Metro terhadap laman FB itu mendapati ia mempunyai 18,640 ‘likes’ dengan golongan teramai menyukai laman itu adalah golongan berusia antara 18 hingga 24 tahun.


Apa yang membimbangkan, ada pihak tertentu yang menyokong gerakan itu secara terang-terangan membuat jelajah di beberapa kawasan di ibu negara dengan membawa pemidang tertera tuntutan mereka termasuk menghalalkan ganja dan memansuhkan undang-undang mandatori gantung sampai mati terhadap pesalah.

43

Bagus
32

Marah
34

Terkejut
26

Sedih
25

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (182 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 30-8-2014 09:35 PM
BAARUA !!!
Quote revolusi_30 30-8-2014 09:43 PM
BotakChinPeng posted on 30-8-2014 09:35 PM
BAARUA !!!

Mulayu kalau tak isap ganja tak sah. Lol
Quote Dovahkiin 30-8-2014 09:44 PM
Ganja mmg klu ikutkan takde efek bahaya kat kesihatan. Yg membahayakan ialah sikap diorang masa tgh high, yg akan membahayakan diri sendiri dan org lain. Ada negeri2 kat US da pun legalize ganja ni.
Quote BotakChinPeng 30-8-2014 09:48 PM
revolusi_30 posted on 30-8-2014 09:43 PM
Mulayu kalau tak isap ganja tak sah. Lol

Bangsa lain pun apa kurang
Quote misslauren 30-8-2014 10:37 PM
sebab tu la orang guna perkataan PENYALAHGUNAAN. bukan PENGGUNAAN.
Quote rogayahtop 31-8-2014 07:29 AM
Kalau halalkan ganja, macamana la pihak2 berkenaan yang mendapatkan keuntungan secara tak langsung dari penjualan benda ni secara haram nak beli iphone, ipad, samsung note 3, audi, rumah banglo, gi mekah tiap2 taun, kan?

yg aku curious, kenapa benda ni merata2 ada? benda haram lain takda la pulak senang nak dapat...

ini berdasarkan cakap2 orang je, so aku pun tak tau situasi sebenar.
Quote AMDTurion 31-8-2014 07:41 AM
mungkin org yang mempromosikan ganja nie ade share besar bila ganja tidak lagi diharamkan oleh kerjaan.
Quote batmana 31-8-2014 07:52 AM
rokok tu pn susah nk kawal
apelagi kalau legalize ganja..
huru hara nnti
Quote cHimo 31-8-2014 08:33 AM
420 kehkehkeh .
Quote sueism 31-8-2014 09:51 AM
kalau halal gerenti ramai yg lalok hehehe
Quote PongKang 31-8-2014 10:07 AM
kalo halal mesti snoop dogg dtg sini buat konsert
Quote akik 31-8-2014 10:25 AM
bodoh punya harian metro... menyasarkan golongan mat gian kejadahnya
Quote Decaffeinated 31-8-2014 10:37 AM
melayu ni perangai very destructive...

benda2 hiburan dan tak produktif laju jer....

eloklah sekat termasuk ubat batuk...

bangsa cina aku percaya memang boleh self regulate

Quote famri7 31-8-2014 10:39 AM
Jika dihalalkan,terus ganti nasik jadi makanan ruji ummah..
Quote pdan 31-8-2014 11:05 AM
budak-budak stoner bepelajaran dah mula dahhh....
Quote ~anya~ 31-8-2014 11:37 AM
revolusi_30 posted on 30-8-2014 09:43 PM
Mulayu kalau tak isap ganja tak sah. Lol

Omputih pon hisap ganja juga...
Quote ~anya~ 31-8-2014 11:39 AM
Decaffeinated posted on 31-8-2014 10:37 AM
melayu ni perangai very destructive...

benda2 hiburan dan tak produktif laju jer....

Very true .. they have the tendency to be ganja happy for sure...
Quote tupaiterbang 31-8-2014 12:21 PM
Alahai ni pung leh jd isu ka? Xde modal letew
Quote lavasyawal 31-8-2014 12:27 PM
Decaffeinated posted on 31-8-2014 10:37 AM
melayu ni perangai very destructive...

benda2 hiburan dan tak produktif laju jer....

Tu pasal lu campur melayu rempit...

Cuba lu join melayu kaki surau kaki marhaban baru lu ada akai sikit...

Bangang nak mampos la lu ni buat konklusi tapi tarak buat research..

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.071620 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top